Monday, April 27, 2009

Maaf, Saya Minta Derma Lagi..

Permintaan ini bukanlah untuk diri ku sendiri tetapi untuk insan yang bernama Che Net,







Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak-banyak sekiranya entri ini mungkin benar membuatkan sebahagian daripada pembaca tak berapa senang unutk mengetahui dengan lebih lanjut… Tiada paksaan untuk meneruskan membaca…
Tujuan aku memasukkan entri ini, semata-mata hendak menolong bagi mereka yang benar2 memerlukan...

Siapa Che Net?

Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.

Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan Amir (anak abg Kassim Selamat) semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.



















Satu saluran (triki) di buat di bahagian lehernya untuk menyedut kahak. Di bahagian perutnya di buat satu saluran tiub untuk menyalurkan susu dan bubur.


Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.





















Terlantar tanpa sedarkan diri.
Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.















Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan.

Anda boleh menghubungi En. Zulkifli,
ayah Che Nat di talian 03-8724 3629

atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching,
YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan

Anda juga boleh turut menyumbang dengan menyiarkan dan mengedarkan kisah penderitaan Che Nat ini melalui blog, email atau mana² forum di internet.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.
(Akaun Baru)Bank :
CIMB Bank Berhad No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

AtauBank :
EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.Berikut adalah perbelanjaan bagi menyara kehidupan Che Nat. Kos perbelanjaan seharian Che Nat amat tinggi jika di bandingkan dengan pendapatan ayahnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah hospital

Perbelanjaan Harian:
·Susu sehari 8 tin x RM5.70 = RM45.60 (RM 45.60 x 30 hari = RM1,368.00 sebulan)
·Tiub triki 8 kali x RM3.00 = RM24.00 (Untuk menyedut kahak. RM24.00 x 30 hari = RM720.00 sebulan)

Perbelanjaan Bulanan:
·Beg Plastik Kencing - satu RM2.50 x 4 kali sebulan = RM10.00 (Di tukar seminggu sekali)
·Tiub Kencing (Cathether) - satu RM6.00 x 4 kali sebulan = RM24.00 (Di tukar seminggu sekali)
·Lampin Pakai Buang - RM2.00 sekeping x 30 hari = RM60.00 (Sehari sekeping)

Dari mana aku dapat tahu cerita ini?
Daripada Blog abg Kassim... Dulu aku pernah cerita pasal seorang abg tu yang lumpuh disebabkan Denggi...

Siapa Abang Kassim?















Aku lebih senang di kenali sebagai Kassim Selamat @lagendabuta.
Wajahku tidaklah setampannya. Hanya menumpang namanya saja.
Aku di lahirkan sebagai insan normal.
Ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah menyapa diriku. Aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20 Jun' 2002 Dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU).

Untuk ketahui kisah lanjut abang kassim, sila klik disini
Sekian untuk entri kali ini... Dermalah kepada mereka yang memerlukan... Apa salahnya kita ramai-ramai forwardkan RM5 kepada che net.... Kalau setiap bulan lagi elok rasanya...
Maaflah jika menggangu...

3 comments:

Anonymous said...

nape perlu minta maaf?

Kassim Selamat said...

Salam tuah rimbun,
Terima kasih menyiarkan kisah che nat di sini.

Semoga kita bersama dapat membantu meringankan beban yg ditanggung oleh keluarga che nat.

~tuah.rimbun~ said...

satu tangungjawab abg kassim

Related Posts with Thumbnails