Showing posts with label Untuk di kongsi bersama.... Show all posts
Showing posts with label Untuk di kongsi bersama.... Show all posts

Monday, April 6, 2009

Mintak Derma Ikhlas Untuk Aiman


Aslmkm..
Hari ni saya terima satu email, tentang seorang anak yang memerlukan derma untuk rawatan kimoterapi beliau.. sila lihat gambar yang di sertakan..





inilah aiman yang memerlukan pertolongan kita semua
ini email yang saya terima daripada kawan saya.... Eddy (ex UTM)
anak yang sakit ini merupakan anak kawan kepada kawan Edy..

Pada kawan2 yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk rawatan kimo anak saya
Sumbangan ikhlas anda:
Mazian Binti Musni (ibu aiman)
Maybank A/C No : 164490068229

Jika tidak berke ma mpuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplahdenganmemanjangkan
e-mail ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita inimendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!


semuga kita dapat membantu sambil mendapat berkat..

kos rawatan aiman (kimoterapi).. sila klik pada gambar untuk tahu jumlah sebenar, ini kos ubat sahaja..



surat rayuan derma dari pihak hospital.. harap dapat spent masa untuk membacanya...

berat kita memandang, berat lagi bahu memikul.. betul tak ciki?...

apa kata kita derma serendah RM2 ke, RM 5 ke, RM 10 ke, kalau lebih lagi ok kan....

Regards

~tuah.rimbun~

Saturday, March 28, 2009

1st CLASS Mentality

  • Climb HIGH
  • Climb FAR
  • My GOAL is the SKY
  • Reaching for the STAR

Mrs. Yassin

Friday, February 6, 2009

Game of Money

Something good to share...

What age you want earn money to survive...
What is your retire age?



75% people in Malaysia finish their EPF money after 3 years retire..
Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan

Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.

Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas bersara.

“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat 89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.

Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat pengeluaran awal sebelum persaraan membabitkan pelbagai skim yang telah disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan kesihatan.

“Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.

Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari lalu.

Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan 10 peratus ke dalam Akaun III.

Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55 tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.

Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh dikeluarkan daripada Akaun II.

Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan apabila cukup umur 50 tahun.



Should we think rite now what we want to do during our golden age??
That's why I joint as Insurance agent...
cause Insurance not only tell about coverage & claims...
It's actually educate and teach our Financial Protection & Financial Planning..
and I'm lovin it....

Do you believe it???
Belive it..

I'm Lovin it...

Gudnite.........

Thursday, February 5, 2009

Mandi & Sehat...

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, February 4, 2009

Tenggelam timbul hari-hari ku..

Maaf yea kalau artikel ni agak membosankan bagi mereka yg tak suka diari ejen insuran (hehehe, dun kerut dahi ek)

Last week tak ada close any case… Presentation pun Cuma 1~2 sahaja… Banyak phone call tak berbalas @ diangkat… Masa pulak amat terhad..

Masa terhad? Bukan alasan sebab semua org ada 24jam, tak ada lebih atau kurang walaupun 5 saat. No pain no gain… Huhu…

Sebenarnya seronok kalau dapat present pasal insuran/takaful.. Sebab dah, melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen/kawan/ sahabat. Kalau dapat close lagi seronok, kalau kawan tu tak nak ambil plan, it’s still ok, Aiman tak kesah… Saya hanya boleh tunjukkan jalan, biar mereka buat keputusan..

Selalu orang refuse kalau nak cerita pasal insuran, ‘jarang-jarang’ orang Tanya kita terus nak masuk insuran..

Tapi sepanjang setahun jadi ejen ni, pernah SEKALI saya jumpa orang buat solat hajat sebab dia berharap application insuran dia approve…

Ada jugak yg mcm tu yea? Mestilah ada sebab bukan semua orang orang layak ambil insuran.. Dan kakak tu kerja sendiri (jual kuih/nasi lemak), husband kerja drebar bas, anak 3 orang..

Budget? Rasanya tak perlu nak cerita lanjut sebab kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kalau abg kassim baca blog ini? Ada tak any suggestion dari abg kassim? Tak payah ambil insuran ok tak?

