Thursday, July 23, 2009

short movie for sharing (Nick Vujicic)

nick vujicic

kenal tak?
kalau tak kenal, just watch his speech, i you will know him closely..

Have a great day!
~tuah.rimbun~


Tuesday, July 21, 2009

Check kesihatan kewangan anda...

korang pernah tak nampak iklan ni kat mana2 billboard area KL?

wajah yang anda percayai, itu jaminan kalau korang amik insuran/takaful dgn aku lah ek... heheh
bosan bercerita pasal insuran? pergilah buka sesawang internet yang lain sebab tidak ada paksaan untuk korang membaca & tiada maaf yg dipinta.....(hehe)

bukan nak cerita pasal billboard yg besar sebenarnya, tapi sebenarnya apa yg terpapar kat bawah tu... check it out...



actually software ni adalah satu tool dari Prudential, mcmana dgn keadaan kewangan seseorang, pada masa sekarang, akan datang & masa golden age...




just follow instruction, jawab dgn hati yg jujur, sbb result-nya korang yg baca sendiri.



overall result, ini adalah contoh...

so, kalau berminat, download dari link bawah, dlm format macromedia...

download sini...

Selamat mencuba,
dan lepas cuba, apa action korang?

your decision, your future...

Good nite! :P
~tuah.rimbun~

Wednesday, July 15, 2009

Pesanan untuk jiwa yang kental & bisness tuah.rimbun

watch your thought, they become words


watch your words, they become action


watch your actions, they become character



watch your character, they become destiny...


sila ambil perhatian ayat-ayat di atas, untuk kamu fikir di masa2 yg sepatutnya...



salam kemaafan kalau pengunjung blog ni asyik dok tertanya kenapalah aku tak update blog ni... bermacam sebab, tapi apa yg penting aku akan terus menulis blog lebih baik daripada sebelum ini...



SHARING IS CARING...


terima kasih nik azlan & pokli-emas sebab mengingatkan aku pasal how become quality businessman... bisnes tak susah, tapi aku mesti berdoa setiap hari agar diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan...



Kenapa tuah rimbun? (nama pena ku)...



sebanarnya ini nama 1st company aku, yg sudah lama berdaftar dgn SSM, so setelah setahun aku register, kini aku bangkit semula...



TUAH.RIMBUN ENTERPRISE


SKOP OF BUSINESS...


1. Perunding Insuran & Takaful (Prudential)... main business
  • Medical card

  • Guarantee education plan for new baby

  • retirement plan

  • MRTA/MLTA (personal home & properties )

  • Islamic Unit trust.

2. Insuran/takaful untuk kenderaan motor..



  • Best price, door to door services



3. Life stock...

  • ayam kampung segar (hidup/selepas sembelih)

  • selepas 2 minggu lebih (reban atas)






selepas sebulan (reban open)-lokasi di banting (rumah bapa mertuaku, hehe)




  • lembu tempatan (daging & jualan hidup)- akikah/korban pun ada..

lokasi kandang di Sg Gabai, Hulu Langat



Hero2 belaka, kacuk brahma & lembu tempatan... boleh pilih bang...



4. Dinar emas, ubah simpanan duit kepada simpanan emas (kenapa nak simpan emas?)....


dulu masa aku kawin, emas segram harga RM75/gram, tapi sekarang RM110/gram...


zaman nabi, 1 dinar = seekor kambing,


sekarang, 1 dinar = seekor kambing...


zaman 1990-an, seekor kambing harga RM250-300 seekor (kambing yg elok untuk akikah),


sekarang, dapat tak nak beli seekor kambing dgn harga RM300/ekor...


(lu fikirlah sendiri)....


boleh beli dgn saya anytime, just make a call. kalau nak jual balik dinar emas tu kat saya pun boleh...


kalau nak beli sekilo pun boleh... ada berani?

