Friday, October 22, 2010

pencuri pecah masuk rumah tenant denn kali ke-2

pada minggu lepas, Hari khamis, tiba2 wife tenant aku call...

dia tanya khabar, tapi suara agak kelam sikit.. dalam hati ada apa hal pulak ni? takkan pasal nak pujuk aku soh jual rumah yg depa sewa tu dekat magrib mcm ni... lain macam aje bunyinyer.. heheheh

tiba-tiba jerr dia kata... "bang, rumah kene pecah lagi lah... dia ikut rumah sebelah kiri pulak, dulu sebelah kanan.."..
adus, blur aku dibuatnya.... ish ish ish...
kali ni grill tu terus terbaring kat lantai...

tapi masa tu aku x dpt nk ke rumah tenant tersebut.. apa yg aku boleh buat, aku suruh buat report seperti yang lepas... yelah, masa tu anak aku tak berapa sehat.. kene plak aku dah separuh jalan ke senawang dr tempat keje aku, shah alam...
dalam perjalanan tu, aku rasa aku nak saman rm10juta kat developer @ Lebar daun... tukang grill tu pun ada kata, simen plaster rumah aku tu ada rapuh sikit masa dia install grill rumah aku tu..






kali ni modus operadi dia sama mcm yg lepas, pergi masuk rumah sebelah (semi D), bukak pagar wayar (time siang hari)...kopakkan tingkap & pecahkan kawasan bracket grill.. nampaknya kali ni mcm dah mudah sikit sbb dah ada pengalaman kot...

pencuri ni cuma sempat geledah rumah aje.. sbb barang berharga x de simpan dalam rumah. yang teruknya aku lah, kasi susah hati & kasi keluar duit utk repair grill ni..

sekilas pandangan aku, mamat yg pecah rumah ni nampak mcm dah terdesak.. sebab sebelum ni dia dpat curi tv & dvd player.. barang kemas & duit x dpt.. mungkin kali ni dia nk balas dendam sbb x dpt cari barang kemas & duit.. tv dah ganti yg biasa & jenis crt, xkan nk bawak keluar, nampak sgt kan.. hehe, kelakor pun ade..

hari berikutnya aku dtg ke rumah tenant aku tu, kebetulan pulak jiran dia tu client mesin rumput aku... kebetulan pulak rumah dia pon dah di kerjakan dek pencuri tu.. modus operadi yg sama pulak tu...
rumah abg A ni dia dah pasang alarm & cctv.. aku rasa nk pasang jugak lah, tapi kos dia yg buat aku terfikir..
cctv kos rm2000 (suroh org pasang)
alarm kos rm1200 (DIY)...

masa diskus2 tu dia ada kata, maybe boleh survey2 kat internet utk dpt alarm yg lebih murah.. aku terus terfikir jalan pasar punya.. dia kata maybe dlm rm500 boleh dpt yg ok (ok yg agak subjektif bagi aku)...

aku mmg mengidamkan alarm yg senang DIY, murah & reliable.. wujud x? aku yakin benda tu wujud... i perlukan somebody rekmenkan kat aku..
Brother A tu pun ada kata, cari alarm yg kalau ada org masuk rumah kita with unproper condition, alarm tu akan buat phone call ke kita, kalau x angkat ke wife pulak, pastu dia akan rotate smp ada org ankat.. pas tu terpulang pada kita utk kita pergi tgk ataupun panggil polis.. alarm ni perlukan talian telefon, x pun sim kad utk buat calling...

CCTV, mahalnya.. aku plan nak pasang dummy cctv, yg ada lampu & wayar...nampak mcm real...

so kalau korang ada pengalaman pasal pasang alarm ni, maybe bolehlah korang share kat aku.. kalau ada pengalaman saman developer, boleh lah share kat sini... kalau menag, nt aku kasi royalti 10%... banyak tu....

aku akan tahu sapa yg buat keje ni..tapi kene tunggu lama sikit.. jumpa kat padang.. padang apa? fikirlah sendiri..


keadaan rumah selepas repair...







jangan lupa ek, share sikit2 kat sini...

