Hari jumaat yg lepas, aku ada terbaca satu entri drp blog zairul berkenaan pembelian rumah di Sri nilam, Ampang (terima kasih zairul for sharing) . Tempat tu mmg familiar sgt bagi aku sbb baru2 ni aku berniaga daging di kawasan tu (penjaja haram, hehe). sambutan agak baik, berbanding dgn berniaga di hulu langat bt 18, cuma ramai pesaing aje.. Apa2 pun rezeki masing-masing kan...
Tanpa fikir panjang, kami sekeluarga pun pergi kesana. penat la jugak sbb perjalanan pergi dan balik dekat 200km. Bersama-sama si kenit ni... Cita-cita kami nak beli rumah kat sri nilam ni secara subsale
Sri Nilam, ampang... Secara amnya, bagi aku tempat ni mmg sgt strategik utk low kos apt. sekolah & masjid sgt dekat (cuma perlu jln kaki jerr). Yg paling mustahak, depan apt ni tempat bas melepak, menunggu penumpang. Kebiasaannya 2-3 bas sekil gus tunggu, ke destinasi lain2 tempat.
Sebelum ke sini, aku dah dpt contact lebih kurang 5 no phone. tapi yg available cuma 2 org saja. tapi kedua2 nya ejen.. aku tak kesah kalau nak deal dgn sapa2 pun, cuma kedua2 ejen ni cakap berlagak sgt, meluat aku. Aku pun ejen jugak(tapi insuran la), tapi cakap dgn prospek aku cakap elok2 jerr. mau cina atau pun melayu, lebih kurang aja. Tapi ramai ejen melayu yg lebih ok drp ejen cina..
Ada 1 rumah, dia offer RM64,000. tip top level (tingkat atas sekali) haha..
tapi dia ni ejen la (melayu)
tapi dia dah cakap siang2, kalau nak mesti deposit 10%
ada cash tak? dia tanya... kalau setakat deposit Rm1,000 dia tamau..
kalau markup SNP pun, dia mcm tak nak.. dia tak nak la kalau duit dpt selepas sebulan urusan jual beli.
aku set apmnt sabtu petang, dia kata nt dia confirm nak call semula...
pas tu smp mlm ni dia tak call
geram jugak aku, servise tak bagus...
yela, kalau belum jumpa nak syarat tu syarat ni, kalau dah setuju jual, mcm2 lagi agaknya aku kene keluar duit, keme buat tu buat ni..
secara jujurnya, cash RM6,000 tu aku boleh usahakan..
boleh dptkan minggu ni pun, sbb minggu lepas OD ASB wife aku dah lulus
(kalau boleh duit tu aku nak setelkan outstanding kad plastik (kredit) aku dulu.), tapi kalau belian rumah ini berbaloi, why not kami beli rumah ni dulu.
cuma for our awareness, seandainya loan tak approve/aku nak cancel belian ni ke, tiba2 dia tak mau pulang RM6,000 ni apa ceritakan.. takkan nak let go aje..
kalau kene pulak tunggakan air,api dan maintenance cecah ribu riban, ishh, tak nak lah kita plak yg kene tipu... payah ni nanti... tak senang tido nanti.
sebenar-benarnya, kalau boleh aku naklah beli rumah ni dgn lowest downpayment. Rumah ini aku beli untuk investment, utk masa depan anak aku. kalau aku letak deposit agak tinggi sikit, ROI dah jadi kurang, kalau ROI kurang dari 15%, ada baiknya aku diamkan aje kat asb tu.. return terjamin & good liquidity... betul tak?
So, selepas bincang2 dgn wife aku, aku rasa aku nak hold dulu pembelian rumah di sri nilam drp berurusan dgn ejen yg sebahagiannya bersikap mcm cipan... rasanya takmau beli dgn ejen, sbb depa ni agaknya 10% deposit tu masuk terus ke kocek depa. Ntah2 sebelum loan approve depa dah lari, tak nak lah mcm ni.
Apa salahnya kalau aku bayar rm1,000 duit booking... markup SNP, bila loan dah approve, biarlah dia kawtim dgn pemilik rumah berapa komisen pemilik rumah kene bayar kat ejen. pemilik rumah pun kene tahu berapa byk komisen yg ejen amik. betul tak?
So sabtu lepas tu jugak, aku tampal kat notis board apt sri nilam tu,
SAYA INGIN MEMBELI RUMAH DI SINI
SERIUS BUYER
RM60K (NEG)- terbuka kpd owner shj
SILA HUBUNGI SAYA..
yassin 012 645 8118
aku harap, tak de lah tgn yg gatal, kopek ikaln tu, esok lusa kalau sempat g KL aku nak tengok semula.
tu aje yg aku nak share, so kalau korang ada apa2 idea/komen, sila2lah komen ek...
cuma yg aku konpius, mmg semua ejen jual rumah ni mintak deposit 10% ke? dan 10% depa markap masuk poket dia ke? kalau betul, aku tamau lah deal dgn depa ni..
kalau korang ada kenalan, yg nak jual rumah kat sri nilam tu, bagaitau kami ek. kami nak neli direct drp owner, nanti komisen korang kami bayar sekiranya rumah tu berjaya dibeli...
