Siang hari tadi, sempat saya membelek2 akhbar berita harian yg dibeli oleh abg azhar (abg ipar baru, heheh). Ternampak satu artikel, bagi saya amat menakutkan...
"Denggi diisytihar wabak "~kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu...meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepasSaya bukanlah pakar statistik negara ataupun doktor yg pakar dalam kesihatan, dan saya sendiri belum pernah lagi merasai demam denggi ini namun anak kakak saya, nabil pernah mengalami demam denggi yang teruk, sehingga di tahan di ICU, tidak sedarkan diri selama 3 hari kalau tak silap...
ICU Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mmg dah tak asing bagi diri saya, sebab di situlah Ibu saya terlantar tidak sedarkan diri
(komplikasi bius akibat pembedahan lutut), iaitu saat2 saya di Ijabkabulkan... satu-satunya pengalaman yg tsk mungkin saya lupakan...
Di situlah juga adik kecik saya ditahan akibat penyakit kencing manis (kegagalan pankreas menghasilkan Insulin akibat jangkitan bakteria dalam paru-paru, demam berlanjutan selama 2 minggu), dan Si Nabil (anak kakak saya) sakit akibat denggi.. Berjujuran air mata kakak saya pada ketika itu...
Pengalaman ICU adalah satu pengalaman yg benar2 menguji kesabaran kita... Banyak kali air mata kerap menemankan kita...
Sejak2 akhir ni, rumah baru di senawang ini mmg banyak nyamuk, petang tadi pun sembur asap basmi nyamuk keliling taman... Pantang kalau isteri saya tak pakai ubat nyamuk, siap ada spare untuk tetamu yg ingin menginap di sini..
Demam denggi tiada ubat, sel darah merah berada dalam keadaan tak stabil. Darah tambahan mungkin diperlukan...
Penting untuk kita derma darah..Kawan2 saya dari korea amat takut dengan demam denggi sebab kat korea tak ada demam denggi seteruk tempat kita, mungkin di sebabkan faktor cuaca & musim..
Pesan saya, jaga kebersihan, jaga kesihatan...
Insuran penting ke tidak?, sepuk dada tanda hati...
Gudnite...
~tuah.rimbun~
Denggi diisytihar wabak
Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.myKUALA LUMPUR 26 Jan. – Kementerian Kesihatan mengisytiharkan denggi sebagai wabak di seluruh negara ekoran kesnya terus meningkat termasuk yang melibatkan kematian.
Langkah itu ekoran statistik menunjukkan 4,221 kes denggi dengan 12 kematian dilaporkan hanya dalam tempoh 23 hari iaitu dari 1 hingga 23 Januari lalu, meningkat hampir sekali ganda berbanding 2,153 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.
Bagi tempoh yang sama tahun lepas, lima kematian dilaporkan.
Ekoran perisytiharan itu, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan penubuhan pasukan khas di setiap daerah.
Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, pasukan itu akan bertindak memusnahkan pembiakan nyamuk aedes sebaik menerima laporan kes demam denggi.
“Denggi kini telah menjadi wabak kerana merebak dari satu tempat ke satu tempat. Jadi, kita menyeru semua rakyat jangan ambil remeh hal denggi.
“Langkah-langkah (pencegahan) yang diambil akan lebih drastik. Kita pastikan para doktor buat laporan cepat (kepada pihak kementerian),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.
Majoriti kes denggi berlaku di Lembah Klang dengan Kuala Lumpur mencatatkan 409 kes dengan dua kematian dalam tempoh itu berbanding 270 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di beberapa buah negeri turut mencatatkan peningkatan mendadak dengan sejumlah 245 lima kes dilaporkan di Pulau Pinang berbanding 100 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas dan Kedah merekodkan sejumlah 128 kes berbanding 65 kes pada 2008
Tiong Lai menambah, pihaknya akan melancarkan kempen besar-besaran untuk menangani denggi pada awal minggu depan dan menggesa orang ramai memberi kerjasama bagi sama-sama membanteras nyamuk aedes.
Katanya, pegawai-pegawai kesihatan juga telah diarah agar memperhebatkan aktiviti pengasapan bagi membendung nyamuk aedes.
Jelas beliau, keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan secara kerap membawa kepada peningkatan nyamuk aedes di banyak kawasan.
Sementara itu, Bernama yang memetik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, kementerian telah menemui simptom luar biasa dalam beberapa kategori kes demam denggi yang teruk.
Biasanya dalam kes demam denggi yang teruk, katanya, pesakit akan mengalami pendarahan dan kiraan platlet darah adalah rendah.
1 comment:
salam,
sy lumpuh di sebabkan denggi. Hilang kerja dan hilang segala2nya.
jadi....hati2 dgn denggi!
Post a Comment