Wednesday, October 6, 2010

pencuri pecah masuk rumah tenant denn...

sebenarnya entri ni dah lama aku nk update dalam blog, tapi keadaan x mengizinkan..
selain busy dan internet connection x berapa baik, aku pun menangguhkan utk tulis dalam blog, samapialah ke hari ni baru lah sempat aku tulis di sini (sempena baru pasang stremx, hehehe)

pada julai yg lepas, tenant rumah aku kat meru call, dia kata rumah tangki air pecah... aku dgn berat hati membatalkan appointment dgn prospek mesin rumput dan tangguh utk hari yang berikutnya... tapi ada hikmah di sebalik kisah ni..

selepas beberapa hari buat report kepada pemaju, akhirnya mereka bersetuju utk repair tangki air pada hujung minggu kerana tenant available pada masa tu shj. so, aku pun ok as long tenat nk weekend shj.. nk repair tangki kene siang hari kan... sepanjang mgu tu dia mandi dll guna direct water pipe shj. tangki x boleh guna..

then, pada hari jummat petang (sehari sblm tangki nk repair) tenant call lagi, dlm hati aku berkata "apa hal pulak ni?..." masa tu aku pulak dalam bilik termenung..
"bang, rumah kene pecah masuk pencuri la..", adus, blur sekejap aku... husband tenant kat tempat keje, wife tenant ada kat rumah... then aku call wife tenant, sambil menangis2....lagi sekali aku blur sekejap....

lepas kerja, aku terus ke rumah tenant, tgk keadaan rumah..
so berdasarkan pengalaman ni, aku nk share sikit apa yg aku buat..
kalau rumah kene pecah, yang pertama sekali pastikan semua ahli keluarga selamat..
call kawan2 atau sedara mara mtk tolong teman, penawar duka lara tu..

lepas tu, biarkan rumah berselerak, dan jangan kemas. check apa barang yang hilang & apa kerosakan. kalau boleh ambil gambar sekali..

lepas tu terus pergi balai polis buat laporan, kalau dpt mtk kawan/adik beradik jagakan rumah tu.. bila polis dah sampai, dah buat repot dan ambik gambar, barulah kemas rumah tu..

utk kes rumah tenant ni, dia kehilangan LCD tv 32", DVD player aka mini compo dan cadar.total kerugian dalam rm3000++. nasib baik xde barang kemas & duit yg ditinggalkan kat situ. pencuri masuk rumah siang hari, maybe masa org pergi solat jumaat.. masuk ikut rumah jiran (semi-D), bukak pagar melalui belakang sebelah rumah, kopek tingkap dan pecahkan frame simen pada grill. polis tu siap kata, grill rumah awak ni mmg dah kuat, tapi simen dia rapuh sikit. tu yg senang dia kopakkan grill ni... opss, lupa plak nk bgtau, cadar tu guna buat kaver barang curi.. jahat betul lah..

so, pada hari ahad berikutnya, aktiviti repair tangki dan repair grill, buat pada hari yang sama... 2 dlm 1 hari..

apa2 hal, yg penting kita selamat. sejak peristiwa tu, aku hadiahkan satu set air con seken kpd tenant supaya jgn keluar rumah beserta baucer kfc (yg aku dpt percuma drpd maybank cc). harap2 depa happy. dan maybe depa happy kot sbb dia x keluar dr rumah tu sampai sekrg..

teringat aku masa install grill rumah ni... jiran2 kata situ ada beberapa kes pecah rumah, siang hari. rasanya yg buat tu mcm tukang rumah kot.. sbb dia ada alat, pencurian terangcang, so dari situ aku pasanglah grill rod iron yang cantik , kuat aka mahal... tapi harapkan gril yang kuat, tapi simen rapuh, pecah jugak akhirnya... semua itu dugaan... dan dgr cerita ada lagi satu rumah kat situ kene pecah jugak. modus operadi dia sama mcm rumah tenat aku.. yang hilang barang kemas & LCD tv... sian betul brother tu..

anyhow, kalau ada apa2 info, maybe boleh kita share kat sini...







