Wednesday, February 18, 2009

Zakat & rokok...

Aku memang Jahil sikit dalam ilmu agama...
Sekolah Agama dulu aku banyak sangat meniru kot...

Tadi siang ada email, skim potongan gaji bayar zakat...
Dengan penuh yakin aku pun buat potongan RM30/m sebab itu rasanya nilai selesa untuk permulaan.. (maaf kalau tak senang baca statement ni)...

Dan hantar ke HR, by hand biar cepat proces....
dan Exec HR tu pun tengok... dan tanya sikit kat aku...
ni kira mcm tak betul... tengok balik jadual yg saya email tadi...
Jadual pembayaran Kaedah pertama...

Dan aku pun kira balik...
enmm, sepatutnya bayar RM50..
kira sekali lagi... RM55/m-lah..
Oooo, byk ni ke???

Sebenarnya berat sikit bila Rm50/m untuk saat ini...
sebab sejak pindah ke seremban kos perjalanan kalau naik
saga... RM50/day
Myvi (gas) RM30/day
(all cost include tolls fees)..

Permonth... RM 1,000 ~ RM1,500
kalau gaji kasar RM3,000/m, balance??

Tetiba teringat rokok...
aku malu sebagai seorang perokok..
biasanya aku akan mengelak dengan orang yg tak hisap rokok ketika aku hendak menunaikan hajat itu....
kenapa aku hisap rokok, usahlah tanya...
sejuta alasan akan ku beri...
Kepada mereka yg bebas rokok...
usahlah kamu menasihati untuk mereka untuk tidak merokok..
tapi berilah dorongan untuk mereka kurangkan merokok lantas mereka turut bebas merokok..
Adakah kamu faham maksudku???

Alhamdulillah tahun ni niat makin kuat nk berhenti merokok..
Harap suatu hari nanti tercapai.. mungkin sblm usia 30,
atau lagi awal.....
mungkin 3 bulan lagi...


Rokok.....
semuga aku dpt berubah...

Zakat...
kini ku dapat selami sedikit bahawa harta yg aku ada tika ini bukan 100% mutlak milik ku...
walaupun aku berasa agak kekurangan dan kadang2 berasa kesempitan....
semuga aku dapat mendidik diriku menjadi lebih baik dari sebelum ini..

muga esok hari yang paling indah untuk keluarga ku dan semua...

Sunday, February 15, 2009

Tuesday, February 10, 2009

I hope.....

yesterday were history...





Today are gift.....




and tomorrow are mystery.....






i hope, one day.......

Gudnite...

Saturday, February 7, 2009

Kos Bedah RM25,000 di Hospital Kerajaan

kamu ni ~tuah.rimbun~, tak habis2 nak promote insuran...
hehehe, tak salah kan......

assalamualaikum..
Salam penuh hebat untuk kalian semua...
Semoga di berkati Allah selalu..

Mungkin diantara kita akan berkerut dahi bila saya menyatakan bil hospital kerajaan pun boleh mencecah puluhan ribu ringgit....

Ianya dah pun berlaku pada ibu saya....



Photocopy dari original, bukan auta... (klik pada gambar untuk pembesaran)


Mak saya perlukan pembedahan akibat sakit lutut... Details untuk sakit lutut tu, sila klik di sini....

Sebelum pembedahan, ibu saya telah menanggung sakit ini untuk lebih kurang 3tahun.. Pernah juga pergi melakukan rawatan alternatif (urut & lain2), tetapi ianya tidak berkesan...

Sakit lutut banyak berlaku terhadap Perempuan akibat kehilangan rawan pada sendi otot akibat perubahan hormon. Sebenarnya lelaki pun ada tetapi tak berapa ramai...

Pembedahan pertama (lutut kaki kanan) dilakukan pada Nov 2005, kos rawatan RM8,000. Masa tu saya terpaksa buat ppinjaman bank rakyat dengan abang saya... Dan bayaran bulanan masih saya bayar hingga kehari ini...

Untuk pembedahan ke2, adik beradik yang lain pula take collection... keluarkan kwsp.
buat pinjaman bank dan entah apa lagi yang mereka lakukan.. Misi RM25,000 akhirnya tercapai...

Pembedahan ke2 agak lambat kerana urusan kwsp agak lambat(normal lah tu).. Apabila cek yang tujukan kepada Hosp. Daerah Muar itu dapat, tarikhnya hampir luput (tinggal satu bulan shj), dan jika tak digunakan, wang itu akan lesap (akan masuk ke badan kebajikan yg lain)..

