Saturday, January 5, 2008

Percutian Famili di Kuala Linggi

As'kum
Enmm, selamat tahun baru.. lama pulak rasanya tak menulis dalam blog ini.. Memang sibuk. Saya terlibat dalam pembuatan kereta proton baru.. BLM / Saga... Kejap lagi keluarlah dalam pasaran malaysia..
Bolehlah rujuk dalam web ini...

http://www.hostvibes.com/the-real-proton-saga-blm-pictures/



Secara peribadi, kereta ini cantik, safety pun ok, ada dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS & Air Bag..
Harga bawah RM40k, design ok tapi interior saya tak pasti kerana saya involve body sahaja...

Miggu lepas, saya bersama famili mertua bercuti di Kuala Linggi. Bagi saya tempatnya agak menarik... Complete pakage sebab aktiviti kami merangkumi tidur di challet, mandi di pantai, Barberque, istana pasir, memancing dan seumpamanya.. Yg pasti selepas percutian itu, saya dan isteri amat keletihan...



Sehari selepas itu, saya pergi mejemput kakak dan abg ipar saya pulang dari haji. Ramai betul orang masa itu, tapi apa yang agak menyedihkan, saya tak dapat nak bawak anak-anak mereka jemput sekali kerana anak-anak mereka di Muar, saya tinggal di Sg Besi, kakak saya agak terkilan. Tapi Alhamdulliah, semuanya selamat... Selamat Pulang kepada Hajjah Siti Muisah & Hj Mahmuddin..

Semoga kita berjumpa lagi...
Related Posts with Thumbnails