Tuesday, October 5, 2010

Tahniah untuk saya!


akhirnya dapat jugak aku melunaskan hutang2 tertangguh dlm mbb cc aku ni..
sekrg cuma ada 1 kad shj..
ada 15 bulan lagi utk clearkan debts tu..

Wednesday, August 4, 2010

Mesin Blower Untuk Di Jual....







Price: RM 400 [offer now, RM380]
Mesin blower baru untuk di jual..

Mesin ini sesuai untuk di meracun kebun/ mengumpulkan sampah/ membersihkan pasir di atas trek/court badminton dll... nak guna sebagai pengering cuci bangunan pun boleh...

Brand: Star 500/ Fujisan(China)
* Sesuai untuk kegunaan sendiri.
* patern 90% sama dengan Stihll(Jerman)
* Spare part tak de masalah.
* Harga Market RM 420-500
* Harga saya tawarkan RM 400
* Warantty 1 Bulan.
* ready stock.
* Penghantaran di lembah klang sehingga ke Seremban boleh di uruskan.

Harga yang di tawarkan termasuk accessori
* penyukat petrol/minyak 2T.
* spark plug tambahan
* spanar & screwdriver asas.

*Pengalaman saya, 3 tahun guna tiada masalah (kegunaan sendiri) selagi menggunakan minyak 2T original & sukatan minyak 2T yang betul.
*Bagi kegunaan meracun, lebih menjimatkan dari pam racun biasa, taburan racun lebih sekata & kerja meracun lebih cepat.

mari- mari, murah-murah...
SIla hubungi saya (sms/call)

Mr M.Y
012 645 8118

Thursday, July 22, 2010

Detox foot patch (Buang Toksin dalam badan)







Serendah RM 3.00 (sepasang) semalaman untuk membuang toksin dalam badan anda!
*Dapatkan pelekat buang toksin yang murah dan berkesan di pasaran. Tiada bahan
terlarang dalam kandungannya.
Penggunaan hanya 6-8 jam sehari.
*Hanya herba2 terpilih!
*Mencegah lebih baik daripada mengubati.

*Tubuh manusia akan menyahtoksin jauh dari hati dan toksin ini akan disimpan
di bahagian bawah badan atau kaki. Herba dan bahan semulajadi yang digunakan
dalam detox patch ini memanaskan tapak kaki dan membuka ruang lubang akupuntur
dan ini membolehkan detox patch ini menarik keluar toksin dari badan secara
lembut dan perlahan.

“Kesannya akan dapat dilihat apabila warna kuning dan kering pada patch ini
bertukar ke warna coklat atau hitam dan basah/lendir”.



*Ini menunjukkan toksin ditarik keluar. Teruskan penggunaanya sehingga warna
bertukar lebih cerah yang menunjukkan toksin badan telah dikeluarkan.
“Pengguna adalah disyorkan untuk menggunakan ‘foot patch’ ini selama 5 malam
berturut-turut untuk merasai keberkesanannya!”.

MANFAAT HERBA ‘FOOT PATCH’*
Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki, membuatkan badan
menjadi lebih bertenaga, mengurangkan alergi, sakit sendi,mengurangkan
pening2, migrain atau tekanan kerja, menormalkan tekanan dan aliran darah,
menguatkan sistem imunisasi badan, melegakan sakit tumit & tapak kaki,
mengurangkan sembelit, Kembung perut, membantu masalah jerawat/resdung
mengurangkan Diabetes, Kegemukan, Mengatasi masalah sukar tidur,pekerja yg
terdedah dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll, Menyegarkan
ketika bangun dari tidur, Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk baik
untuk para perokok

Harga serendah RM1.50 sekeping @ RM 3.00 sepasang..