Jumaat malam yang lepas, dapat call dari wife jam 4.30am (aik, mcm pelik jerr bunyinya??)… Dia Tanya, “ayah kat mana? Bila nak balik???”..
Oooo, rupanya saya tertidur di RnR Seremban…. Ingat nak lelap 3 ~ 5 minit, rupanya 3jam.. Huhu tak sedar langsung…

Sampai rumah jam 4.30am, wife (Nori) bagi tahu “ Tadi baby ‘tendang perut aktif sangat, mungkin dia nak bagi tahu ibu tahu ayah belum balik w/pun jam dah 4.00am pagi”.

Oh, Syukurku kehadrat Allah, besar betul nikmatmu…

Hari sabtu berikutnya saya pulak demam… minor fever… Dugaan…

Friday, January 30, 2009

Ilmu untuk dikongsi bersama

Tadi pagi kite ada pegi class Ustaz Abdullah Mahmood,

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s a w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.

Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.

Sampaikan pesanan kapada pasangan kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.

Dari Sahabat yg bekerja di Malaysian Airlines...

Thursday, January 22, 2009

Kepala Babi, Surau & Bendera Pas..

Assalamualaikum...

Agak sensitif untuk den tulis tajuk asal berita ini iaitu....

Kepala Babi Di Surau UM (universiti Malaya)

Sampai sahaja office, kelihatan beberapa kelibat email ala2 spam yg bukan urusan kerja yang den terima pagi tadi, seperti biasa ada seorg sahabat (den namakan dia Sue. Enm, agak terperanjat jugaklah den dalam wajah yang cool (hehe)

"DAP SEMAKIN KURANG AJAR!!! LETAK KEPALA BABI DALAM SURAU TANDA PROTES HUKUM HUDUD!!!
komen2 ni bukan den yg tulis, tapi den cuma copy & paste daripada email yg den dapat pagi tadi..


Dua Kepala Babi yang diletakkan atas bendera Pas yang diconteng-conteng"



Tulisan "OM" diconteng di surau. Siapa dalang sebenarnya yang menconteng bangunan ini? Adakah angkara penyokong Hindraf yang juga merupakan penyokong tegar DAP. Menyamar sebagai India-Muslim untuk masuk ke surau dengan alasan ingin menunaikan solat


(Gambar: Para jemaah dan penyokong Pas yang terkejut dengan tindakan biadap DAP-Hindraf).


Contengan "FUCK" carutan di pintu masuk surau.


Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama?

Bagi pandangan den, kelakuan ini agaklah melampau, dan rasanya perlulah org yg melakukan perkara ini di kenekan I.S.A, kerana boleh mendatangkan kekacauan rakyat Malaysia...
Den tak rasa ini org Muslim yang buat, kalau dia buat berdosa besar...
Mastermind, pasti ada dalang untuk kes ini.. Biasanya dia mintak orang lain tolong buatkan...

Masa balik tadi, den pun ragu2 samada gambar ini gambar baru ke lama, den bukak web ni, enmmm....

So, apa yg den harus lakukan... cukup ke sekadar marah?

Wednesday, January 7, 2009

Aktiviti, Pengalaman 2008

org lain cerita-ceritun 2009, aku masih kat 2008...
ketinggalan... hahahhaha
bukan apa, just flash back, 2008 ni apa aku buat....

Kerja2 2008 yang tak pernah aku terpikir nak buat......

1. Aku jadi ejen insuran..... org/job yg aku cukup menyampah...
Tetiba aku pulak jadi ejen insuran... Kadang2 benda yg kita tak suka itulah yg
akan kita buat suatu hari nanti...
Lesson learn," Jangan terlalu benci benda yg tak
sepatutnya, sbb maybe benda tu yg kita aklan buat suatu hari nanti... mcm cite aku nilah...."

