Showing posts with label Bersama_Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Bersama_Keluarga. Show all posts

Friday, October 30, 2009

Amrina Rasyada



Amrina dah masuk 5.5 bulan...

dah pandai mengesot & main kertas surat khabar..

surat khabar baru jerr, yg lama x mau plak ek..

Alhamdulillah, demam selsema dah sembuh, tinggal sikit aje jerr yg tinggal..

enmm, berkenaan pelan pendidikan & masa depan amrina,
ayah rasa belum cukup lagilah...
medikal kad ayh lupa plak nak scan sekali..
enmm, byk jugak famili bayar insuran sebulan, dekat over than 10% drp total famili income, tak perasan lak..
enmm, cabaran...
got something to share?

Monday, April 13, 2009

House & home

rasanya dah hampir 4 bulan aku tak menjeguk keadaan rumah yg masih dalam pembinaan..

Tapi beberapa minggu lepas, seorang sahabat lama @ client bertanyakan status rumah aku ni, enmm payah jugak aku nak menjawabnya..

So, aku pun singgah sebentar tgk rumah yg masih dalam pembinaan....

Let pictures tell thousand words...








Welcome to Meru... Please come in.... Hati-hati takut ada paku...















Sesuai untuk kebun sayur mini ataupun padang futsal??? enmmm.....:?











Enmm, ruang parkir agak besar.. Bestnya kalau ada pagola / wakaf... Kene belajar mcm mana nak ada DIY pagola...








Satu taman, satu jalan & satu hati (hope so)














Aishee, CF
bila boleh dapat ni??? Spoil betul la...

******************************************************************
Harap sahabat lama aku ni terhibur..(terhibur ke dia??)
Ststus rumah ini, aku sendiri tak pasti sama ada ini kediaman kami ataupun rumah kami (Home #House)..
sebab keadaan yang tidak mengizinkan buat masa skrg...
Because no bosy knows about future
@
tomorrow is mystery...
Meminjam kata2 dari buku rich dad, poor dad...
If you buy a house, it is asset..
but your home is a liability..
Betul ke statement ni??
Tepuk dada, tanya selera...

Friday, February 6, 2009

Game of Money

Something good to share...

What age you want earn money to survive...
What is your retire age?



75% people in Malaysia finish their EPF money after 3 years retire..
Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan

Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.

Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas bersara.

“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat 89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.

Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat pengeluaran awal sebelum persaraan membabitkan pelbagai skim yang telah disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan kesihatan.

“Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.

Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari lalu.

Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan 10 peratus ke dalam Akaun III.

Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55 tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.

Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh dikeluarkan daripada Akaun II.

Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan apabila cukup umur 50 tahun.



Should we think rite now what we want to do during our golden age??
That's why I joint as Insurance agent...
cause Insurance not only tell about coverage & claims...
It's actually educate and teach our Financial Protection & Financial Planning..
and I'm lovin it....

Do you believe it???
Belive it..

I'm Lovin it...

Gudnite.........

Thursday, February 5, 2009

Mandi & Sehat...

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Friday, January 30, 2009

Ilmu untuk dikongsi bersama

Tadi pagi kite ada pegi class Ustaz Abdullah Mahmood,

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.

Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.

Sampaikan pesanan kapada pasangan kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

Dari Sahabat yg bekerja di Malaysian Airlines...

Wednesday, January 21, 2009

Tribute to Boolat.....

Since early last year, I saw some cats article in internet... And we(me & my wife) saw Bengal cats... Have you see bengal cats before??

Bengal @ Mudah . com
wow, the price is really damn high!.. huh...

So, we just imagine that one day we will have that cat..
When? How? we doesn't think... Imagine first...

~Tuah or rezeki~ no body knows but, have you hear about Law of attraction...

I have watched one movie last year, named "The Secret",I got during Prudential class. One of the the words says " Man become what he is thinks about"

One day during back from work (Ramadan 2008), 1 little cat looking for some food front of door lift, and 1 kind untie ask me to adopt that cat because she has 11 cats in her apartment... wow...


poor girl...

Day after day, we keep enough food for boolat, some vitamins pills, and boolat keep good grown eventhough she has some skin problem..


balik kampung together... good girl...



Boolat now is 6 months year old, what's boolat number if compare with human??


watching Tv with ayah?? thanks to company me, ibu live at hostel during this kursus..


Get tired rite now? very early laa..


Boolat at new our home.....Do you have any insurance cover?? Hehe



Please be aware during crossing the road... Ingat orang yang tersayang, You are not yet covered by any insurance tau, not entitle....


