Showing posts with label Personal_Money. Show all posts
Showing posts with label Personal_Money. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Personal Money









Alhadulillah, sejak kebelakangan ini dah ramai silent reader blog mula contact aku tanya pasal plan insuran/takaful dan ada jugak yg terus call aku untuk tahu secara lanjut ilmu takaful dan insuran. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua ( fairuz, mj-zai, dhalisa, madee) dan lain2. Tak lupa jugak kpd silent reader yg lain..

aku rasa berbaloi sbb ada blog ini, pejam celik dah 2 thn, w/pun tak meletup mcm blog2 lain, tapi aku consistant (aku rasa) dlm menulis blog ini..

Hari ni aku nak share pasal majalah yg aku dah subscribe setiap bulan. Iaitu majalah personal money..


majalah personal money ni adalah dari The Edge magazine. majalah aku consider belum terkenal sgt berbanding malah forbes, the time, forune. Bagi aku aku lebih suka baca personal money ini sbb keluaran berkenaan keadaan ekonomi & market Malaysia. Lagi mudah aku fahami..

Untuk bulan ni, main title untuk majalah ni profit from properties. Kat dlm majalah ini ada diceritakan pengalaman mcmana mereka buat duit melalui properties. Macam aku, auction adalah terbaik, tapi dlm majalah ni ada jugak org yg beranggapan sub sale lebih secure, dan proven depa dah buat duit berpuluh ribu.. bagi aku, geng pmc2020 terbaik bagi aku buat masa (sbb ada makan free rumah terbuka, eheks)..

Dalam majalah ni juga, setiap bulan ada article nasihat drp CFP berkenaan kedudukan kewangan kita. Untuk bulan ini, Financial analysis di buat kepada en Ahmad, sama ada financial freedom yg dia idamkan selama ini berada dlm track ataupun tidak... kalau nak tahu secara lanjut, bacalah sendiri nanti yea... aku tak reti nak translate (dulu aku sekolah melayu daa)..

Dalam beberapa bulan yg lepas, tak silap aku dlm bulan may, majalah ni ada diskuss pasal insuran (Are you ready when you fall ill). Di situ ada pandangan dan nasihat drp konsultant pakar insuran , Scient actuary (bukan ejen tau), ttg insuran mcm mana yg kita patut ambik, inflasi medikal yg terlalu tinggi (10%~15% per year) dan sebagainya... banyak info yg ada kat situ..

BUlan april lepas, cerita pasal pengurusan kad kredit, bulan july lepas cerita pasal EPF kalau tak silap..

So, siapa yng ada duit lebih tu, belil & bacalah majalah personal money ni setiap bulan, kalau malas pergi kedai subscribe jerr. aku promote ni bukan sbb aku ambik komisen tapi sbb bagi aku content dalam majalah ni sgt bagus. Kene pulak ramai jugak org melayu yg dah konsider berjaya di temuramah dalam article majalah ini...

dalam insuran prudential, sekrang aku bangga sbb dah ramai org melayu dah mula berjaya. ramai top scorer org melayu w/pun belum sampai separuh lagi sbb 10 thn yg lepas, mmg susah nak nampak muka melayu bila cerita pasal insuran/ financial security ni..


link the edge malaysia

form nak subscribe majalah personal money

semoga orang melayu kita lebih maju jaya untuk masa akan datang..

(malam ni internet connection tak berapa elok, gambar majalah ni aku upload kemudian lah ek)

Thursday, September 10, 2009

Kesederhanaan apa yang kamu cari?


selamat memasuki 10 mlm terakhir ramadan, rebutlah peluang ini (mlm seribu bulan) sebelum kita terlepas, terutamanya diri aku sendiri....


ok, untuk entri kali ini, sebenarnya dah pernah aku share dlm blog ini pada tahun lepas, tapi kali ini saja nak represent sebab, repetition is the best teacher... rite?..


ok, just baca dan hayati, kalau nak komen apa2, sgt2 dialukan..

sekadar gambar hiasan



10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:



1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran/takaful perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP/simpanan hari tua yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal


so, mcm mana kesederhanaan yang kita cari?


fikir-fikirlah.....



