Thursday, February 5, 2009

Mandi & Sehat...

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, February 4, 2009

Tenggelam timbul hari-hari ku..

Maaf yea kalau artikel ni agak membosankan bagi mereka yg tak suka diari ejen insuran (hehehe, dun kerut dahi ek)

Last week tak ada close any case… Presentation pun Cuma 1~2 sahaja… Banyak phone call tak berbalas @ diangkat… Masa pulak amat terhad..

Masa terhad? Bukan alasan sebab semua org ada 24jam, tak ada lebih atau kurang walaupun 5 saat. No pain no gain… Huhu…

Sebenarnya seronok kalau dapat present pasal insuran/takaful.. Sebab dah, melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen/kawan/ sahabat. Kalau dapat close lagi seronok, kalau kawan tu tak nak ambil plan, it’s still ok, Aiman tak kesah… Saya hanya boleh tunjukkan jalan, biar mereka buat keputusan..

Selalu orang refuse kalau nak cerita pasal insuran, ‘jarang-jarang’ orang Tanya kita terus nak masuk insuran..

Tapi sepanjang setahun jadi ejen ni, pernah SEKALI saya jumpa orang buat solat hajat sebab dia berharap application insuran dia approve…

Ada jugak yg mcm tu yea? Mestilah ada sebab bukan semua orang orang layak ambil insuran.. Dan kakak tu kerja sendiri (jual kuih/nasi lemak), husband kerja drebar bas, anak 3 orang..

Budget? Rasanya tak perlu nak cerita lanjut sebab kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kalau abg kassim baca blog ini? Ada tak any suggestion dari abg kassim? Tak payah ambil insuran ok tak?

Jumaat malam yang lepas, dapat call dari wife jam 4.30am (aik, mcm pelik jerr bunyinya??)… Dia Tanya, “ayah kat mana? Bila nak balik???”..
Oooo, rupanya saya tertidur di RnR Seremban…. Ingat nak lelap 3 ~ 5 minit, rupanya 3jam.. Huhu tak sedar langsung…

Sampai rumah jam 4.30am, wife (Nori) bagi tahu “ Tadi baby ‘tendang perut aktif sangat, mungkin dia nak bagi tahu ibu tahu ayah belum balik w/pun jam dah 4.00am pagi”.

Oh, Syukurku kehadrat Allah, besar betul nikmatmu…

Hari sabtu berikutnya saya pulak demam… minor fever… Dugaan…

Monday, February 2, 2009

Denggi & Kerusi roda (OKU)

minggu lepas saya agak sibuk dalam catatan diari yg tak tertulis di mana2 kertas mahupun sesawang internet. Tapi Alhamdulilah rasa bersyukur kerana saya telah lakukan yg terbaik untuk keluarga, kerjaya(as employee) and karier (self employee). ahhhhh....

Jangan main-main...

(sila klik pada tajuk untuk komen pembaca buku ini)...

Dahulunya saya tak berapa gemar dengan buku Dr Tuah sbb tajuknya bukan berkenaan dollar & sen, tapi kadang2 kita mintak dikurniakan rezeki Allah yang melimpah ruah, lebih dari yang cukup. Dan dalam tak disedari rezeki yang datang dari pelbagai bentuk, untuk kali ini dalam bentuk bacaan..

Motivasi adalah inspirasi dalam hidup kita, sebagai insan yang mudah lupa kita perlu memuhasabah diri kita supaya tidak terkeluar dari landasan. Ada pepatah yang mengatakan Melayu mudah lupa(nasib baik saya jawa, huhu) tetapi kata Hang Tuah Melayu Takkan Hilang Di Dunia, mari kita fikir-fikirkan...

Ini adalah buku Ke-2 hasil penulisan Dr Tuah, rasanya saya perlu membaca lagi buku2 yg lain hasil penulisan Dr Tuah, sebab apa ya?

1. Buku yg seronok di baca.
2. Masa untuk motivasi yang fleksible.
3. Buku Dr Tuah yang Murah... (ah, ah)
4. Sbb saya Tuah... tuah.rimbun
Ada rahsia antara Dr Tuah & Tuah.rimbun??? Enmmm biarlah rahsia..

Selingan kempen membaca buku.... Orang yang pernah terlantar sakit berbulan2 selalunya suka baca buku, kalau tak percaya tnyalah Dr Tuah @ Tuah.Rimbun (hehehe)...

