Thursday, November 20, 2008

Insuran/Takaful, penting sangat ke?




Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, ramai orang masih ingin berfikir panjang untuk membeli insuran/takaful.

Apa lagi yang anda FIKIRKAN?

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, dia memberi alasan “tunggulah dulu, saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan apabila ditanya lagi alasan yang sama diberikan, “Insuran? Takaful?? Saya belum lagi terfikir lagi untuk membeli insuran/Takaful”.

Abang, kakak, untuk membeli insuran/takaful,
anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!


Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda menyangka anda belum perlukan insuran. Mungkin anda sangka, diri anda kebal dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas difikiran anda bahawa insuran/takaful hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insuran akan menerima anda lagi.

Dan jika anda masih ingin berfikir sama ada anda perlukan insuran/takaful ataupun tidak, marilah kita berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda jika anda menghidapi penyakit kanser pada tahap keempat (kanser yang telah merebak diseluruh badan), sekali rawatan ‘kimoterapi’, kosnya RM36,000. Dan tidak semua hospital (kerajaan ataupun swasta) yang menyediakan rawatan kimoterapi kerana Malaysia kekurangan pakar @ anda tidak mempunyai banyak pilihan.

(baca keratan blog ini, klik di sini)

Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut sebanyak 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan lebih RM180,000. Itu baru kos rawatan ‘kimoterapi’ untuk sebulan.

Jika semalam anda ditakdirkan mengalami nasib yang serupa, apakah jalan penyelesaian yang anda ada?

1. Menggunakan simpanan sendiri;
Berapa banyakkah simpanan anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?
Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah anda mengumpul wang sebanyak RM 180,000 itu?
Mampukah anda menyimpan RM750 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata unutk mengumpul tabung RM180,000 itu? Bolehkah anda menunggu sebegitu lama?


2. Menjual harta benda;

Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya dengan harga yang murah. Bolehkan hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di manakah isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

3. Memohon pinjaman?
Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman jika anda sudah sakit kritikal dan tidak berupaya untuk berkerja?
Adakah anda mempunyai kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

4. Meminta derma?
Adakah badan kebajikan mampu memberi wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau tanpa karenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu sebegitu lama, unutuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?
Adakah orang akan menderma kepada anda, sedangkan semasa anda sihat, anda sendiri enggan menderma untuk membantu orang lain?

KESIMPULANNYA

Malam ini, sebelum anda tidur, cuba renung wajah anak-anak anda yang sedang nyenyak tidur. Sanggupkah anda melihat mereka hidup menderita, akibat kedegilan anda? Inilah persoalan yang wajib anda fikirkan, jika anda benar-benar mahu berfikir panjang.

Dan jika anda mahu jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin, tanpa perlu menjual harta benda anda atau meminta derma, carilah penasihat insuran/takaful sekarang juga.

Jika untuk kebajikan keluarga sendiri pun anda mahu berkira, orang lain pasti akan lebih berkira untuk memberi anda duit begitu sahaja.
Cuba fikirkan kata-kata saya ini dan bertindaklah sekarang, sebelum terlambat


Petikan dari Mingguan Wanita (Ringgit dan sen)

No comments:

Related Posts with Thumbnails