1 dinar kelantan = 4.25gram=RM471 (15-7-09)


wah, wah, banyak pulak saya tulis hari ni.. tak pe, sekadar berkongsi, apa pun nanti kita sambung lagi... satu lagi ayat untuk kita fikir2kan...


"you say i stupid?".... it is not important on what you say, it is MORE IMPORTANT what i'm thinking rite now & after this...



adios...


























Tuesday, May 19, 2009

...: sambungan:...


Wow, dah masuk TV dah dia...



minum ubat, Insya Allah nanti Amrina cepat sembuh..



Apa? ayah nak ajak Amrina main-main?


Jom!!!........


Awas, susu ibu tiruan membahayakan kesihatan!!

Friday, May 15, 2009

....: Wahai Puteri ku :....


Alhamdulillah,

Selasa lepas kami dikurniakan cahaya mata...

Nama : Belum dikenalpasti (hehe, tunggu minggu depan ek)
Jantina : Girl
Berat Sewaktu lahir : 3.3kg
Prosedur lahir : Normal (bersama ayahnya yang meneman ibunya semasa deliver..)
Lokasi : Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Masa : Selasa 12 May 2009, 10.03pm
Bersemperna Hari Nurse Sedunia..
Kos : RM472.00 (ingatkan free, Nasib baik ada GL dari income tax)



sayang baby ayah & ibu ni....

Buat semua doktor dan misi-misi, terima kasih banyak2 atas konsultant, prosedur dan rawatan
Buat semua kawan2, terima kasih atas ucapan tahniah...
juga nasihat yang amat berguna untuk ayah & ibu baru ni...
Atas emak2, abg-kakak-adik2 dan abah, terima kasih atas sokongan dan dorongan

sekarang ni, baby dan ibunya sedang berpantang kat Banting, Selangor
ayahnya pulak, start minggu depan mula mencari rezeki semula selepas beberapa minggu bercuti..
Moga-moga rezeki baby mencurah-curah melalui bisness ayah ini..
Minggu depan ayah akan submit Takaful Education plan baby sbb ayah dan ibu dan ada planning kat mana baby nak bersekolah dan mengaji di Universiti mana nanti..

Buat Isteri, terima kasih melahirkan zuriat buat kita
Ini merupakan ibadah kita dan perlu kita hadapi dengan sabar dan bersungguh2 dalam menempuhi rintangan hidup ini untuk hari-hari mendatang ...

Comelnya baby ayah dan ibu ni..
Nur Amrina Rasyada Binti Mohd Yassin



Wednesday, May 6, 2009

Bas Mini Wilayah

agak2 nye bila kali terakhir korang naik bas mini?
kdang2 rasa mcm teringin jugak nak naik, sbb rasa seronok terkenangkan cerita2 lama..
berpusu2.... dan tekan loceng....

Bas mini 222, cerita majalah ujang.... dulu minat sungguh baca majalah tu, ntah sekarang malas pulak nak membelinya...
time has change kot. hahaha!

apa2 hal pun layan jerr gambar bawah ni..
















Bas mini Wilayah (BMW)... ini singkatan yang member aku bagi tau kat aku kenderaan apa yang dia gunakan setiap hari... mula2 aku gelakkan jerr, pastu aku plak malu sendiri...
knp malu? aku malu sbb salah teka....

pas tu dia tanya, kereta impian aku kete apa?
lantas aku menjawab, Myvi kot....
dia tengok semacam kat aku, sbb apa lah ko ni, takkan tak ada "dream" dalam diri ko...
aku sengeh mcm kerang busuk, baru aku perasan, aku tak berapa clear untuk impian diri sebenarnya...

inilah salah satu cabang untuk aku meng'imaginasikan' impian dalam hidup aku...

aku kene ada impian... bukanke hidup ini kita yang tentukan.... aku yang tentukan....
















Mini bukan sebarang mini.... mini mesti ramai yang minat.. termasuk aku.....
















Ada GPRS..















