Thursday, September 10, 2009

Kesederhanaan apa yang kamu cari?


selamat memasuki 10 mlm terakhir ramadan, rebutlah peluang ini (mlm seribu bulan) sebelum kita terlepas, terutamanya diri aku sendiri....


ok, untuk entri kali ini, sebenarnya dah pernah aku share dlm blog ini pada tahun lepas, tapi kali ini saja nak represent sebab, repetition is the best teacher... rite?..


ok, just baca dan hayati, kalau nak komen apa2, sgt2 dialukan..

sekadar gambar hiasan



10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:



1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran/takaful perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP/simpanan hari tua yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal


so, mcm mana kesederhanaan yang kita cari?


fikir-fikirlah.....



7 comments:

PG said...

Salam Bro.
Salam Ramadhan.
I really like your article.Y not u write regularly.
Syabas....

PG
20rejab.blogspot.com

~tuah.rimbun~ said...

waalaikumussalam saudara PG..

Terima kasih sbb singgah sekejap kat blog ni... terima kasih atas komen yg membina..

kenapa tak tulis selalu, selain kekeringan idea, mmg sebelum ni target 1 minggu 1 new entry...
maybe lepas ni kene upgrade, 1 minggi 2 entry...

terima kasih
salam lebaran
~tuah,rimbun~

Langit Jiwa said...

sin, anak apa khabar? raya dtg la rumah..

~tuah.rimbun~ said...

alhamdulillah anak sehat. kalau sempat nanti aku attach gambat dia

Hafiz Zawawi said...

Saya suka artikel ni. Update-update la blog selalu. :)

Abu Humairah said...

semoga beroleh apa yg dicita...

'sederhana' for some could be excessive for the others..vice versa...

~tuah.rimbun~ said...

hafiz, terima kasih sbb hadir ke blog ini
abu humairah, yup, kesederhanaan mgg berbeza bagi setiap org, mungkin sbb berbeza dari segi incomenya. haha

Related Posts with Thumbnails