Thursday, August 27, 2009

Berapa kos pendidikan anak kita di universiti nanti?

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat. Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf, zahir dan batin, semoga segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan ni diterima oleh-NYA

Kehidupan adalah suatu yang kita tak dpt nak jangkakan. Rasanya sejak dari umur 11 tahun, puasa aku tak pernah miss, tapi tahun ni hari pertama puasa terpaksa buka awal sbb keadaan demam yang semakin tak kebah2. masuk hari ni dah 5 hari demam, Alhamdulillah ada sedikit penyusutan…

Ok, berbalik kepada tajuk atas, adakah kita sudah kenalpasti berapa kos pengajian

Cuba kita check semula, kos pengajian di peringkat ijazah di universiti tempatan.

IPTA/IPTS

Kos pengajian x semester (tahun 2000-2005)

Anggaran kasar kos sepanjang pengajian

UTM/UPM/UKM (Eng course)

RM 3,500 x 8

RM 28,000

UTP/UNITEN

(Eng course)

RM 11,500 x 8

RM 92,000

Ambil contoh, course engineering di UTM, kos pengajian sekarang ini adalah sekitar RM 28,000. PTPTN adalah suatu penyelesaian tapi untuk tempoh 18 tahun akan datang, kemudahan PTPTN mungkin ada, mungkin tidak, kerana sudah tentu masa tu semakin ramai yang nak PTPTN sedangkan keadaan fund tersebut sangat terhad (logik ke? Fikir2)

Sekiranya, saya ada seorang anak yang mungkin 18thn lagi akan menjejaki ke universiti tempatan, berapa kos yang mungkin pada ketika itu?

Umur anak tika ini, 3 bulan

Berdasarkan inflasi matawang Malaysia 4.5% setahun, inflasi untuk 18 thn akan datang (congak ringkas)

18 x 4.5 = 81, ini bermakna, kenaikan nilai / kos adalah 1.81 kali ganda daripada sekarang…

Enmm, berapa yek?

RM 28,000 x 1.81 = RM 50, 680….

Yup, RM50,680 kita kene sediakan untuk seorang anak semasa dia belajar di universiti tempatan, 18 thn akan datang…

Alhamdulillah, dah ramai orang kita yang kini dah fikir untuk simpan duit untuk anak mereka belajar kelak di menara gading, dan sebenarnya ramai jugak yang tak habis2 fikir bantuan/subsidi kerajaan akan datang bergolek semasa anak mereka nak daftar universiti nanti..

Ayuh lah akak, abang, berpijaklah pada bumi yang nyata, subsidi/bantuan kerajaan tu tak selama2nya ada.

So, apa yang harus kita buat sekarang?

Simpan duit, dan buat 1 TARGET berapa korang nak ada dalam simpanan anak tersebut. Tak kesahlah nak simpan kat mana, kat bank ke, dlm pelaburan hartanah ke, asb ke, tapi matlamat menyimpan tu kene betul2 clear…

Kalau kita selidik, Negara korea & jepun, alasan mereka tak ramai anak adalah mereka takut dgn kos pendidikan anak mereka. Setiap anak tu mmg ada rezeki dia masing2, tapi sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkan kehidupan anak kita. Seorang anak yang hidup di Iraq dan seorang hidup di Malaysia mestilah mempunyai kualiti pendidkan yang berbeza, ayah ibu yang berbeza, rezeki masing (faham tak maksud saya?) seorang anak itu mana mungkn akan berjaya sekiranya ibu bapanya tidak berfikir dahulu bagaimana kaedahnya untuk anak itu berjaya bila besar nanti…

Kenapa perlu simpan dalam insuran / takaful?

Kalau kita lihat semula, sebenarnya konsep menyimpan untuk dana pendidikan ini dah lama ada, saya boleh katakan sejak tahun 80-an lagi. Tapi hanya ramai kaum cina yang berbuat seperti ini.

Insuran/takaful bukannya satu2nya tool untuk menyimpan, banyak lagi kaedah lain kita boleh menyimpan dan mendapat pulangan yang lebih tinggi, tapi 1 perkara yang unik dan tiada ada ditempat lain kelebihan menyimpan dalam insuran/takaful adalah…

JAMINAN KEWANGAN SEKIRANYA BERLAKU SESUATU BENCANA..

