selain busy dan internet connection x berapa baik, aku pun menangguhkan utk tulis dalam blog, samapialah ke hari ni baru lah sempat aku tulis di sini (sempena baru pasang stremx, hehehe)
pada julai yg lepas, tenant rumah aku kat meru call, dia kata rumah tangki air pecah... aku dgn berat hati membatalkan appointment dgn prospek mesin rumput dan tangguh utk hari yang berikutnya... tapi ada hikmah di sebalik kisah ni..
selepas beberapa hari buat report kepada pemaju, akhirnya mereka bersetuju utk repair tangki air pada hujung minggu kerana tenant available pada masa tu shj. so, aku pun ok as long tenat nk weekend shj.. nk repair tangki kene siang hari kan... sepanjang mgu tu dia mandi dll guna direct water pipe shj. tangki x boleh guna..
then, pada hari jummat petang (sehari sblm tangki nk repair) tenant call lagi, dlm hati aku berkata "apa hal pulak ni?..." masa tu aku pulak dalam bilik termenung..
"bang, rumah kene pecah masuk pencuri la..", adus, blur sekejap aku... husband tenant kat tempat keje, wife tenant ada kat rumah... then aku call wife tenant, sambil menangis2....lagi sekali aku blur sekejap....
lepas kerja, aku terus ke rumah tenant, tgk keadaan rumah..
so berdasarkan pengalaman ni, aku nk share sikit apa yg aku buat..
kalau rumah kene pecah, yang pertama sekali pastikan semua ahli keluarga selamat..
call kawan2 atau sedara mara mtk tolong teman, penawar duka lara tu..
lepas tu, biarkan rumah berselerak, dan jangan kemas. check apa barang yang hilang & apa kerosakan. kalau boleh ambil gambar sekali..
lepas tu terus pergi balai polis buat laporan, kalau dpt mtk kawan/adik beradik jagakan rumah tu.. bila polis dah sampai, dah buat repot dan ambik gambar, barulah kemas rumah tu..
utk kes rumah tenant ni, dia kehilangan LCD tv 32", DVD player aka mini compo dan cadar.total kerugian dalam rm3000++. nasib baik xde barang kemas & duit yg ditinggalkan kat situ. pencuri masuk rumah siang hari, maybe masa org pergi solat jumaat.. masuk ikut rumah jiran (semi-D), bukak pagar melalui belakang sebelah rumah, kopek tingkap dan pecahkan frame simen pada grill. polis tu siap kata, grill rumah awak ni mmg dah kuat, tapi simen dia rapuh sikit. tu yg senang dia kopakkan grill ni... opss, lupa plak nk bgtau, cadar tu guna buat kaver barang curi.. jahat betul lah..
so, pada hari ahad berikutnya, aktiviti repair tangki dan repair grill, buat pada hari yang sama... 2 dlm 1 hari..
apa2 hal, yg penting kita selamat. sejak peristiwa tu, aku hadiahkan satu set air con seken kpd tenant supaya jgn keluar rumah beserta baucer kfc (yg aku dpt percuma drpd maybank cc). harap2 depa happy. dan maybe depa happy kot sbb dia x keluar dr rumah tu sampai sekrg..
teringat aku masa install grill rumah ni... jiran2 kata situ ada beberapa kes pecah rumah, siang hari. rasanya yg buat tu mcm tukang rumah kot.. sbb dia ada alat, pencurian terangcang, so dari situ aku pasanglah grill rod iron yang cantik , kuat aka mahal... tapi harapkan gril yang kuat, tapi simen rapuh, pecah jugak akhirnya... semua itu dugaan... dan dgr cerita ada lagi satu rumah kat situ kene pecah jugak. modus operadi dia sama mcm rumah tenat aku.. yang hilang barang kemas & LCD tv... sian betul brother tu..
anyhow, kalau ada apa2 info, maybe boleh kita share kat sini...





