Pada minggu lepas, dalam kesuntukan masa bekerja, sempat juga saya bercerita fasal Denggi Sebagai wabak, dan ada seseorang hinggap dan memberikan komen...



Kassim Selamat... memang kamu suka bergurau... Denggi mana boleh lumpuh...

Mulut saya mmg tak ada insuran... tapi jari ini amat bijak untuk hinggap ke sesawang abg kassim..

Seribu kemaafan saya susun jari buat abg kassim, jangkaan saya benar2 silap... serkap jarang saya tidak tepat....

salam hormat dari Abg Kassim


Abg Kassim Cari parkir OKU...

Abg Kassim Seribu Makna..


Abg Kassim, Saya doakan supaya abg kassim Sehat & Sejahtera Selalu..

Tersentuh hati saya bila salah satu petikan dari blog abg kassim

"Aku bercadang untuk menjual rumah yang kudiami sekarang. Nak simpan rumah ni pun tak mampu rasanya. Kira korek sana timbus sini. Seperti tajuk lagu Salleh Yaakub 'Gali Lubang'. Pernah dengar ke lagu tersebut?"...

Nak beli rumah abg kassim? Klik di sini ya...
Rumah Untuk Di Jual Di bandar Rincing Semenyih..
Nampaktak kelibat katil abg kassim di sebalik warna putih tu??

Mungkin sesetengah daripada sahabat semua mendengar (mungkin secara terpaksa, hehe)cerita org jual rumah sbb kos rawatan perubatan... kali ni saya mintak saudara2 semua baca, kalau tak nak saya pun tak marah... Tak kene jual pun kalau bapak marah.. Hehe..

Sekadar mengigatkan, apa2 hal pun keputusan terletak di tangan anda... saya hanya menunjukkan jalan...

Buat abg kassim, suatu hari nanti saya ingin berjumpa dengan abg kassim.. Di harap abg kassim dapat menerimanya..

Selamat Bekerja untuk sahabat2 semua..

Friday, January 30, 2009

Ilmu untuk dikongsi bersama

Tadi pagi kite ada pegi class Ustaz Abdullah Mahmood,

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.

Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.

Sampaikan pesanan kapada pasangan kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

Dari Sahabat yg bekerja di Malaysian Airlines...

Wednesday, January 28, 2009

Proton MPV ~ gambar curi lagi...



huhuhu, teringat lagi dulu sebelum savvy keluar, org kata namanya sassy... Tup2, savvy, tapi aku panggil sawi.. (mulut ku tak ade insuran...)

Pagi tadi terkejut plak bila utusan malaysia keluar MPV gambar proton... 1st page lagi tu..

Gambar curi, ataupun agenda proton punya marketing, enmmm I dun have comment....

Gambar yang sahih? enmmm. no komen...( nak kene angguk ke?)
Enjin 1.8cc? Enmm. no komen...(nk kene geleng kepala ke???)
harga RM80K?... aku rasa yg ni sebelum diskaun, dengar cerita serendah RM65K, ke-sahihannya, aku sendiri tak pasti..

SEGAK MENAWAN
28/01/2009 8:02am

MPV Proton

Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) (seperti di atas) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.

Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah. - Utusan

Sokonglah barang buatan Malaysia....

~tuah.rimbun~

Denggi diisytihar wabak ~ Amat menakutkan..



Siang hari tadi, sempat saya membelek2 akhbar berita harian yg dibeli oleh abg azhar (abg ipar baru, heheh). Ternampak satu artikel, bagi saya amat menakutkan...

"Denggi diisytihar wabak "
~kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu...
meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas

Saya bukanlah pakar statistik negara ataupun doktor yg pakar dalam kesihatan, dan saya sendiri belum pernah lagi merasai demam denggi ini namun anak kakak saya, nabil pernah mengalami demam denggi yang teruk, sehingga di tahan di ICU, tidak sedarkan diri selama 3 hari kalau tak silap...

ICU Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mmg dah tak asing bagi diri saya, sebab di situlah Ibu saya terlantar tidak sedarkan diri (komplikasi bius akibat pembedahan lutut), iaitu saat2 saya di Ijabkabulkan... satu-satunya pengalaman yg tsk mungkin saya lupakan...
Di situlah juga adik kecik saya ditahan akibat penyakit kencing manis (kegagalan pankreas menghasilkan Insulin akibat jangkitan bakteria dalam paru-paru, demam berlanjutan selama 2 minggu), dan Si Nabil (anak kakak saya) sakit akibat denggi.. Berjujuran air mata kakak saya pada ketika itu...