Belian secara lot
Package 1= 1 pack (10 pcs) @RM15.00 postage RM4.00
Package 2= 2 packs (20 pcs) @RM30.00 FREE postage

harga borong, RM1/pc pos percuma
minimum 100 pcs

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut..
Mr M.Y
012 645 8118
Pn Nor
017 371 2721
Price: RM 3

Monday, June 28, 2010

Mesin rumput Baru - Di Jamin Below Market Price

1. Tanika/Orimas(China)
* Sesuai untuk kegunaan sendiri.
* patern 90% sama dengan brand tanaka, japan
* Spare part tak de masalah.
* Harga Market RM 350-RM380
* Harga saya tawarkan RM 310
* Warantty 1 minggu.
* ready stock.

2.Sthill (Made In Germany, assembly at China)
* Sesuai untuk kegunaan sendiri/ komersial
* 100% original, bukan tiruan.
* Spare part tak ada masalah
* Waranty 1 bulan.
* Harga Market RM 580-RM680
* Harga saya tawarkan RM 540
* Ready stock

3. Mitsubisi (Taiwan)- NOT MITSUBISHI
* Sesuai untuk kegunaan sendiri
* Kualiti lebih baik dari tanaka/orimas
* patern 90% sama dengan brand mitsubishi, Japan
* Spare part tak ada masalah
* Warantty 2 minggu.
* Harga Market RM 500-RM600
* Harga saya tawarkan RM 470
* Ready stock

Harga yang di tawarkan termasuk accessori
* blade besi- utk potong rumput kasar
* Blade dgn tali- utk potong rumput padang/lembu
* penyukat petrol/minyak 2T.
* tali pemotong rumput
* spark plug tambahan
* spanar & screwdriver asas.

Sila hubungi saya

012 645 8118

kawasan lembah kelang, puchong & nilai..

Mari-mari, murah - murah..




mesin rumput baru untuk di jual (Below Market Price)

Thursday, June 17, 2010

Mesin RUmput Baru- ROI

kalau suka pasal hartanah & pengerusan, rasanya cerita bawah ni ada kaitan kot...

jom, mari kita cerita pasla ROI.. bukan dari segi investment shj tp dari pengurusan harta kita pun kene apply jugak kalau ianya boleh kita buat. knp tidak?....

ok, 2 bulan yg lepas aku baru shj beli satu mesin rumput... jenama Orimas... ini mesin yg ke-2 aku ada, yg lama (dah 2 thn guna), ada kat kampung, yg ni aku baru jerr beli...

Harga kali ni agak baik, sbb RM300++ aje utk 1 model baru, dulu aku beli seken RM280, tapi mesin tu seken laa. tetap dlm keadaan elok...



mcm aku, aku menyewa rumah korner lot di senawang, landed house, tiap2 bulan rumput mau kene potong... kalau tak jadi Hutan simpanan la kan.. nyamuk pun jadi banyak..

Rata2 upah potong RM20/sekali/sebulan... kalau setahun maunya RM240 kan...
kalau setahun setengah (18 bulan), upahnya RM 360...



ok, total kos utk 18 bulan adalah RM360 (sekiranya upah mat banla/india)

sekiranya kita beli..
katakan harga mesin ni korang boleh dpt dlm harga RM330
kos operasi, RM 30 (petrol & minyak 2T)
so, dlm 18 bulan kita dah dpt balik modal kita + sehat (senaman hujung minggu)..
selepas bulan ke 18 tu kira kutip untung shj kan...

tapi kalau dibahu kita ni seribu alasan, apapun x menjadikan...( aku harap korang faham)....

so, kalau korang nk beli mesin ni, aku boleh kasi special price...
RM 310... shah alam, bangi, dengkil, puchong, nilai & seremban...
kalau luar dari kws tu, kita kene set apppmnt la...
kalau x kesianlah kat aku...

ok, spec mesin yg aku nak jual ni...

mesin rumput baru untuk di jual

*Jenama : Orimas (made in China)
*patern 99% sama dengan brand tanaka, japan
*Spare part tak de masalah.
*Keadaan baru (bukan secondhand tau!)