Ada supercharge...... berdesup maunya dia pergi...















kenderaan pelbagai guna kampung ku.... hajat aku untuk memilikinya masih belum kesampaian... Alamak...

hoho, apa yg nak aku sampaikan di sini, hidup kita kene ada impian....
Tak cukup sekadar ada, tapi kene laksanakan...
Bukan harta benda kekayaan sahaja tetapi byk perkara lain yang boleh kita impikan...
sebagai contoh,
1. pembiaya rumah anak2 yatim seumur hidup
2. menunaikan haji/umrah di usia muda
3. meluaskan perniagaan kepelusuk tanah air.
4. Menjadi majikan yang baik.
5. dan sebagainya.... tepuk dada tanya selera...

sebelum tidur, fikir2 apa impian kita... biar besar, biar terlaksana dan menjadi kenangan manis paling berharga dalam hidup kita...

salam sahabat....
~tuah.rimbun~

Monday, April 27, 2009

Maaf, Saya Minta Derma Lagi..

Permintaan ini bukanlah untuk diri ku sendiri tetapi untuk insan yang bernama Che Net,







Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak-banyak sekiranya entri ini mungkin benar membuatkan sebahagian daripada pembaca tak berapa senang unutk mengetahui dengan lebih lanjut… Tiada paksaan untuk meneruskan membaca…
Tujuan aku memasukkan entri ini, semata-mata hendak menolong bagi mereka yang benar2 memerlukan...

Siapa Che Net?

Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.

Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan Amir (anak abg Kassim Selamat) semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.



















Satu saluran (triki) di buat di bahagian lehernya untuk menyedut kahak. Di bahagian perutnya di buat satu saluran tiub untuk menyalurkan susu dan bubur.


Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.





















Terlantar tanpa sedarkan diri.
Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.















Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan.

Anda boleh menghubungi En. Zulkifli,
ayah Che Nat di talian 03-8724 3629

atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching,
YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan

Anda juga boleh turut menyumbang dengan menyiarkan dan mengedarkan kisah penderitaan Che Nat ini melalui blog, email atau mana² forum di internet.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.
(Akaun Baru)Bank :
CIMB Bank Berhad No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

AtauBank :
EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.Berikut adalah perbelanjaan bagi menyara kehidupan Che Nat. Kos perbelanjaan seharian Che Nat amat tinggi jika di bandingkan dengan pendapatan ayahnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah hospital

Perbelanjaan Harian:
·Susu sehari 8 tin x RM5.70 = RM45.60 (RM 45.60 x 30 hari = RM1,368.00 sebulan)
·Tiub triki 8 kali x RM3.00 = RM24.00 (Untuk menyedut kahak. RM24.00 x 30 hari = RM720.00 sebulan)

Perbelanjaan Bulanan:
·Beg Plastik Kencing - satu RM2.50 x 4 kali sebulan = RM10.00 (Di tukar seminggu sekali)
·Tiub Kencing (Cathether) - satu RM6.00 x 4 kali sebulan = RM24.00 (Di tukar seminggu sekali)
·Lampin Pakai Buang - RM2.00 sekeping x 30 hari = RM60.00 (Sehari sekeping)

Dari mana aku dapat tahu cerita ini?
Daripada Blog abg Kassim... Dulu aku pernah cerita pasal seorang abg tu yang lumpuh disebabkan Denggi...

Siapa Abang Kassim?















Aku lebih senang di kenali sebagai Kassim Selamat @lagendabuta.
Wajahku tidaklah setampannya. Hanya menumpang namanya saja.
Aku di lahirkan sebagai insan normal.
Ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah menyapa diriku. Aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20 Jun' 2002 Dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU).

Untuk ketahui kisah lanjut abang kassim, sila klik disini
Sekian untuk entri kali ini... Dermalah kepada mereka yang memerlukan... Apa salahnya kita ramai-ramai forwardkan RM5 kepada che net.... Kalau setiap bulan lagi elok rasanya...
Maaflah jika menggangu...
Related Posts with Thumbnails