Kalau kamu tak percaya, lihatlah system simpanan SSPN, kalau kita lihat balik, ada skim insuran sekiranya berlaku sesuatu kepada pembayar… Idea ini dah berbelas tahun (mungkin berpuluh tahun) telah di gunakan oleh syarikat insuran/takaful.

So, sekarang ni terpulanglah masing2 untuk dimana mereka harus menyimpan duit untuk tabungan universiti anak masing-masing. Tapi suka untuk saya ingatkan, don’t put every egg in one bucket.

Fikir-fikirlah…

Thursday, August 13, 2009

H1N1 Prudential tak cover?

(sila baca sampai habis utk elakkan kekeliruan)

pagi semalam aku di aju oleh seorg kawan(consider client jugak), agak kemarahan sbb kenapa prudential tak cover H1N1

Tapi nasib baik dia masih sehat... kalau tak sehat mana pulak dia nak tanya dgn nada yg agak garang pulak ek...

kdg2 soalan tak perlu di jawab dgn jawapan, tapi di jawab dgn soalan semula..

"kat mana pulak ko dgr cerita ni?"

"aku baca dlm surat khabar, berita.... Hospital swasta tak nak terima pesakit H1N1..."

ok, ini sebenarnya ada sedikit salah faham...
ini gara2, jump to conclusion, sbb biasanya org akan fikir

hospital swasta = insuran
(salah idea ni sebenarnya)...

hospital swasta & insuran adalah 2 organisasi yg berbeza.
tu sbb bukan semua hospital swasta panel prudential, only the best hospital panel prudential.. hehe

ok, berbalik dgn masalah di atas, kenyataan yg sebenar adalah..

" sebelum ni, Hospital swasta di larang menerima pesakit H1N1, hanya hospital kerajaan shj yg boleh terima pesakit H1N1, sbb pihak kerajaan nak kontrol dari segi track rekod, dll"...

actually, insuran (PRUDENTIAL ) cover UNTUK PENYAKIT H1N1,

cuma kalau masuk hospital kerajaan, bil hospital kene bayar dahulu dan claim kemudian.
Pampasan lain still boleh claim mcm biasa... contohnya, elaun hospital RM200/hari still claimable...

Tapi, sejak minggu lepas, hospital swasta telah di benarkan menerima pesakit H1N1...
Sebab 1 of client dari agency kami sekrg warded kat Colombia asia, seremban (Panel prudential)...
menjalani rawatan..

Special for all my client, please INFORM Me before you enter to the hospital (get warded),
sbb that is my job to service you...

Jaga Kesihatan, Jaga diri anda...

Have a great day..

Thursday, August 6, 2009

MRTA / MLTA & Pelaburan Hartanah


Korang semua dah beli rumah? Insya Allah ramai yg dah ada, so sesiapa yang belum beli tu, cepat2 lah buat pengiraan untuk beli rumah?


Gunakan kwsp,

kalau korang fikir rugi sbb rm kwsp tu dah berkurangan, ikut suka koranglah, sbb kwsp dividen Cuma 4.5% tahun lepas, sedangkan harga rumah naik 10-30% setahun.

Kenapa? Tak percaya ke?

Bila masa paling baik untuk beli? Enmm, tiada jawapan terbaik, tapi jawapan daripada aku…. Sekarang…….NOW….

Sbb so far aku belum dengar rumah harga jatuh, kecuali tempat jin bertandang jerr.


Ok, masa beli rumah, semua orang tahu apa itu MRTA. Moh sini aku cerita sikit..

MRTA , Mortgage Reduce Term Assurance

(Insuran berkurangan Gadaijanji bertempoh ), dalam bahasa melayu-nya lah…

MRTA kita bayar sekali sahaja, dan biasanya dia akan masukkan dalam bank loan rumah kita..

Untuk rumah berharga RM 200k, MRTA sekitar RM 8,000.

Tapi setelah campur interest 7.5% (Islamic home loan, fix rate), dalam tempoh 30thn, jumlah kesemuanya adalah RM18,000

Ini bermaksud, interest bank utk 30 tahun adalah RM10,000

Tapi tak apalah, sbb rumah tu kita nak duduk… (Mungkin sesetengah org akan fikir mcm tu)

Banyak dah bayar ni, So, apa pulak coverage yang ada?