Harga RM310 termasuk accessori
* blade besi- utk potong rumput kasar
* Blade dgn tali- utk potong rumput padang/lembu
* penyukat petrol & minyak 2T.
* google
* tali pemotong rmput
* spark plug tambahan
* spanar & screwdriver asas.

harga market di shah alam RM380

Harga saya tawarkan RM 315..
di jamin baru. Plug and play


mari2... murah2... beow market price tu....

call saya sekrg
Mr M.Y
012 645 8118

Monday, April 19, 2010

Proton Satria Neo S2000 IRC

assalamualaikum semua...

hari ni aku aku nak share cerita pasal bukan kewangan, tapi pasal apa yg berlaku disekeliling aku..

siang tadi ada exhibition kecil untuk team rally Satria Neo S2000.. enm, secara asanya, nilah kali pertama aku tgk depan mata pelumba profesional bawak kete.. mmg menyeramkan tapi best, skillfull. kalau aku tiru gaya dia bawak kete aku, maunya aku dgn kereta masuk spital, haha...

ada jugak aku snap video,tapi xleh upload sbb format berbeza. tapi kalau korang nk tgk mcmana experience depa bawak keretea, masuk kat link paultan di sini...

kalau korang nak tanya kenapa proton pilih depa bawak kereta ni? knp bukan karam jit singh, yg tu aku xleh nk jawab sbb bukan aku yg pilih depa, aku ikan bilis jerr keje kat sni..

apa2 hal layan jerr gambar bawah ni..

spec kete ni, kalau x salah aku

body: satria neo, tapi dah modified
enjin, asal guna renault 1.8 liter (enjin waja 1.8 dulu), tapi dah convert 2.0liter.
xde torbo, enjin n/a
4 wheel drive!
gear box manual, xtrac (kalau x silap)
tork max, 200nm, tapi dia kata secret (yg sebenar tak tau)..
lain2 aku x sure,

kalau korang nak kutuk kete ni, pi tempat lain..
bagi aku neo s2000 ni mmg mantop..

berapa harga sebiji kete?
aku tau, biarlah ko rang tertanya2 hehehhe






Wednesday, April 14, 2010

SSDT meru selamat disewakan...

Alhamdulillah, itulah yg dpt aku ucapkan bila rumah kami di meru tu dpt disewakan..
mcm2 obstacle sblm rumah ni dpt disewakan...

grill, schedule 2 mgu, jadi 4 minggu... bermacam2 alasan...tapi aku cuba cool..foloow up sampai dia rimas... heheh
kos grill, RM 2200... besi baik punya kot... dia kata la, tapi mmg liat pun...

kos lampu, lebihkurang Rm450-500...
beli kat kedai, semuanya pasang sendiri.. jadi Mcgyver la... tapi baca circuit tu aku faham la sikit2 sambil2 tanya electrical engineer...
semua pasang sendiri, bersenam sakan aku beb...
tapi xdelah susah sgt, cuma boring sbb xde teman..
pasang lampu & kipas sorang2 amik masa 2 hari...
mcamana ek pasang lampu ek, kiri pegang mesin dril, kanan pegang lampu atas syiling, skru nk pegang kat mana? hehehe...

utk iklan, aku gunakan mudah...
1302pm aku iklan,
1900pm dah confirm satu pasangan baru nk kawin menyewa..
rezeki...
lebih kurang dpt 12-15 sms/call tanya pasal rumah ni..
tak sangka, hot jugak kawasan meru ni..
sewa rumah ni rm550...
termasuk potong tumput aku yg buat sendiri...
maintenance aku yg buat + kipas syiling satu bilik lagi..
+ rail langsir tingkap..

Alhamdulillah, rezeki Allah kasi, kalau x sakit lah aku nak bayar Rm1200 sebulan kalau rumah ni xdpt nk sewakan...