Wednesday, March 25, 2009

Pengurusan duit- Pentingnya Penama Waris

Anda semua mesti ada mencarum KWSP kan, sikit atau byk tak kisahlah..Tapi ada penama tak???

Kalau tak ada lekas2 letak penama kat kwsp, insuran ataupun mana-mana pelaburan anda sebab kegagalan memberikan penama itu akan membolehkan asset si mati dibekukan sebelum di bawa ke mahkamah(harap tak silap) dan amanah raya (berdasarkan pengalaman aku lerr). Proces pembahagian harta ni biasanya memakan masa lama kadang-kadang bertahun-tahun jika tidak ada persetujuan pewaris.

Fakta,: kes tanah wakaf perkuburan kampong aku tak close walaupun dah 11 tahun pewakaf itu meninggal dunia disebabkan tiada persetujuan saudara simati..

Bukan senang nak urus harta si mati ok (otey..)…

Apabila seseorang itu meninggal, semua harta akan dibekukan, (ini berdasarkan kawan saya yg bulan Nov 08 lepas, kematian isteri), kecuali

Pampasan Takaful/Insuran ~ Sekiranya simati ada meninggalkan penama. Kalau tak ada kene masuk amanah raya dan bukan mudah untuk urusan tersebut. Wang pampasan ini tak wajib di zakat
KWSP ~ Penama akan terima wang tersebut 100%. Sekiranya tidak ada penama, suami atau isteri akan dapat 30% sahaja dan bakinya akan masuk ke amanah raya lah jugak jawabnya..


So, cek harta2 yang bakal di Freeze…

Kereta kesayangan anda (yg masih ada loan)- Kalau semalam anda RIP (jahat betul ayat aku), siapa yg akan tuntut kereta tu? Bengkok Bank…
ASB… eloklah tu dari Amanah Saham bumiputera kepada Amanah Raya Berhad.. 2-2 amanah…
TH (tabung haji),ASW, CIMB dll.. nasib yg sama spt ASB..
Rumah, mmg ada MRTA. Cek balik ada penama ke tak? Rasanya tak ada dan kene masuk juga ke amanah raya??? Huhuhu..
Tanah? Sama mcm rumah, sama mcm kes bapak aku…
DLL anda semua cek sendiri…

So conclusion, kalau tak ada penama, pewaris akan menghadapi masalah untuk menuntut wang si mati… Penat tau naik turun tangga amanah raya tu.. Berbiliion2 asset dan duit kat amanah raya tu tak dituntut tu pasti bertambah2..

For my loyal client, cek dalam polisi penama anda, cek nama dengan betul dan IC mereka. Kalau nak tukar penama, please let me know and I will contact your shortly.

Then, for all my loyal client , thank you for support me?


Ciri2 penama yang saya syorkan…
Cari mereka yang boleh anda percayai, husband/wife especially. Kalau boleh jangan letak penama itu anak kecil sebab kalau letak penama anak kecil, duit itu tak dapat digunakan walaupun untuk persekolahan anak itu kecuali setelah umur dia 18thn bagi sesetangah bank (kalau tak silap)
Untuk penama, anda adalah pemegang amanah, bukan untuk enjoy katak.. Jujur itu anda sendiri yang dapat mengukurnya..
Bukan Mohd Yassin Ali. Tak ‘bisa tidur malam nanti di buatnya. Huhuhu, gudnite..

Thursday, March 12, 2009

Sharing is caring

Menceroboh blog abg nih..blog sendiri tak pernah pun nak update..hehe..sekadar nak berkongsi cerita dan pendapat je..antara topik perbualan yg slalu kami bincangkan ialah kenapa ramai org especially org melayu yg tak mau or tak nak pun amik tau pasal insuran/takaful..dengar je pasal insuran ni terus cabut atau kasi mcm2 alasan..saya pun dulu camtu gak..masa mula2 dpt keje dulu..bayar insuran takde dlm list monthly budget..alhamdulillah...sekarang dah sedar..since abg masuk spital dulu la..at least sebahagian bil hospital insurance yg cover...