MRTA adalah insuran / jaminan bayaran kepada pihak bank sekiranya berlaku sesuatu kepada si pembayar (sekiranya meninggal dunia / hilang upaya kekal / duduk atas kerusi roda selamanya)

Itu sahaja (FULL STOP)…

MRTA / MLTA ini di wajibkan, untuk mengelakkan aktiviti lelong rumah akibat kematian ketua keluarga / si pembayar , kalau tak mana nak duduk.. tak delah ada yg kene halau, kalau ikut prosedur yg sepatutnya.

Ok, so sekiranya berlaku bencana alam & kemalangan seperti ribut, tanah runtuh, kebakaran rumah, runtuh dll, ada tak cover by MRTA / MLTA?

SORRY, TAK ADA COVER BRO….

So, fahamkan polisi insuran/takaful tu, baca banyak kali dan fahamkan. Jangan asyik syok sendiri jerr, banyakkan bertanya… tanya dgn ejen insuran.

Kalau, nak tahu pasal cover bencana alam & kemalangan seperti ribut, tanah runtuh, kebakaran rumah, runtuh dll tu, korang kene ambik insuran lain, iaitu home insuran/ fire insurance…

Tak ramai org ambik home insuran, dan tak ramai ejen yg buat sbb agak leceh, termasuklah aku sendiri, hehe…

Aku tak ambik lagi sbb rumah tu aku belum dpt kunci, masih atas responsible pemaju.

So, sesapa yang tak ada insuran rumah/fire insuran tu, buat pengiraan budget sendiri. Sebab mcm aku masa kecik2 dulu, tak pernah terfikir yg rumah nenek aku & rumah pak cik aku boleh terbakar, nasib baik semua selamat.. masa terbakar tu rasa mcm pesta pulak, aku mmg tak boleh nak lupa.

Ok, bercerita pasal MLTA pulak…

MLTA-Mortgage Level Term Assurance.

(Insuran Paras Gadaijanji bertempoh ), dalam bahasa melayu-nya lah…

Berbanding dengan MRTA, MLTA boleh dibayar dengan kekerapan setahun, setengah tahun atau setiap 3 bulan atau setiap bulan. Bayar cash duit dari bank poket kita. Bukan dari masuk dalam home loan

Anggaran bayaran bulanan RM100 sebulan, coverage RM200k

(owner rumah = umur 27 thn, tidak merokok, tiada sakit kritikal, kerja tidak melibatkan mesin /bahaya)

Coverage flat RM200K, sekiranya ada claim, lebihan wang daripada bayaran rumah tu akan dapat kat pewaris.

sekiranya tak claim, ada sikit cash value, kdg2 dapat balik almost 100% apa yg kita bayar.

Sampai bila bayar? Enmm, sampai ke habis bayar rumah lah… Ha’ah, setiap bulan…

BUnyinya mcm tak best, sbb dah lah kene bayar duit bank, pastu kene bayar MLTA pulak..

Nanti dulu, don’t judge to quick, setiap tu ada kelebihan masing2…

Bagi aku, aku prefer no 2 sbb kalau kita lihat untuk tempoh panjang, pelan MLTA lagi best…

Dan lagi sbb aku ejen insuran, dapat komisen lebih, hehek…. (jgn marah ek)…


But in general, pelan MRTA tu bagus, bagi aku elok untuk rumah sendiri dan jenis org yang tak berapa nak ambik tau pasal cash flow diri sendiri (termasuk aku sebelum ni). MRTA cover tak cover sakit kritikal, tapi MLTA ada, MLTA bayaran akan free jika kene sakit kritikal

bayaran rumah juga boleh jadi free kalau kene sakit kritikal, tapi ini enhance plan (optional).

So, kalau nak buat pelaburan hartanah, aku advise ambik pelan MLTA. Sebab boleh transfer insuran MLTA ni dari satu rumah, ke rumah yang lain..

Contoh, kalau nak jual rumah lama, beli rumah baru, pelan MLTA ni just transfer aje. Kalau MRTA kene buat baru (kos MRTA lama tu hangus @ burn)



Mcm kes atas, kalau rumah berharga RM200k tu korang nak jual, contoh slps 6 bulan korang beli, RM8,000 yuran MRTA tu hangus… Syarikat insuran yg untung, korang pun untung jugak sbb dah jual rumah tu tapi takkan nak biarkan aje RM8,000 tu hangus..

Sbb kalau pelan MLTA, korang baru kene bayar rm600, pastu untuk rumah baru, just transfer aje.. beres… tak payah nak buat medical check up?