Sunday, March 28, 2010

Riadah hujung minggu





2 hari cuti terasa cepat sgt berlalu... Esok kita kene bekerja semula dan giliran utk aku berjauhan dgn anak isteri lagi...

semenjak jadi weekend husband ni, agak berat rasanya utk aku "kerja lebih masa" w/pun utk bukan kerja2 rasmi jurutera... apa2 hal pun hidup kene terus...

weekend yg baru jerr lepas ni, sempat jugaklah kami spent masa bersama ke pesta buku pwtc... ikutkan hati malas aje aku nk ke KL disebabkan distance yg agak mencabar, tapi hidup mesti terus kann....


masuk2 tiba2 aku ternampak booth true wealth (kekayaan sebenar) aku dok belek2 buku azizi ali, ennmm byk jugak yg aku belum baca... aku amik 1 kpg, dan tiba2 wife aku tegur, mcm azizi ali jerr yg tgh duduk tu... yalaa... betul la dia tu, aku nampak dia makin botak aka lebih tua...

dan tiba2 aku terpegang 2 lagi buah buku... eh eh, mtk sain boleh... & mintak amik gambar sekali hehhe...

(sila rujuk gambar atas ek, x sempat aku nk susun)...

sejak minggu lepas jugak, amrina dah pandai berdiri... mengenangkan anak, kerja kat ofc x keruan, so aku belikan dia start baby walk & ride -playskool, harga rm80, termasuk delivery (terpakai yg masih elok)... so sapa2 nk survey2 alat permainan kanak2, bleh shopping secara maya kat sini kot....
http://www.mybblittlestore.blogspot.com/

gambar sila rujuk gambar atas....

dan gamabr atas sekali tu, enmm bila gas tiba2 habis time tgh masak bubur baby, inilah jadinya, hehehhe, berguna jugak w/pun benda ni aku tak pernah pakai kat m'sia sebelum ini...

nt kita jumpa lagi kkkk....

Monday, March 15, 2010

Rumah di meru, klang

bersawang dah rupanya blog aku, apa kes lah ni???

hahha, sejak amrina semakin membesar (kini 10 bulan), korang msti tau telatah ank yg aktif merangkak & baru nk belajar berdiri, mmg sgt aktif.. so, mak/ayh dia lah yg yg jadi x berapa aktif nk jaga dia setiap masa, tu sbb kot web tak berapa nk update..

anyhow, last month kami dah terima kunci rumah kami yang kat jalan jabar, meru, klang..
biasalah, nk amik kunci kene bayar kat developer outstanding interest, cukai pintu & cukai tanah... dan kene bayar maintenance utk 6 bulan, rumah single storey pun kene bayar maintenance aka potong rumput, sekuriti dll. Rm38/month.. Alasannya majlis daerah belum ambik alih... mcm cerita lah depa sbb nakkan duit kita, berat aje aku nk hulur, tp kene hulur jugak..

pasal manufacturing defect, mmg dah ada tp aku tak sempat nk isi form tu... sekrg ni apa2 hal kene pasang grill & lampu/kipas dulu, baru cerita pasal defect dll

wiring (buat sendiri kot aka Mc Gyver) kos RM 400 (tak termasuk minuman dan belanja pekerja)
grill RM2100..

enmm, apa2 hal pun kene buat jugak w/pun dah senget poket aku, hidup kene terus..

bila nak pindah?
entahlah, aku sendiri tak tau nk jawab.. aa rezeki nt aku pindah lah... next month aku sendiri tak sure samada rumah ni jadi tempat tinggal aku ke, rumah sewa org ke ataupun homestay..

any ideas??

gudnite...





Saturday, February 6, 2010

Akikah Bersama - RM350

Program akikah bersama

Akikah lembu
1 bhg = RM350
1 ekor lembu 7 bhg..

kami turut menyediakan kemudahan memasak
dan menyalurkan terus daging-daging
aqiqah ini ke rumah anak yatim..

lokasi kandang, sg gabai, hulu langat (Bt 22)

pertanyaan lanjut, hubungi

yassin 012 645 8118
zakaria 012 2048464




Related Posts with Thumbnails