2. Aku beli kereta 1 lagi... "Bang kereta sedan yg paling murah, dan auto gear ada tak??" ayat aku soal kat selesman... saja jerr tanya walaupun tahu apa jawapannya... aku beli saga... Saga ni ok tak??? no komen, sbb aku enginerr hinggap develop kete ni... Murah dan truly sound...opsss... But really I pround develop this car...
Lesson learn: Oklah tu kereta baru.. Saga ni ok lah jugak... Siap nk jual kat Iran lagi... Kalau ada duit lebih nanti bolehlah beli Camry pulak.. OPppssss

3. Bercuti ke Langkawi.... Survey awal, dekat 6 bulan, tapi tetapkan tarikh 4 hari sebelum bertolak... Anyhow aku really enjoy jalan sbb aku 1st time g Langkawi..
Lesson learn: Jangan PK terlalu banyak pasal sesuatu job yang kita nak buat... kalau PK byk sgt nanti tak jadi... tapi kalau skim cepat kaya, tu kene PK sendirilah...

4. Aku dok senawang.. Dulu aku PK akulah dok rumah yang paling jauh dalam kalangan tempat keje sini... sekarang, lagi "dekat" lah....
Lesson learn:........ ciki, dent, nad, Kui,nori dll tolong jawabkan...ambo tak ado ideo...

5.Aku lawat sahabatku sakit Kanser kat hospital... tak pernah terpikir pun. .Menjadi kekuatan aku nk jadi ejen insuran... Dear Zairy, semoga cepat fully recover (bebas 100% drpd kuman cancer)
Lesson learn: Hablun Minallah dan Hablun Minnas kene jaga selalu. Ingat Allah Selalu... dan DOA kene lebih sikit...

6. Aku bakal jadi bapa... hehehehe... Usaha 2008 hasil Insya allah 2009... 3 tahun beb tunggu... yg ni pun aku tak boleh gambarkan....
Lesson learn: Kene Mintak kalau belum ada lagi....

nanti aku sambung... ettach gambar sekali...

Tuesday, December 23, 2008

Kenangan Minggu lepas...

[ceh... macam special sangat jerr aktiviti minggu lepas...]

Selain daripada menebalkan muka calling sana, calling sini (misi menyelamatkan nyawa, result ada senyum sikit minggu ni, hehe), macam biasalah bila sebelum tido, hinggap ke sesawang internet untuk menjenguk apa2 yang berlaku di sekitar sesawang tu...

jowo pinter siri balik Muo, Bersamamu Wak Nah, cerita virus, Monggo Mampir, dan abg Muor76,

Sunggu Indah Bumi Allah inikan... Bersyukurku kerana Kau memberikan pengertian yang lebih dalam atas erti yang sebenarnya syukur itu...

Kisah Wak Nah betul2 membuatkan ku termenung, terima kasih atas sharing dari jowopinter @ Black Purple... Ibu yang telah terabai dan masih di abaikan... Perasaan Sudut hati kecil ni membuatkan disebalik kaca mata ini berkaca sebentaar...

Kadang2 apa yang kita lakukan dalam tak sedar, menguris perasaan2 sahabat & handai yang singgah sebentar dalam kehidupan kita... Tapi kita kene percaya, niat kita yang baik tu lahir dari hati yang bersih, mempunyai matlamat yang mulia...

"Sharing is caring"... Antara ayat2 yang ku petik dari ejen Insuran, yang kini banyak menolong ku.... Ayat inilah yang membuatkan ku terus berfikir...
Aku hidup ni, sebenarnya apa yang aku cari...

Agak kelakarkan jika seseorang kanak2 berkata, " Bila dah besar nanti, nak jadi ejen Insuran".... Kalau dulu aku dengar ayat ni, rasanya aku akan balas "eloklah, kencing orang sana sini"... hehehhe
Tapi, tidak jarang harus banyak benda/perkara yang kita benci itu-lah yang bakal menolong kita saat2 kita memerlukan....