Boolat, dun be like this... Ayah have no enough money to feed you food... To nite my prospect have no pick-up phone for our appointment... Pity on ayah la ek!...









Tuesday, January 20, 2009

Selamat pagi sayang….

Enm… pelik jerr pagi2 ni den ucap selamat, ada sayang pulak tu….. Semua sahabat, di sayangi dan dikasihi…

Niat blog kali ni bukanlah nk cerita pasal cintan~cintun, tapi just sharing what happen to den recently….
Kan eden ade mencerita kan pasal bantuan yang tak semengah yang diharapkan…. Pada asalnya bukanlah niat nak menceritakan keaiban seseorang ataupun sesebuah syarikat, tapi lama2 den rasa nk sharelah kat semua… kalau tak cerita, enmm buruk rasanya..

Mendung simega mendung,
Mendung datang dari Utara
Termenung, ekau jangan termonung
Kalau termenung, buruk padahnya…


Hari jumaat kan eden eksiden kan, sapa rasa tak sedih kalau kita eksiden, tapi still rasa bersyukur sebab aku selamat…. So rasanya agak adillah kalau aku cerita apa yang berlaku pada hari2 sebelumnya…
Rutin weekdays den…
Bangun selewat jam 5.30am (wife den awal sikit,den sokitar 5.45am ~ 6.0am), rushing mandi, solat, kasi makan boolat(meow), secawan milo, sarapan roti secukup alas perut, keep house in proper condition (pili air, door opening size ngam2 for boolat ekses), whiskas & drinks enough for boolat, start kete, and sent my wife to seremban…


Boolat di suatu hari mencari kedamaian..

Rasanya ekau semua mesti terpikir kat seremban kurang jem, tapi jem tempat den seawal 6.40am ~6.45am, Jalan Rahang ke pokan soromban… Kat Ampangan pun jem jugak…
Tapi herannya, kalau den lambat (sekitar 7.45am kat seremban, dan kurang jemmm, Cuma otak den yg jemm sebab lambat)

140~150kmh are my standard speed Seremban to batu 3. Tapi bawak kete laju2 ni den tak gemar sobonarnya…speed kills people. (Den eksiden rasanya 40kmh ari tu, dulu pun sama)….

Dari rumah biasonya kul 6.20am ~ 6.40am, sampai ke LHDN Soromban 7.00am~7.10am (30 minit perjalanan), Seremban~ batu 3, shah alam (45 minit perjalanan)…. Total 1.5jam pergi dan 1.5jam balik… (total 3 jam)

Semua ni den tak kisah sgt, gas/petrol dan toll den malas nak cerita…
Yang den nk cerita ni….

Hari jumaat lepas, lepas eksiden tu den balik lah opis, member opis ambik kat POLICE STATION Inspector Shahab dekat2 PJ old town, pas sampai opis, member tadi terus balik rumah dia…
Jam dalam kul 10.30pm… Den pasrah apa yang berlaku tadi… Den terima dengan hati terbuka…. Pas tu jumpa bos, cerita sikit pasal eksiden dan cerita banyak pasal kerja…
Jam kul 11.00pm, masih cerita pasal kerja… pas tu den selitlah sikit..
“Hj, kalau saya mintak tolong leman hantar saya pulang ke rumah boleh tak??”
Dia jawab,” hantar senawang?, enm tak boleh sebab depa ada target keje nak di siapkan, bos depa dah ada target sendiri, lagi pun itu atas urusan personal matter nak hantar awak ke senawang…”
Den diam, pas tu den blah…


Project siapa punya ni... ni kereta apa ni?? Den pun tak fahami....

Target keje nk di siapkan? Tadi kawan den kat bawah tu baru cerita yang dia tengah boring… kalau sibuk den rasa dia mesti tak boring sbb den tau apa yg depa buat tu..
Senawang sebagai alasan??? Den datang kerja tiap2 hari ok jerr…

PERSONAL matter? Habis tu den nak balik keje naik apa? Din g Bukit beruntung tadi atas urusan kerja PH* naik kete sendiri ok jerr, Eksiden pun den tak ada bising2 kat sapa2. Bini den kat rumah sorang2 tengah malam, sib baik ada boolat sebagai peneman… Tang ni den rasa susah nak terima..
Pastu, den call panjang semula, sib baik dia sudi tolong hantar… Panjang pun dok dekat jerr kat sini, kat Seri kembangan… Ke shah alam amik den, hantar ke senawang dan balik semula kat seri kembangan… Ok jerr….

