Wednesday, February 4, 2009

Tenggelam timbul hari-hari ku..

Maaf yea kalau artikel ni agak membosankan bagi mereka yg tak suka diari ejen insuran (hehehe, dun kerut dahi ek)

Last week tak ada close any case… Presentation pun Cuma 1~2 sahaja… Banyak phone call tak berbalas @ diangkat… Masa pulak amat terhad..

Masa terhad? Bukan alasan sebab semua org ada 24jam, tak ada lebih atau kurang walaupun 5 saat. No pain no gain… Huhu…

Sebenarnya seronok kalau dapat present pasal insuran/takaful.. Sebab dah, melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen/kawan/ sahabat. Kalau dapat close lagi seronok, kalau kawan tu tak nak ambil plan, it’s still ok, Aiman tak kesah… Saya hanya boleh tunjukkan jalan, biar mereka buat keputusan..

Selalu orang refuse kalau nak cerita pasal insuran, ‘jarang-jarang’ orang Tanya kita terus nak masuk insuran..

Tapi sepanjang setahun jadi ejen ni, pernah SEKALI saya jumpa orang buat solat hajat sebab dia berharap application insuran dia approve…

Ada jugak yg mcm tu yea? Mestilah ada sebab bukan semua orang orang layak ambil insuran.. Dan kakak tu kerja sendiri (jual kuih/nasi lemak), husband kerja drebar bas, anak 3 orang..

Budget? Rasanya tak perlu nak cerita lanjut sebab kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kalau abg kassim baca blog ini? Ada tak any suggestion dari abg kassim? Tak payah ambil insuran ok tak?

Jumaat malam yang lepas, dapat call dari wife jam 4.30am (aik, mcm pelik jerr bunyinya??)… Dia Tanya, “ayah kat mana? Bila nak balik???”..
Oooo, rupanya saya tertidur di RnR Seremban…. Ingat nak lelap 3 ~ 5 minit, rupanya 3jam.. Huhu tak sedar langsung…

Sampai rumah jam 4.30am, wife (Nori) bagi tahu “ Tadi baby ‘tendang perut aktif sangat, mungkin dia nak bagi tahu ibu tahu ayah belum balik w/pun jam dah 4.00am pagi”.

Oh, Syukurku kehadrat Allah, besar betul nikmatmu…

Hari sabtu berikutnya saya pulak demam… minor fever… Dugaan…

2 comments:

Kassim Selamat said...

Salam,

Sediakan payung sebelum hujan. Dan langit tak selalu cerah.

Selama 6 bulan saya dirawat di hospital. Kos rawatan mencecah RM240 ribu. Medical card saya RM75 ribu habis dalam masa sebulan.

Bayangkan jika saya takda perlindungan insuran. Mana nak ambil duit?

Di blog saya ada saya kongsikan cerita tentang insuran ini sbg renungan kpd yg tak tiada perlindungan insuran.

~tuah.rimbun~ said...

http://kassim8888.blogspot.com/2007/11/mehnak-cerita-tentang-insuran.html

Related Posts with Thumbnails