Harap-harap yg terbaik utk rumah pertama ni for investment,
rumah yg mana? ntahlah, aku pun x sure lagi.. hehhe
A Random Thought on Income Growth
-
It feels great to have a raise in income. When I was new to
self-employment, a raise in income meant stability, security, and a hope
for a brighter future...
2 days ago
10 comments:
Salam bro tuah,
Berniaga daging ye. Camna biznes ok tak?
Nak tanya sikit orang berniaga daging ni macam mana ya. Contohnya kalau malam amik daging lembu yang baru sembelih, pagi kena jual kat market bagi abis ke?
Kalau tak abis simpan kat peti ais dan sambung jual keesokan harinya pula ke?
Thanks.
Faiz
pergh kreatif tu tampal notis beli sendiri... semoga berjaya...
salam bro,
bukan ker 10% kena bayar lepas sign spa..kenapa derang mintak awal2..
selalunya org mintak duit booking jer..nk settle spa pon amik masa kan..
kalau nak tanya maintanence tertunggak sri nilam call 0342702505...
Dear Faiz
biasanya mmg mlm sblm jual dgg sembelih lembu, daging jgn kene air kalau boleh, kecuali basuh darah lepas sembelih, kalau tak dgg cepat busuk (wana kehijauan)
nak mula berniaga dgg, amik sikit dulu, maybe satu peha + rusuk separuh. kalau dpt bukak stall lebih drpd satu lagi bagus, maybe dlm 3 tempat kita bukak, 1 hot spot jual dgg yg terbaik.
adat berniaga, kdg2 x habis, kalau tak habis, dgg kene simpan dlm freezer (mcm freezer ais krim peti sejuk putih tu) simpan dgg teknik kene betul, daging tu kene sampul, maybe dgn plastik lutsinar yg mcm sampul buah2an kat supermarket tu. ada jugak org sampul guna kain kapas, kain napkin budak tu (tp jgn pulak guna yg recycle punya)..
dgg tempatan biasanya x tahan lama, sbb lepas sembelih dia byk terdedah kat udara. dgg kotak lain sikit sbb lepas sembelih dia terus pack & child, tu sbb nampak cantik..
biasanya dgg tempatan paling lama tahan 1 minggu dlm peti. lepas drpd tu maybe kene buang. sometime kene consider, biar rugi sikit, drpd daging tu busuk, apa pun x dpt..
kalau nak tanya byk, maybe boleh call saya..
Kui.
tapal notis tu nampaknya ada hasil, dah dekat 3 org call aku sbb depa nk jual rumah... harga boleh kawtim punya.. hehhe, itu yg kita mau..
kirana..
ntahlah kirana, saya pomn xtau apa sbb ejen tu mtk mcm tu, so saya pun malas nak layan dan cari org lain.. so far ada yg offer harga yg lagi baik dan layanan lagi mesra.. tapi masih dlm peringkat awal lagi, belum cinfirm..
zairul..
thank you for info... boleh tak kasi no phone lawyer (dgn nama sekali) & no phone pesonal banker zairul, saya ingat nak ambik dgn org yg sama. semalam ada 1 offer sri nilam RM63,000 subsale, rasanya kami ambik kot...
mustahak kalo sub-sale ni, kene study ade bil2 yg tertunggak ke..
as usual..location,location & location..
anyway, umah ko bile expected completion??
rumah subsale outstanding bil under pengurusan pembeli ataupun lawyer ek?
aku punya lawyer tidak beberapa efficientlah....DOA pun belum sempurna lagi..dia sibuk turun naik mahkamah....bank aku pakai CIMB dpt BLR-2.05..cawangan putrajaya....
thank you zairul for sharing..
tadi aku baru jumpa dgn lawyer
rekemen by member lama aku, dari segi conversation dgn dia dan husband dia (dgn wife aku sekali), rasanya dia boleh selesaikan kes aku ni, Insya Allah..
ttg rate home loan, aku cek dgn dia tadi, start mgu ni bank negara dah instruct semua bank, rate mesti sama, BLR-1.6%, dan entry kos pembeli kene tanggung, teruk lah aku mcm ni...
apa hal dulu aku try apply loan dululah, dah release nanti baru buat keputusan terbaik..
Slm tuan .sy nak beli jugak flat sri nilam tersebut sbg pelaburan..75k soalan sy berbaloi ke beli rumah flat sri nilam tersebut?
Post a Comment