So, dapat dirumuskan hari jumaat lepas den tido jam 4am (pagi sabtu)… Balik tu sempat jugak den buat kerja2 isi borang insuran untuk client baru..

Enm, macam drama pulak cerita den ni… Kisah Benar TV3… hehehe

Lewat malam tadi, den dpt sms bos “personal matter tu” dia kat tak lama lagi maybe den dapat surat warning sbb selalu lambat datang kije..
Bertemankan sebatang roka… den terfikir lagi…
Den keje sini sebab den asset syrikat kan, kalau den kene buang bermaksud den ni liability syarikat ke???
Lambat 1 minit di kira sebagai dosa besar sini, balik lewat di pandang normal…
Everything for PH* , and sometime fardu ain pun almost terabai..
Den rasa den yang tak betul, PH* betul sebab den yang den boleh control, PH* den tak boleh control…

1 hari 24 jam (tiada lebih tiada kurang w/pun 1 saat)
apa yg den buat….
12 jam kerja (PH*)
3 jam highway
2 jam famili (masa yg selalu terkorban)
2 jam insuran
1 jam lain2 urusan
4 jam tido…
kalau den balik kul 9.00pm dari opis, alamatnya masa lainlah yg terkorban..

Bila perkara2 diatas ni berlaku kat den, den terfikir… ini ke masa yang sesuai untuk den ubah dari employee ke self employment?? Keadaan gawat yg tak menentu mcm ni???
Kejap lagi den amik roka dan fikir lagi? Hehehe

Selamat sambung kije, all work for PH*… Proud to be PH* member… (Untuk den sahaja…) hehe…

mintak komen sikit dari sahabat2 semua...
~tuah.rimbun~

Thursday, December 25, 2008

Ingatan Singah Sini....

Singah sini hari ni, esok lusa dah singgah sana pulak.....

Berbulan-bulan lamanya nak buat keputusan untuk pindah rumah.... Pastinya bukan mudah, namun yang susah kenalah kita permudahkan... Demi mereka yang tersayang...

sebelum ini kami bersama unutk 3 negeri..
rumah KL, tapi kerja kat Shah Alam And Seremban.. sikit letih..
dan lepas ini, tinggal di Seremban, kerja tetap di Shah Alam..



Enm, esok pulak, hari untuk pemotongan streamx... sedey ade lerr sikit, rumah baru (masih sewa jugak), belum nampak pulak kelibat tiang taliponnya... Jalur lebar??? tak berapa minat lah... dan tak pernah try lagi..
berapa speed Celcom broadband eh????

sambung nanti pulak...

Saturday, January 5, 2008

Percutian Famili di Kuala Linggi

As'kum
Enmm, selamat tahun baru.. lama pulak rasanya tak menulis dalam blog ini.. Memang sibuk. Saya terlibat dalam pembuatan kereta proton baru.. BLM / Saga... Kejap lagi keluarlah dalam pasaran malaysia..
Bolehlah rujuk dalam web ini...

http://www.hostvibes.com/the-real-proton-saga-blm-pictures/



Secara peribadi, kereta ini cantik, safety pun ok, ada dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS & Air Bag..
Harga bawah RM40k, design ok tapi interior saya tak pasti kerana saya involve body sahaja...

Miggu lepas, saya bersama famili mertua bercuti di Kuala Linggi. Bagi saya tempatnya agak menarik... Complete pakage sebab aktiviti kami merangkumi tidur di challet, mandi di pantai, Barberque, istana pasir, memancing dan seumpamanya.. Yg pasti selepas percutian itu, saya dan isteri amat keletihan...



Sehari selepas itu, saya pergi mejemput kakak dan abg ipar saya pulang dari haji. Ramai betul orang masa itu, tapi apa yang agak menyedihkan, saya tak dapat nak bawak anak-anak mereka jemput sekali kerana anak-anak mereka di Muar, saya tinggal di Sg Besi, kakak saya agak terkilan. Tapi Alhamdulliah, semuanya selamat... Selamat Pulang kepada Hajjah Siti Muisah & Hj Mahmuddin..

Semoga kita berjumpa lagi...

Saturday, November 17, 2007

Lemang dan Ayam panganag


sambil bakar lemang, tangkap sekor ayam yg tido kat pokok rambutan, pastu apa lagi, BBQ ramai-ramai... (Gambar aku tak de sbb amik gambar...)

Membakar Lemang Bersaudara



Hahah, buat kenangan


Gambar yang ada atas ni, bakar lemang dgn biras2, tapi yg tak bestnya, aku terlupa nak makan lemang tu, kenapa yek?? aku pun tak tau....
Related Posts with Thumbnails