Medikal check up?


Yup, Nak apply MRTA ataupun MLTA, approve/di terima sementara korang sehat jerr, kalau org dah sakit, syarikat insuran dah tamau cover… tak pun insuran jadi mahal.

So, sesiapa yang belum ada rumah tu, belilah rumah cepat2, dan kalu dah beli, gunakan kebijaksanaan sama ada nak memilih pelan MRTA ataupun MLTA..

Ingat MLTA, ingat yassin..

No telefon ada kat side bar, any time can be consult you, almost free cost

sbb bayaran cuma segelas teh tarik.. hehe...

takkan tak boleh kot..

Sekian,

Selamat menuntut ilmu...


Saturday, July 25, 2009

RM 10,000 cash VS RM 10,000 debt (Kad kredit)

Korang ada kad kredit tak? Aku yakin 95% orang yang baca blog mesti ada kad hantu ni, termasuk aku….

Sekarang ni, aku yakin bahawa kad kredit tu penting, sbb fast cash tu penting (liquidity), tapi ianya bergantung pada kebijaksaan seseorang nak urus duit.

Aku pernah kehabisan duit, kad tengah2 pekan Bangkok, nasib baik aku ada kad kredit. Sebabnya aku tersalah anggap, aku anggap RM50=50 Bhat. Hati-hati bila first time pegang duit bukan RM masa kat luar Negara…

Ok, bukan nak cerita pasal kad kredit yang paling utama, tapi kalau korang ada RM10k cash & RM10k kad kredit debt, apa yg korang akan buat?

Solution.

1.bayar terus, senang cerita, kadang2 org kata, hidup tak tenang dgn hutang… ada betulnya..

2. bayar separuh, pastu guna selebihnya cash… Terpulanglah masing2, cash & debt tu korang punya kan..

Bagi aku, aku akan pilih no 2, with simple calculation..

My option…

Dalam kes di atas, dengan bersahaja aku akan terus menjadi rajin, cuci toilet, basuh baju, lipat baju dan mop lantai, hehe….

Dan tebalkan muka, mintak pinjam duit dari wife aku RM1,000….

Hehe, so sekarang aku dah ada

Cash, RM 11,000, dan aku terus ke pejabat ASB, buat sijil…

Bila dah siap, aku pergilah mana2 CIMB/MBB cagar sijil asb tu buat OD (Over draf)…

Process biasanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu. OD yang dibenarkan 95% drp sijil..

So, aku ada liquidity OD, RM10,450

OD interest-nya dalam 4.25% pa.

Seperti korang tahu, asb biasanya return dlm 7-9% (termasuk bonus)..

Dalam kes ini aku anggap 8%...

So, apa aku buat dgn hutang kad kredit tadi??

Aku akan buat pasal, haha, aku buat personal loan Agro bank (kalau boleh lah)..

Interest dalam 4.25% pa,

Hutang RM 10,000

Bayar balik RM 11,275

Loan 3 thn, bulan2 bayar RM313.95

Kalau korang perasan, interest aku dibayar oleh ASB

8%-4.25%

So, aku untung 3.75 %

So, sekarang ni kalau aku tak perlu pakai kad kredit lagi, sbb aku dah boleh guna debit kad (Maybank contohnya), limit up to RM10, 450..

Interest nya pulak, (%OD-(%ASB-%personal loan)

4.25-(8-4.25)

0.5% (pandai2lah korang kira ek)

Ada ke sesapa nak kasi pinjam duit, interest 0.5%... kecuali loan FAMA aje lah (father & mother)

Kesimpulanya, kalau nak bayar terus RM10,000 kad kredit pun no hal, sbb tu duit korang, Cuma ko tak dapat nak create pasif income selepas tu..

Kalau ikut cara aku, aku rasa mmg sgt ok lah, tapi kene ingat korang kene bayar RM313.95 setiap bulan selama 3 thn, tapi benefitnya.

i. ada cash liquidity (boleh guna debit kad, tak pun kredit kad tapi bayar terus hari tu, guna internet banking)

ii. low interest loan for fast cash (est 0.5% pa)

iii. ada pasif income selepas 3 thn.

iv. Jgn pulak lupa bayar hutang wife tu, haha…

Risiko? Mmg ada risiko, tapi as a good investor, they manage the risk, not leave the opportunities..

