Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri


assalamualaikum....


Buat sahabat semua, Ramadan al-mubarak kini hampir ke penghujung..

Syawal kini kian menjelma...


Untuk kali ini, 1 syawal kami akan berada di Banting, dan mungkin 3 syawal kami beraya di Muar...

Untuk sahabat semua, di jemput bertandang ke rumah kami di Senawang, ataupun di banting, ataupun di Muar...


Entri ni adalah yang terakhir buat ramadan ini, kerana sebantar lagi saya akan menyusuri hiruk pikuk metropolitan kuala lumpur, mencari rezeki hinggalah ke takbir subuh pagi syawal..


Buat client2 saya (Prudential), terimalah kad ucapan salam aidilfirti yang tak seberapa, yang saya kirimkan suku purnama yg lalu. Kad salam Aidilfitri sebagai tanda Terima kasih yang tak terhingga atas kepercayaan dan sokongan kalian...


Buat sahabat2 blog, silent reader, geng PMC, staff Prudential, agen2 agensi SIXMA GROUP, dan lain2 agen Prudential,

di sini saya mewakili semua ahli keluarga saya menyusun jari meminta ampun dan maaf atas segala kesilapan kami, kekasaran, ketidak senangan dan sebagainya samada yang lahir ataupun sebaliknya...

Jika ada makan dan minum, harap kalian dapat merelakan dan menghalalkan...

Buat sahabat2 PHN, Proton, Burnmark, Autokeen, Ingress, OSI, ACEC, Miyazu, dan semua kenalan pekerja sektor Automotive Malaysia, maafkan saya kerana tahun ni saya tak dpt nak berjumpa seperti tahun2 yg lepas bagi menunaikan hajat bagi memohon kemaafan secara berhadapan.. saya doakan kejayaan karier anda semua...

Buat bos yang baik hati, kak Nik, Nik Azlan dan 'Del', maaf zahir batin dan terima kasih atas dorongan dan sokongan kalian semua...

Salam Aidilfitri, penuh rendah diri dari saya sekeluarga...

Mohd Yassin Ali
Norisah Binti Abdul Karim
Amrina Rasyada Binti Mohd Yassin

Thursday, September 10, 2009

Kesederhanaan apa yang kamu cari?


selamat memasuki 10 mlm terakhir ramadan, rebutlah peluang ini (mlm seribu bulan) sebelum kita terlepas, terutamanya diri aku sendiri....


ok, untuk entri kali ini, sebenarnya dah pernah aku share dlm blog ini pada tahun lepas, tapi kali ini saja nak represent sebab, repetition is the best teacher... rite?..


ok, just baca dan hayati, kalau nak komen apa2, sgt2 dialukan..

sekadar gambar hiasan



10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:



1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran/takaful perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP/simpanan hari tua yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal


so, mcm mana kesederhanaan yang kita cari?


fikir-fikirlah.....



Related Posts with Thumbnails