Alhamdulillah, amat ceria cuaca pagi ini. Tak terlalu terik mcm kelmarin..
Malam tadi, ku tahan untuk menulis blog, w/pun hati meronta2 untuk menulis, sbb aku target nak baca byk sikit buku yang aku baca tak habis2…
Written by Robert T. Kiyosaki, it really good sharing.
Buku ni menarik, dan banyak terkena batang hidung aku, ADUSS!! Dan ternyata aku kene apply-kan dlm masa terdekat sebelum aku betul-betul self employ..
Tapi mungkin tak berapa sesuai untuk sesetengah orang.. isi dalam buku ni akan ku ceritakan suatu masa nanti…
Pasti ramai yang tahu apa yg buat bisness kecil-kecilan jual insuran/takaful. Ironinya, org ramai tak akan minat dgn insuran/takaful.. kenapa? Maybe somebody can give some comment end of this post…
I have strong believe in insurance
Aku dulu lagi teruk, aku pernah marah insuran planner (dan hampir2 halau) yang datang ke rumah aku. Bukan apa, just dtg nak present, alasan aku dia tak menghormati masa aku sbb tak info sedangkan aku yang tak berapa ingat (sbb aku malas nak jumpa).. Dia minta maaf, Alhamdulillah aku terbuka untuk menerimanya..
Bila aku fikir2 semula, aku rasa tika itu aku bodoh sombong. Dah lah tak ada menyimpan. Maaflah ayat ini agak kasar tapi aku tak bermaksud nak tuju kat sapa2, aku menceritakan apa yg lepas..
Ciri2 orang Berjaya, mereka tak akan menutup minda mereka… Bukan ke insuran/takaful itu satu ilmu penting buat masa sekarang..
Setelah setuju ambil insuran, oklah, aku nampak aku over expense. (selepas 2 bulan) aku ambil keputusan nak stop insuran..
Lepas tu aku fikir2 balik (selepas seminggu bgtau nak stop insuran), aku buat keputusan untuk continue… aku pun tak pasti knp tiba2 nak continue… mungkin sbb masa tu mak aku tgh jatuh sakit kot..
Lepas 2 tahun aku ambil insuran, aku jatuh sakit… Mungkin mereka yang pernah kurang darah shj yang tahu mcm mana sakit kurang darah ni…
Terima darah lagi sakit dari derma darah… I walk the talk…
I owe 1.5 pain blood to PDN/ Malaysian people.. I try to pay/donate my blood for each year after this. Amin..
HB aku 4.0 masa tu, normal 12.0…. kritikal tak?... enmm, Tanya lah pakar.. Darah sangat cair… Masa tidur pun boleh dengar degupan jantung yg amat laju... dup! dup!..
Aku ambil keputusan untuk bedah.. selepas bedah mmg lega, tapi sakit tu tuhan saja yg tahu..
Yarabbi, kusut betul aku masa terlantar kat hospital. Baru terasa nikmat bekerja..
Aku menangis mcm budak2… sbb tahan sakit banyak mlm , kadang-kadang aku peluk isteriku kuat2 sebab menahan sakit…… mcm kelakar bunyinya..
Bil RM10,000… company cover RM6,000…. RM 4,000 mana nak cekau… memandangkan masa tu aku tak berdisplin untuk menyimpan..
Bos aku pun tak jenguk aku kat hospital… kawan2 pun bukan semua.. busy kot..
Anyhow kawan2 yang jenguk aku, terima kasih sbb datang..
Wife aku teman yg setia, w/pun masa masuk bilik bedah tu tak ada sapa2 yg teman…
Saat itu sangat manis… w/pun zahirnya aku sedang sakit…
Dear honey, thank you for company me along my life journey
Lupakan zaman kenangan di hospital
Zaman lepas SPM
Bapak aku pulang kerahmatullah masa aku F5… Sakit lukimia… bertahun sakit, since aku F3 lagi….
Hari ini, genap 11 tahun dia pergi buat selamanya….
Ku pohon sejuta kemaafan
Azab? Mmg azab… aku melihatnya..
Dunia aku gelap, maksud aku dari segi kewangan dan bimbingan ayah..
Meninggalkan anak 3 org yang masih bersekolah, 4 org kat universiti..
Without big cash, only RM7,000 in bank dan kene bagi ikut hukum faraid..
Nak collect pun kene pergi amanah raya..
Berapa lama boleh bertahan???