Option masa bertambah memuncak... Tiba2 doktor buat magic sebab tarikh pembedahan yg sepatutnya berlaku selepas tarikh perkahwinan saya dipercepatkan beberapa hari sebelum saya di akad nikahkan..

Ibu saya menjalani pembedahan ~ 25/5/06 (8 jam bedah)
Harijadi saya ~ 26/5/06 (selebrate di mana ek?)
ibu saya masuk ICU ~ 27/5/06 (komplikasi jantung akibat over bius)
Saya di ijab kabul ~ 28/5/06 ........
Mak saya keluar ICU ~ 30/5/06 ...
Keluar hospital.. ~ 3/6/06 (tak berapa ingat pulak)...

So, diharap kawan2 yang tak sempat saya jemput masa majlis perkahwinan saya dulu harap faham yea...

result selepas pembedahan, sakit lutut tu hilang tapi still tak boleh berjalan..
otot area lutut dah tak kuat... expired..
lewat buat pembedahan... sebab apa? fikir2lah sendiri..

kita merancang, tuhan tentukan....



I luv you mom... w/pun menyarung jersi OKU di usia emas, semakin hari semakin sayang...

OKU, masa nak cari parking mmg kene sabar... selalu jer orang dok tenung kita..

Bagaimana dengan kalin semua? ada tak RM25,000 boleh saya pinjam tanpa interest? hehe..

Kalau tak ada, call-lah saya (012-645 8118)... Untuk consultant percuma financial protection anda...

Jgn lupa baca keratan akbar bawah ni...
Perlukan RM30,000 dalam masa seminggu
ataupun kaki terpaksa dipotong...


Bak kata abg kassim
Langit tak selalu cerah...
Bil abg kassim pun pernah mencecah RM240K
betul tak abg kassim??

Selamat malam...

Friday, February 6, 2009

Game of Money

Something good to share...

What age you want earn money to survive...
What is your retire age?



75% people in Malaysia finish their EPF money after 3 years retire..
Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan

Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.

KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.

Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas bersara.

“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat 89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.

Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat pengeluaran awal sebelum persaraan membabitkan pelbagai skim yang telah disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan kesihatan.

“Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.

Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari lalu.

Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan 10 peratus ke dalam Akaun III.

Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55 tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.

Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh dikeluarkan daripada Akaun II.

Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan apabila cukup umur 50 tahun.



Should we think rite now what we want to do during our golden age??
That's why I joint as Insurance agent...
cause Insurance not only tell about coverage & claims...
It's actually educate and teach our Financial Protection & Financial Planning..
and I'm lovin it....

Do you believe it???
Belive it..

I'm Lovin it...

Gudnite.........

Thursday, February 5, 2009

Mandi & Sehat...

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk:
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, February 4, 2009

Tenggelam timbul hari-hari ku..

Maaf yea kalau artikel ni agak membosankan bagi mereka yg tak suka diari ejen insuran (hehehe, dun kerut dahi ek)

Last week tak ada close any case… Presentation pun Cuma 1~2 sahaja… Banyak phone call tak berbalas @ diangkat… Masa pulak amat terhad..

Masa terhad? Bukan alasan sebab semua org ada 24jam, tak ada lebih atau kurang walaupun 5 saat. No pain no gain… Huhu…

Sebenarnya seronok kalau dapat present pasal insuran/takaful.. Sebab dah, melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen/kawan/ sahabat. Kalau dapat close lagi seronok, kalau kawan tu tak nak ambil plan, it’s still ok, Aiman tak kesah… Saya hanya boleh tunjukkan jalan, biar mereka buat keputusan..

Selalu orang refuse kalau nak cerita pasal insuran, ‘jarang-jarang’ orang Tanya kita terus nak masuk insuran..

Tapi sepanjang setahun jadi ejen ni, pernah SEKALI saya jumpa orang buat solat hajat sebab dia berharap application insuran dia approve…

Ada jugak yg mcm tu yea? Mestilah ada sebab bukan semua orang orang layak ambil insuran.. Dan kakak tu kerja sendiri (jual kuih/nasi lemak), husband kerja drebar bas, anak 3 orang..

Budget? Rasanya tak perlu nak cerita lanjut sebab kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kalau abg kassim baca blog ini? Ada tak any suggestion dari abg kassim? Tak payah ambil insuran ok tak?