Best tak? Selamat mencuba.

p/s: Untuk otai2, kalau ada salah silap tolong ajar2 ek….

dan kalau nk apply, buat calculation, atas ni cuma ilustrasi ringkas..

Thursday, July 23, 2009

short movie for sharing (Nick Vujicic)

nick vujicic

kenal tak?
kalau tak kenal, just watch his speech, i you will know him closely..

Have a great day!
~tuah.rimbun~


Tuesday, July 21, 2009

Check kesihatan kewangan anda...

korang pernah tak nampak iklan ni kat mana2 billboard area KL?

wajah yang anda percayai, itu jaminan kalau korang amik insuran/takaful dgn aku lah ek... heheh
bosan bercerita pasal insuran? pergilah buka sesawang internet yang lain sebab tidak ada paksaan untuk korang membaca & tiada maaf yg dipinta.....(hehe)

bukan nak cerita pasal billboard yg besar sebenarnya, tapi sebenarnya apa yg terpapar kat bawah tu... check it out...



actually software ni adalah satu tool dari Prudential, mcmana dgn keadaan kewangan seseorang, pada masa sekarang, akan datang & masa golden age...




just follow instruction, jawab dgn hati yg jujur, sbb result-nya korang yg baca sendiri.



overall result, ini adalah contoh...

so, kalau berminat, download dari link bawah, dlm format macromedia...

download sini...

Selamat mencuba,
dan lepas cuba, apa action korang?

your decision, your future...

Good nite! :P
~tuah.rimbun~

Wednesday, July 15, 2009

Pesanan untuk jiwa yang kental & bisness tuah.rimbun

watch your thought, they become words


watch your words, they become action


watch your actions, they become character



watch your character, they become destiny...


sila ambil perhatian ayat-ayat di atas, untuk kamu fikir di masa2 yg sepatutnya...



salam kemaafan kalau pengunjung blog ni asyik dok tertanya kenapalah aku tak update blog ni... bermacam sebab, tapi apa yg penting aku akan terus menulis blog lebih baik daripada sebelum ini...



SHARING IS CARING...


terima kasih nik azlan & pokli-emas sebab mengingatkan aku pasal how become quality businessman... bisnes tak susah, tapi aku mesti berdoa setiap hari agar diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan...



Kenapa tuah rimbun? (nama pena ku)...



sebanarnya ini nama 1st company aku, yg sudah lama berdaftar dgn SSM, so setelah setahun aku register, kini aku bangkit semula...



TUAH.RIMBUN ENTERPRISE


SKOP OF BUSINESS...


1. Perunding Insuran & Takaful (Prudential)... main business
  • Medical card

  • Guarantee education plan for new baby

  • retirement plan

  • MRTA/MLTA (personal home & properties )

  • Islamic Unit trust.

2. Insuran/takaful untuk kenderaan motor..



  • Best price, door to door services



3. Life stock...

  • ayam kampung segar (hidup/selepas sembelih)

  • selepas 2 minggu lebih (reban atas)






selepas sebulan (reban open)-lokasi di banting (rumah bapa mertuaku, hehe)




  • lembu tempatan (daging & jualan hidup)- akikah/korban pun ada..

lokasi kandang di Sg Gabai, Hulu Langat



Hero2 belaka, kacuk brahma & lembu tempatan... boleh pilih bang...



4. Dinar emas, ubah simpanan duit kepada simpanan emas (kenapa nak simpan emas?)....


dulu masa aku kawin, emas segram harga RM75/gram, tapi sekarang RM110/gram...


zaman nabi, 1 dinar = seekor kambing,


sekarang, 1 dinar = seekor kambing...


zaman 1990-an, seekor kambing harga RM250-300 seekor (kambing yg elok untuk akikah),


sekarang, dapat tak nak beli seekor kambing dgn harga RM300/ekor...


(lu fikirlah sendiri)....


boleh beli dgn saya anytime, just make a call. kalau nak jual balik dinar emas tu kat saya pun boleh...


kalau nak beli sekilo pun boleh... ada berani?

1 dinar kelantan = 4.25gram=RM471 (15-7-09)


wah, wah, banyak pulak saya tulis hari ni.. tak pe, sekadar berkongsi, apa pun nanti kita sambung lagi... satu lagi ayat untuk kita fikir2kan...


"you say i stupid?".... it is not important on what you say, it is MORE IMPORTANT what i'm thinking rite now & after this...



adios...


























Related Posts with Thumbnails