Kisah Mak Nah yang di cerita abg jowopinter tu membuatkan ku teringat kisah teladan masa kecil..
Si ibu bertukus lumus membuatkan kuih untuk dijual di gerai baru di kampung sebelah. Persiapan untuk membuat kuih itu dilakukan sebelum tidur pada malam sebelumnya... Pada awal2 pagi, kuih telah disiapkan dibungkus elok untuk di jual dekat kedai yang dimaksudkan...
Setibanya anak pada jam 1 tghri, anak itu dijamu makanan org kampung, kerana dia bukan org bandar... setelah selesai, "berapa banyak dapat jual tadi?" si Ibu bertanya. " Sikit jerr, tapi kuih dah habis, duit tinggal 1 ringgit saje, tadi semuanya ada 40 lebih kan?....
Si ibu bertanya lagi, "Kuih yang selebihnya mana?"...
Dah kasi kawan makan....
Seribu perasaan hampa terlukis di raut wajah ibunya... Si anak terasa amat bersalah...

Walaupun kisah ini bukanlah cerita tauladan rakyat, tapi ertinya betul2 memberikan perasaan bersalah dalam diri ini... Setiap kali anak ini makan di Restoran, apa agaknya mak makan hari ni ek, makanan berkhasiat ke... Setiap kali kuih keria itu kelihatan, apa khabar ibu yea...

Maaflah, kisah2 yg dikongsi diatas ini berlapis2, tiada pengkhususan, ini kerana ikut suka jari penulis,,,, huhu...

Sekadar ingin berkongsi...
1. Ingat ibu setiap masa... ayah... dan famili kita..
2. barang yang lepas usah dikesali, get lesson learn..
3. Apa jua yg kita lakukan, sekiranya niat yang baik... teruskan jika anda rasa perlu, dan berhenti jika anda rasa tidak (yang bersebab munasabah).. power in your hands...
4. Sometime any decision that we done, it might be wrong it might be rite.. there were no answer... Treasure it, and you will get good memories along the journey...

Oklah, see you soon, shortly nak keluar cari kawan nak berpantun pasal insuran..hahaha...

~tuah.rimbun~

Tuesday, November 18, 2008

SKPN 5 boys' favorite



Kamu tak de keje lain, asal pukul 5 petang mesti nak tengok cerita Goban (Gaban)..

Gaban Z, potong 2........ murid2 menyampuk..
Bawa Gaban ke ruang angkasa setan.... ada lagi yg nak menyampuk..

Aku, akmal, salim, faizal, Zamri Gemuk (Arwah)dan semua budak laki kelas aku masing2 tergelak sakan... Untuk Girls aku tak sure...

Ayat yang Cikgu Maskat lontarkan kepada budak2 kelas Darjah 6 Anggerik tu betul2 terpahat dalam benak fikiranku walaupun hanya sekali Cikgu Maskat berkata demikian, kerana apa? Kerana perkataan Goban tu lah...

Beberapa minggu lalu, terjumpa lah vidoe klip Gaban dalam youtube, terus jerr aku download..
Beberapa malam lalu, aku dengan wife tengok sat video klip Gaban ni,
Terbahak2 besar kami di buatnya sebab liriknya yang unik, tapi jauh fikirin ku terdetik..

Buat Sahabat2ku SKPN5 yang telah pergi...

Tiada lagi Kidungmu....
Zamri Bin Md Dom
Siti Hajar
Ahmad Jefri Bin Masri
Mohd Rizal Bin Kamjah

Semoga Roh mu di cucuri rahmat

Al Fatihah....

Saturday, November 15, 2008

Dengan NafasMu



Dengan NafasMu
by Ungu
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu.. menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil.. kembali pada-Mu

Karna ku tahu.. hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu.. tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Coda
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji.. ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu.. menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doaku untuk-Mu

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu.. menutup waktuku

Karna ku tahu.. hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu.. tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Back To Coda

ANDAI KU TAHU





Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu… Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku… Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku… Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

~End~

Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang selalu akan lupa akan Perjanjian kita dan PerintahMu
Sesungguhnya aku mudah lupa...
Berikanlah petunjuk dan kekuatan untuk aku harungi kehidupan yang peruh seribu pengertian...
Amin...

~tuah.rimbun~

Tuesday, December 18, 2007

Related Posts with Thumbnails