Memandangkan sekarang ni abg dah jadi ejen insuran/takaful saya selalu pesan kat dia supaya banyakkan bersabar dan terus berusaha sbb bukan senang nak yakinkan org dgn insuran nih..ejen insuran macam lipas..ramai yg tak suka..hehe...

Sekarang ni kami di IRB sdg sibuk dgn BPPC..kat Seremban ni dah mula ramai dah org datang..especially yg makan gaji n yg ada dividend income..ada seorang lelaki cina tua ni lebih kurang umur 70 thn ..nak buat e-filing coz dia ada dividend income je..dia bawak skali insurance statement dia n wife dia..tapi kalau dia tak claim pun takpe sbb self & wife relief pun dah melebihi dia punya income..apa yg dia cakap kat saya.."Insurans penting maa..insurans mesti kene ada..sekarang mcm2 penyakit woo..saya dr muda2 macam you dah ada insurans..sakit masuk private hospital senang.." saya pun iyakan aje..sbb mmg ada benarnya...

Tu yang buatkan saya terpikir..org cina ni kebanyakannya mmg pandai manage duit dia..kalau org tua yg dah takde fixed income boleh bayar insuran dia..kenapa kita yg muda belia ni kedekut sgt nak keluar duit for ourselves protection..sedangkan kita punya kereta pun tiap2 taun kita bayarkan insuran mostly rm 1k++...kenapa kete je ada insuran? kenapa tak diri kita? memanglah ajal dan maut, sakit dan musibah yang tak diduga tu datangnya daripada Tuhan..sebagai suatu ujian kepada umatnya...tapi ini pun dikira sebagai suatu persediaan juga..
Jangan berani kata sayang kepada isteri atau anak2 kita jika tiada perlindungan utk mereka..

Kalau tengok tax form org2 cina ni..mmg life insurance, medical & education insurance tu diorang claim maximum amaunt...tu pun tak cukup sbb diorang bayar lebih lagi..anak2 mmg ada complete package..ada life, medical & education insurance (tapi life insurance atas nama anak tak dibenarkan utk claim tax relief ek.)..So, nampak sangat yg diorang ni dah prepare awal2 utk anak diorang terutamanya tang education sbb bg org cina education SANGAT2 important...

Antara alasan yg slalu didengar kenapa diorg amik education insurance utk anak ialah..."org melayu senang nak masuk U..org cina susah..kene masuk private u..nak mintak loan pun susah.."saya sbg org melayu rasa malu la..kita cam kaum yg tak habis2 mengharapkan subsidi kerajaan...bergantung kepada staff benefit yg company kasi dsb...lagi satu..ni citer lain plak...ada parents yang amik loan ptptn anak tp bukan anak dia yg guna..sbb anak dia dah ada cukup duit dalam dana insurans tu..parents amik n invest ntah kat mana2..dpt return berpuluh percent..bila anak abis blaja within 6 months parents ni akan bayar the loan in full..so dia tak payah bayar interest 3%...Just imagine..dia dah pinjam berpuluh ribu dgn gomen n got ntah berapa banyak profit without paying any interest to the gov..Giloss...mmg pandai betul pusing duit.. Kita org melayu bila nak sedar kalau asyik nak harap subsidi je..

ntahla..x paham betul..bila gaji sikit..tak cukup nak bayar insuran..bila gaji dah besar pun still x cukup lagi..borang income tax org melayu biasanya claim relief KWSP je..KWSP je? medical insurans pun takde? Insurans ada..tapi insurans berkelompok company punye (gomen pon ada)...ohh..ok..tapi sampai bile ek nak keje ngan company tu? selagi sehat ok la kot.. tapi kalau kesihatan dah tak mengizinkan..medical board pun soh benti je..camne agaknye ek? pikir2 lah sendiri..

ok lah..tu je sharing saya buat masa ni..kalau ada info lain utk dikongsi bersama saya akan menceroboh lagi blog abg i ni..hehe..tungguuu...sekian..majulah bangsa demi agama..

Posted by:
Mrs. Yassin
Related Posts with Thumbnails