Pengalaman ICU adalah satu pengalaman yg benar2 menguji kesabaran kita... Banyak kali air mata kerap menemankan kita...

Sejak2 akhir ni, rumah baru di senawang ini mmg banyak nyamuk, petang tadi pun sembur asap basmi nyamuk keliling taman... Pantang kalau isteri saya tak pakai ubat nyamuk, siap ada spare untuk tetamu yg ingin menginap di sini..

Demam denggi tiada ubat, sel darah merah berada dalam keadaan tak stabil. Darah tambahan mungkin diperlukan... Penting untuk kita derma darah..

Kawan2 saya dari korea amat takut dengan demam denggi sebab kat korea tak ada demam denggi seteruk tempat kita, mungkin di sebabkan faktor cuaca & musim..

Pesan saya, jaga kebersihan, jaga kesihatan...

Insuran penting ke tidak?, sepuk dada tanda hati...

Gudnite...
~tuah.rimbun~


Denggi diisytihar wabak

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kementerian Kesihatan mengisytiharkan denggi sebagai wabak di seluruh negara ekoran kesnya terus meningkat termasuk yang melibatkan kematian.

Langkah itu ekoran statistik menunjukkan 4,221 kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu, meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagi tempoh yang sama tahun lepas, lima kematian dilaporkan.

Ekoran perisytiharan itu, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan penubuhan pasukan khas di setiap daerah.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, pasukan itu akan bertindak memusnahkan pembiakan nyamuk aedes sebaik menerima laporan kes demam denggi.

“Denggi kini telah menjadi wabak kerana merebak dari satu tempat ke satu tempat. Jadi, kita menyeru semua rakyat jangan ambil remeh hal denggi.

“Langkah-langkah (pencegahan) yang diambil akan lebih drastik. Kita pastikan para doktor buat laporan cepat (kepada pihak kementerian),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Majoriti kes denggi berlaku di Lembah Klang dengan Kuala Lumpur mencatatkan 409 kes dengan dua kematian dalam tempoh itu berbanding 270 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes denggi di beberapa buah negeri turut mencatatkan peningkatan mendadak dengan sejumlah 245 lima kes dilaporkan di Pulau Pinang berbanding 100 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas dan Kedah merekodkan sejumlah 128 kes berbanding 65 kes pada 2008

Tiong Lai menambah, pihaknya akan melancarkan kempen besar-besaran untuk menangani denggi pada awal minggu depan dan menggesa orang ramai memberi kerjasama bagi sama-sama membanteras nyamuk aedes.

Katanya, pegawai-pegawai kesihatan juga telah diarah agar memperhebatkan aktiviti pengasapan bagi membendung nyamuk aedes.

Jelas beliau, keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan secara kerap membawa kepada peningkatan nyamuk aedes di banyak kawasan.

Sementara itu, Bernama yang memetik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, kementerian telah menemui simptom luar biasa dalam beberapa kategori kes demam denggi yang teruk.

Biasanya dalam kes demam denggi yang teruk, katanya, pesakit akan mengalami pendarahan dan kiraan platlet darah adalah rendah.

Friday, January 23, 2009

Proton diminta keluarkan teksi ala Malaysia

Proton diminta keluarkan teksi ala Malaysia
22/01/2009 6:52pm


KUALA LUMPUR 22 Jan. — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta syarikat kereta nasional Proton mengeluarkan kenderaan khusus untuk dijadikan teksi ala Malaysia yang menjadi kebanggaan negara.

Beliau berkata, kenderaan itu harus mempunyai keluasan yang bersesuaian dengan pasaran, selain memiliki ciri-ciri keselamatan serta menggunakan teknologi canggih khususnya untuk pembayaran.

“Saya ingin mencadangkan supaya Proton mereka bentuk teksi yang luas dan selesa untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz penumpang, selain memiliki penghadang antara pemandu dan penumpang serta boleh menggunakan pembayaran secara elektronik (e-pembayaran),” katanya. - Bernama






Ala pak najib, kasilah MPV proton tu keluar dulu... Gawat2 ni kompeni tengah kering.... Projek2 macam ni takut ROI tak achive sbb low volume production bagi pandangan den lerr....
Related Posts with Thumbnails