Monday, September 26, 2011

Kad plusmile, menjimatkan.

Aidilfitri sekarang dah berada di penghujung. sebelum habis ingin aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin buat semua.. samada yang baru kenal, ataupun yg dah lama tak jumpa..

Selain dari kekurangan idea, dan aku yg agak bz dengan aktiviti jualan dan pengiklanan mesin-mesin aku, 1 faktor lain yg membuatkan aku slow menulis ianya sbb malas.. aku mengaku sbb kalau dah lama dah tak menulis, aku suka memberi komen kat blog org lain, instead tulis dlm blog sendiri.. pas raya ni kira aku nk berubah lah..



kali ni aku nk bercerita pasal kad plusmile.. pihak plus juga tak ada bayar aku untuk entri ni. aku tulis ni sbb nk ajak kawan2 berjimat..

aku gunakan kad plusmile dah hampir 2 tahun rasanya.. masa tinggal kat senawang, tol aku sebulan dalam linkungan RM20x25=RM500. capur lain2 hal RM600 rasanya.. (kos bahan api lain cerita)..
mula2 aku pakai shj, tak redem sbb igt nk kumpul point byk.. bila aku redem, nilai redem pulak cuma rm40 selepas dekat 2 setengah bulan guna.. mcm sikit pulak aku dapat redem..

selepas beberapa bulan lepas tu, aku cuba redem sekali sebulan, nilai dia tetap rm40.. hoho, apa sudah jadi, plus ada salah kira ke?? bila aku tanya dgn juru kaunter plus masa nk top up, dia kata point kalau tak redem boleh expired.. ohh, mcm tu ke..

setelah aku pidah di Meru sekrg, bil TnG aku still dalam lingkungan Rm250-300 sebulan. Nilai yg aku boleh redem pulak dalam sekitar RM40-50 ringgit sebulan rasanya. aku sendiri tak pasti berapa byk nilai redem yg aku dpaat sbb aku tak pernah rekod. aku rekod berapa TnG aku bayar sebulan, nilai redem yg aku dpt aku tak rekod, kalau ada pun ada lah bil dia bersepah2 dlm kereta.. kalau tak silapa aku, dah dekat 2setengah bulan aku tak redem, baru-baru ni aku redem RM138+RM80 (lepas raya baru ni).. boleh tahan jugak... boleh buat budget utk bercuti dgn anak isteri aku nt..

so, pada kawan2 tu, kalau ada hajat nk beli TnG tu, mungkin ada elok beli kad plusmile.. tak perlulah beratur lama nak bayar tol nt. masa jimat, kurang sikit dosa kering sbb menyumpah2 org yg potong Q masa nk bayar tol.

oklah setakat itu ajer hari ni, kalau ada sapa2 nak lontarkan pandangan sila2 lah yea..
entri lain kali nt aku cerita mcm mana nk dapatkan resit kalau guna TnG dan mcmana nk buat kalau nilai TnG kita cuma 30 sen tapi plaza tol depan kita tapi kos yg nak di bayar RM30...

jumpa lagi..
Related Posts with Thumbnails