Mak aku hanya surirumah, yang tak berapa mahir dari sudut kewangan…
Mmglah ada byk (x lah byk sgt kebun), tapi menguruskan kebun bukan semudah yang kita ucapkan.. pulangan pun tak seberapa…
Those yang ada usahakan kebun, tahu lah apa yg aku maksudkan..
nak jual pun bukan senang, kene naik turun court.. kebun pun ada yang beli tanpa tukar nama..
Masa itulah ramai yang mencuri, menipu, dan menangguk di air yang keruh..
Barulah aku faham, kes tanah ni bawa ke mati dan aku mengalaminya..
Jom cerita zaman di “u” pulak..
Sorry, that company which I meant is secret.
Aku dpt biasiswa dari satu company di PJ..
Tahun pertama ok, dia bayar tapi lambat 2 bulan, tgh semester baru dapat..
Tahun ke 2 dia tak bayar sbb company tu almost bungkus..
Tapi sampai sekarang masih ada bisness lagi, rezeki merekalah
1.5 tahun aku tak ada penaja… hutang keliling pinggang..
Nasib baik ada yg sanggup hulurkan bantuan..
Famili dan sahabat…
Sebelum apply ptptn semula…
Famili ada jugak yg bantu, sama tak dgn ayah sendiri??
Kalau ada adik beradik yang bantu, mesti terbatas… tak mcm ayah sendiri..
Tapi, thanks a lot for your contribution…
Zaman kejar mengejar…
Dari jual nasi lemak dari bilik ke bilik, jual t-shirt, keje hantar Dominos pizza,
Keje kedai makan, cuci pinggan, mop lantai, keje temporary work kat jusco, antara yg aku buat…
Siang ke kuliah, kdg2 tuang jugak kuliah tu..
For my own living cost..
Sebut jerr ada makan free, aku serbu…r
Ada suatu hari, aku Cuma ada 50sen aje. Nak mkan apa?? Maggie pun 70 sen masa tu..
Perlu ke aku curi tabung masjid untuk makan??.. dah ada duit nanti aku pulang balik…
Tapi Alhamdulillah perkara tu tak berlaku..
Inilah peluang berbakti kepada masyarakat, sambil bekerja..
Enmm, yesterday was history…
Kini pengalaman tu dah 7 tahun berlalu,
Ingat sikit2 cukup lah…
Pengalaman aku yg lepas inilah yang menyedarkan aku, insuran itu penting…
Dan aku joint bisness ini…
Harus ke, wajib ke? Biarlah rahsia..
Bila joint bisness, fikiran kene positif….
This is rejection business
sepak teranjang business kene tahu sikit2..
Kadang2 orang tu tak datang bila appointment, call tak angkat
Kita tunggu sejam kat situ … kat petronas P9, PJ
Terkilan?? Down?? Mestilah ada w/pun sedikit sbb aku ni pun manusia biasa..
Tapi aku cuba bersikap positif..
Terima dgn tenang..
Dalam seribu kesusahan
Pasti ada satu kemanisan bukan…..
Banyak kali jugak, sms tak berbalas, orang tamau jumpa untuk cerita pasal insuran…
Kenapa ek? Aku pun tak pasti…
Kadang2 tak beri peluang untuk aku cerita kepentian insuran..
Kelebihan dan kekurangan…
Aku rasa aku dah deliver yang terbaik
Bukan ke insuran tu untuk perlindungan dan simpanan…
Tak bagus ke?? enm....
Simpanan dan perlindungan.. Untuk famili kita
Insuran ini adalah salah satu kita punya financial protection..
Betul ke? Jawablah sendiri nanti sebelum tidur…
Jika semalam kita ditakdirkan meninggal dunia..
Apa yang kita tinggalkan untuk anak & isteri kita?
Harta ataupun hutang?
Apa yang aku akan tinggalkan? Fikir dalam-dalam..
Apa-apa hal, aku terima dan hormati pendirian masing-masing..
aku menjalankan tugas aku, untuk bagitahu bahawa insuran itu penting..
w/pun berat untuk aku laluinya..
Friend is a friend, business still a business…
Kdg2 aku terpaksa bezakan, asingkan….
telan sajalah, bukan ada pilihan lain pun…
ubat pun pahit, telan julap lagi perit…
Last but not least..
Thanks A LOT for spending your time until this word..
Warm Regards
Tuah.rimbun
PEACE V (^^)
hidup mesti ceris, mesti positif