Jumaat malam yang lepas, dapat call dari wife jam 4.30am (aik, mcm pelik jerr bunyinya??)… Dia Tanya, “ayah kat mana? Bila nak balik???”..
Oooo, rupanya saya tertidur di RnR Seremban…. Ingat nak lelap 3 ~ 5 minit, rupanya 3jam.. Huhu tak sedar langsung…

Sampai rumah jam 4.30am, wife (Nori) bagi tahu “ Tadi baby ‘tendang perut aktif sangat, mungkin dia nak bagi tahu ibu tahu ayah belum balik w/pun jam dah 4.00am pagi”.

Oh, Syukurku kehadrat Allah, besar betul nikmatmu…

Hari sabtu berikutnya saya pulak demam… minor fever… Dugaan…

Monday, February 2, 2009

Denggi & Kerusi roda (OKU)

minggu lepas saya agak sibuk dalam catatan diari yg tak tertulis di mana2 kertas mahupun sesawang internet. Tapi Alhamdulilah rasa bersyukur kerana saya telah lakukan yg terbaik untuk keluarga, kerjaya(as employee) and karier (self employee). ahhhhh....

Jangan main-main...

(sila klik pada tajuk untuk komen pembaca buku ini)...

Dahulunya saya tak berapa gemar dengan buku Dr Tuah sbb tajuknya bukan berkenaan dollar & sen, tapi kadang2 kita mintak dikurniakan rezeki Allah yang melimpah ruah, lebih dari yang cukup. Dan dalam tak disedari rezeki yang datang dari pelbagai bentuk, untuk kali ini dalam bentuk bacaan..

Motivasi adalah inspirasi dalam hidup kita, sebagai insan yang mudah lupa kita perlu memuhasabah diri kita supaya tidak terkeluar dari landasan. Ada pepatah yang mengatakan Melayu mudah lupa(nasib baik saya jawa, huhu) tetapi kata Hang Tuah Melayu Takkan Hilang Di Dunia, mari kita fikir-fikirkan...

Ini adalah buku Ke-2 hasil penulisan Dr Tuah, rasanya saya perlu membaca lagi buku2 yg lain hasil penulisan Dr Tuah, sebab apa ya?

1. Buku yg seronok di baca.
2. Masa untuk motivasi yang fleksible.
3. Buku Dr Tuah yang Murah... (ah, ah)
4. Sbb saya Tuah... tuah.rimbun
Ada rahsia antara Dr Tuah & Tuah.rimbun??? Enmmm biarlah rahsia..

Selingan kempen membaca buku.... Orang yang pernah terlantar sakit berbulan2 selalunya suka baca buku, kalau tak percaya tnyalah Dr Tuah @ Tuah.Rimbun (hehehe)...

Pada minggu lepas, dalam kesuntukan masa bekerja, sempat juga saya bercerita fasal Denggi Sebagai wabak, dan ada seseorang hinggap dan memberikan komen...



Kassim Selamat... memang kamu suka bergurau... Denggi mana boleh lumpuh...

Mulut saya mmg tak ada insuran... tapi jari ini amat bijak untuk hinggap ke sesawang abg kassim..

Seribu kemaafan saya susun jari buat abg kassim, jangkaan saya benar2 silap... serkap jarang saya tidak tepat....

salam hormat dari Abg Kassim


Abg Kassim Cari parkir OKU...

Abg Kassim Seribu Makna..


Abg Kassim, Saya doakan supaya abg kassim Sehat & Sejahtera Selalu..

Tersentuh hati saya bila salah satu petikan dari blog abg kassim

"Aku bercadang untuk menjual rumah yang kudiami sekarang. Nak simpan rumah ni pun tak mampu rasanya. Kira korek sana timbus sini. Seperti tajuk lagu Salleh Yaakub 'Gali Lubang'. Pernah dengar ke lagu tersebut?"...

Nak beli rumah abg kassim? Klik di sini ya...
Rumah Untuk Di Jual Di bandar Rincing Semenyih..
Nampaktak kelibat katil abg kassim di sebalik warna putih tu??

Mungkin sesetengah daripada sahabat semua mendengar (mungkin secara terpaksa, hehe)cerita org jual rumah sbb kos rawatan perubatan... kali ni saya mintak saudara2 semua baca, kalau tak nak saya pun tak marah... Tak kene jual pun kalau bapak marah.. Hehe..

Sekadar mengigatkan, apa2 hal pun keputusan terletak di tangan anda... saya hanya menunjukkan jalan...

Buat abg kassim, suatu hari nanti saya ingin berjumpa dengan abg kassim.. Di harap abg kassim dapat menerimanya..

Selamat Bekerja untuk sahabat2 semua..
Related Posts with Thumbnails