Saturday, February 16, 2008

Apakata sekiranya saya ingin mencadangkan satu konsep sederhana yang bersederhana.

Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat handai..
Terutama sekali saya ingin memohon maaf sebab terlalu lama saya tidak menulis dalam web log ini. Ini kerana aktiviti di bulan Jan-Feb 2008 ini agak sibuk dan kurang peluang untuk melari internet. Dalam sibuk-sibuk itu, sempat juga saya buka dalam satu web log (laman blog) yang saya sendiri dah terlupa alamat blog tersebut. Mintak maaf kepada publisher blog ini sebab tiada izin untuk "copy right ", namun saya sangat suka untuk kongsi kepada semua tentang maksud kesederhanaan dalam kehidupan sekarang.


10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:


1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal.

Apa kata anda layari satu weblog berkenaan perlindungan takaful sebagai salah satu pelan kewangan di;
www.my-prubsn.blogspot.com/

Oklah, semoga kita berjumpa lagi
waasalam
Related Posts with Thumbnails