Alhamdulillah.... Itu lah lafaz kesyukuran kehadrat Ilahi kerana buat kali pertamanya aku selesai membuat tuntutan claim terhadap kawan lama...
"It's cancer or tumor", sms yang Nadiah berikan tiu betul2 membuatkan aku tersentak, dan semacam lemah longlai.. Fikiran bercelaru, kerana aku tahu macam mana & apakah maksud penyakit cancer itu kerana ayah ku dulu pernah mengalami lukimia @ cancer darah..
Zairy baru ambil insuran tepat 40 hari, entah berapa kali ku hitung satu persatu betul ke 40hari ataupun 39 hari. Apa yang Prudential cover? Kemapa aku tak approach dia 3 bulan lalu, aku mendesak diri ku untuk menyalahkan diriku sendiri..
Hari silih berganti, dan zairy semakin tabah hadapi dugaan, begitu juga nadiah... Dengan kuasa Allah, alhamdulillah penyakit cancer itu dapat dirawati, walaupun belum untuk sepenuhnya. Aku tumpang bersyukur.
Sekadar untuk dikongsi bersama..
1. Rawatan kecemasan(untuk kes zairy), dalam masa sebulan kos rawatan yang telah dibelanjakan adalah sekitar RM30,000
2. Sekiranya seseorang disyaki menghidapi penyakit kanser, pasti tiada mana2 syarikat insuran sanggup mengambilnya sebagai client.Mungkin untuk seumur hidup.
3. Untuk kes zairy, walaupun dia telah selesai menjalani rawatan kimoterapi, namun dia masih dalam keadaan berjaga jaga dalam tempoh 5 tahun. Kene buat medical check up lebih kerap dari mereka yang sihat.
4.Untuk kes zairy, dia suffer akibat sakit perut hanya dalam sehari dan terus memerlukan pembedahan kurang dari 4 jam selepas doktor memeriksa kesakitan itu. Ini membawa maksud, pergerakan penyakit kanser adalah tidak dapat dijangka. mungkin cepat, mungkin lambat...
5. TUnggu episod akan datang, maaf sebab kekeringan idea...
sedikit pengalaman zairy semasa menjalani rawatan
Aku tetap bersyukur kerana dulu zairy mengambil keputusan untuk setuju mengambil produk Prudential BSN takaful ini, kerana jika terlewat pasti tiada satu pun syarikat insuran/takaful yang sanggup mengambilnya sebagai client. Sekarang ini
secebis nasihat dariku untuk semua, ambillah insuran/takaful segera, demi mereka yang kita sayangi.
Gudnite
~tuah.rimbun~
Sorrylah ayat merapu sikit, dah mengantuk.... esok kene jadi mat kilang macam biasa ... Untuk tahu penerangan selanjutnya, moh kita pekene teh tarik...
A Random Thought on Income Growth
-
It feels great to have a raise in income. When I was new to
self-employment, a raise in income meant stability, security, and a hope
for a brighter future...
2 days ago
2 comments:
oo,jual ceta aku yerk!!kene mtk royalti ni..hehehe..
Thanks Yasin, u did well..
kalo ade mood nanti aku promo la kat blog ek..
heheheh
Post a Comment