Thursday, August 27, 2009

Berapa kos pendidikan anak kita di universiti nanti?

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat. Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf, zahir dan batin, semoga segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan ni diterima oleh-NYA

Kehidupan adalah suatu yang kita tak dpt nak jangkakan. Rasanya sejak dari umur 11 tahun, puasa aku tak pernah miss, tapi tahun ni hari pertama puasa terpaksa buka awal sbb keadaan demam yang semakin tak kebah2. masuk hari ni dah 5 hari demam, Alhamdulillah ada sedikit penyusutan…

Ok, berbalik kepada tajuk atas, adakah kita sudah kenalpasti berapa kos pengajian

Cuba kita check semula, kos pengajian di peringkat ijazah di universiti tempatan.

IPTA/IPTS

Kos pengajian x semester (tahun 2000-2005)

Anggaran kasar kos sepanjang pengajian

UTM/UPM/UKM (Eng course)

RM 3,500 x 8

RM 28,000

UTP/UNITEN

(Eng course)

RM 11,500 x 8

RM 92,000

Ambil contoh, course engineering di UTM, kos pengajian sekarang ini adalah sekitar RM 28,000. PTPTN adalah suatu penyelesaian tapi untuk tempoh 18 tahun akan datang, kemudahan PTPTN mungkin ada, mungkin tidak, kerana sudah tentu masa tu semakin ramai yang nak PTPTN sedangkan keadaan fund tersebut sangat terhad (logik ke? Fikir2)

Sekiranya, saya ada seorang anak yang mungkin 18thn lagi akan menjejaki ke universiti tempatan, berapa kos yang mungkin pada ketika itu?

Umur anak tika ini, 3 bulan

Berdasarkan inflasi matawang Malaysia 4.5% setahun, inflasi untuk 18 thn akan datang (congak ringkas)

18 x 4.5 = 81, ini bermakna, kenaikan nilai / kos adalah 1.81 kali ganda daripada sekarang…

Enmm, berapa yek?

RM 28,000 x 1.81 = RM 50, 680….

Yup, RM50,680 kita kene sediakan untuk seorang anak semasa dia belajar di universiti tempatan, 18 thn akan datang…

Alhamdulillah, dah ramai orang kita yang kini dah fikir untuk simpan duit untuk anak mereka belajar kelak di menara gading, dan sebenarnya ramai jugak yang tak habis2 fikir bantuan/subsidi kerajaan akan datang bergolek semasa anak mereka nak daftar universiti nanti..

Ayuh lah akak, abang, berpijaklah pada bumi yang nyata, subsidi/bantuan kerajaan tu tak selama2nya ada.

So, apa yang harus kita buat sekarang?

Simpan duit, dan buat 1 TARGET berapa korang nak ada dalam simpanan anak tersebut. Tak kesahlah nak simpan kat mana, kat bank ke, dlm pelaburan hartanah ke, asb ke, tapi matlamat menyimpan tu kene betul2 clear…

Kalau kita selidik, Negara korea & jepun, alasan mereka tak ramai anak adalah mereka takut dgn kos pendidikan anak mereka. Setiap anak tu mmg ada rezeki dia masing2, tapi sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkan kehidupan anak kita. Seorang anak yang hidup di Iraq dan seorang hidup di Malaysia mestilah mempunyai kualiti pendidkan yang berbeza, ayah ibu yang berbeza, rezeki masing (faham tak maksud saya?) seorang anak itu mana mungkn akan berjaya sekiranya ibu bapanya tidak berfikir dahulu bagaimana kaedahnya untuk anak itu berjaya bila besar nanti…

Kenapa perlu simpan dalam insuran / takaful?

Kalau kita lihat semula, sebenarnya konsep menyimpan untuk dana pendidikan ini dah lama ada, saya boleh katakan sejak tahun 80-an lagi. Tapi hanya ramai kaum cina yang berbuat seperti ini.

Insuran/takaful bukannya satu2nya tool untuk menyimpan, banyak lagi kaedah lain kita boleh menyimpan dan mendapat pulangan yang lebih tinggi, tapi 1 perkara yang unik dan tiada ada ditempat lain kelebihan menyimpan dalam insuran/takaful adalah…

JAMINAN KEWANGAN SEKIRANYA BERLAKU SESUATU BENCANA..

Kalau kamu tak percaya, lihatlah system simpanan SSPN, kalau kita lihat balik, ada skim insuran sekiranya berlaku sesuatu kepada pembayar… Idea ini dah berbelas tahun (mungkin berpuluh tahun) telah di gunakan oleh syarikat insuran/takaful.

So, sekarang ni terpulanglah masing2 untuk dimana mereka harus menyimpan duit untuk tabungan universiti anak masing-masing. Tapi suka untuk saya ingatkan, don’t put every egg in one bucket.

Fikir-fikirlah…

3 comments:

ANAKIRANA said...

ya betullll
sy amik education plan prudential utk anak2 sejak mereka 3 bulan algik

~tuah.rimbun~ said...

bagus2, ambik insuran pendidikan anak, lagi awal lagi bagus.. sbb terjamin...

kene update,review policy tu at least setahun sekali supaya matlamat kewangan tu tak lari dari trak...

Mohammad Ismali said...

kesaksian nyata dan kabar baik !!!

Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

Related Posts with Thumbnails