Tuesday, October 7, 2008

Myvi NGV Project….

No choice, NGV car … Itulah gambaran yang terlintas dalam fikiran apabila bahan api petrol naik harga. Mak oiii, RM2.70, siapa yang tak marah. Masa naik harga tu, tunggu kat Shell beratur semata-mata nak selamatkan RM20 (beza harga sebelum naik & selapas naik harga petrol untuk tangki penuh), bukan sebab duit semata-mata, tapi melayan geram pasal bahan api naik harga tinggi…


Bas pun dah install NGV, aku bila lagi… (Lokasi bas ini di Seremban)

Itu keluhan saya bila nampak orang lain pakai NGV. Secara keseluruhan, saya menghabiskan duit kira-kira RM 6,000 untuk petrol setahun, dan ini menyebabkan hutang kad kredit tak pernah nak habis.


Korek tabung……

Pinjam sikit yang, abang nak buat investment kurangkan hutang kad kredit. Tambah sikit subsidi RM625 daripada gomen, dapatlah kumpul kira-kira RM6,700. Cukup dah ni nak install NGV ni…



First day sampai tempat pasang NGV ni, saya terserempak dengan satu Proton Saga BLM pun sama-sama pasang NGV. “Kereta baru tapi dah pasang NGV”, kapasiti tank 63liter & menggunakan full auto sistem, IGS kit. Brand Lanzirenzo Italy. Ingatkan orang pasang NGV ni untuk kereta dah setahun dua pakai, tapi ada jugak yang baru pakai 2~3 bulan cepat-cepat depa pasang NGV.

Setelah berbincang dengan executive pemasaran syarikat tersebut, saya bersetuju untuk pasang NGV kit dengan harga RM6,500 cash (kalau kad kredit kene tambah 2.5% ). Capasiti tank 63liter (maksimum saiz untuk kereta Myvi), NGV kit Lanzirenzo dengan system IGS (full auto). Harga ni termasuk inspection Puspakom & JPJ. Warranti 30,000km.



Kapasiti 63 liter & ada tarikh luput sekali. Tak sangka, ada tarikh luput!!
Tekanan maksimum tank ini adalah 200bar. Tong gas tekanan tinggi.



Siap ada wiring yang agak ‘complecated’ (Bagi saya complicated sebab saya tak reti wiring, hehe)

Secara amnya, untuk NGV ini terbahagi kepada enjin carburetor & injection. Untuk carburetor, hanya ada 1 kaedah/system dan kosnya lebih kurang RM3,000. Tempoh pemasangan cuma 1~2 hari. Kebanyakkan kereta teksi iswara, mereka guna system ni kerana teksi iswara ni guna enjin lama, carburetor system.

Bagi enjin yang menggunakan system injection, terdapat 2 option untuk pasang NGV iaitu system EFI mixer ataupun system IGS. Kos pemasangannya adalah RM4,500 dan RM6,500 dan tempoh pemasangan 7 hari.

Untuk EFI mixer system, udara gan gas akan dicampurkan sebelum memasuki penapis udara. Untuk system ini hampir sama dengan system carburetor system.

Untuk IGS system, system yang gunakan ini hampir sama dengan injector petrol. Intake manifold akan ditebuk dan dipasang NGV injector. Sebelum gas ini sampai ke injector, ia akan melaui NGV regulator yang fungsinya saya tak pasti. Untuk firing order, special NGV ECU akan digunakan.


NGV special injector (Model Saga BLM)


Special NGV ECU dan meter untuk tekanan gas NGV.

Sekiranya kita ada lebih sedikit budget, saya syorkan untuk kawan-kawan semua pasang IGS system, kerana ianya mudah digunakan, less maintenance dan kurang meragam berbanding EFI mixer. Saya ada jumpa seorang kenalan, dia syorkan saya guna IGS kerana pengalaman sewaktu dia pakai EFI mixer, masalah timbul selepas 50,000 km. Pernah sekali abang tu enjin kereta dia mati tiba-tiba masa tengah trafik jem, turun bukit. Nasib baik kereta depan tu jaraknya jauh. Sebab bila enjin mati, steering dan brek tak dapat berfungsi. Kalau tak ‘ you kiss you pay-lah’.


Overall view for my Myvi NGV

Alhamdullilah, NGV dah siap pasang. Raya Aidilfitri ni test NGV bawa balik kampong tapi terasalah hilang pick-up-nya lagi-lagi kereta gear auto macam saya ni. Apa pun yang penting save budget. Full tank 63liter ni, ongkosnya lebih kurang RM 7~8 sahaja untuk jarak sekitar 150 km.

Kos gas NGV ni 68 sen seliter. 1st time saya isi penuh kosnya RM7.80, bermaksud kita isi gas 11.47 liter. Ini isi penuh tau bang, bukan isi separuh. Walaupun kapasiti tong gas 63 liter, kita cuma boleh isi gas PENUH 11~12 liter sahaja (berdasarkan meter di Petronas NGV) sebab ini gas tekanan tinggi. Bukan isi petrol bang…

Sebagai perbandingan, isi gas 10 liter kosnya RM 6.80
Isi petrol, 10 liter kosnya RM 24.50
Beza RM 17.70
Sebanyak RM 17.70 kita boleh jimat untuk perjalanan 150 km (untuk Myvi macam saya ni)


Refill gas asli, memang kekok sebab tak pernah cuba.. Tapi biasanya kene beratur lerr. Lokasi kat Serdang, berhampiran UPM. (Call for sharing/advise ; 012 –645 8118)
Related Posts with Thumbnails