Tuesday, February 2, 2010

Sri Nilam- Market value & home loan

Cerita sri nilam masih belum close lagi... enmm, betullah kata org, urusan jual beli rumah bukan sekejap... since bulan nov 2009 sampai masuk bulan feb 2010 ni, status belian masih tergantung kat state goverment. harap2 state gov bermurah hati utk luluskan belian rumah ini...aminn...

sekadar nak share, rumah sri nilam yg aku apply loan tu sebenarnya atas nama wife aku,apply loan dgn public bank for the first, konon interest yg terbaik.. officer public bank tu kata MV dia kata cuma rm65k. harga belian sebenar rm63k(still below market, tapi aku tulis dlm snp rm70k. tapi officer bank kata loan adalah 90% drp rm63k, follow resit belian yg di keluarkan oleh lawyer. officer bank tu pun kata, dia x kasi utk buyer mark-up loan.. x best betul lah , bukan follow apa yg kita org mau spt snp, x mesra alam betul, wife aku cukup meluat sbb layanan x mesra.. cakap mcm tak ikhlas jerr.. aku jugak yg kene call oficer bank tu w/pu loan tu wife aku yg nk apply..aku yg jadi org tgh..

so, moralnya, kalau nk aply loan & mark up, jgn sampai tahu officer bank tu yg korang dah mark up, nanti mcm2 alasan depa nk suroh kita keluar duit 10% tu...

so, pas dr apply loan bank awam tu, aku try ke cimb & eon bank.. eon bank tu layanan mesra tp dia kata MV kat sri nilam cuma rm65k.. loan rm58k.. x leh lebih... aku mtk loan rm60k dia kata xleh jugak.. so aku berdiam diri... seminggu lepas tu dia kata loan utk rm63k tu depa terima... so sekrg kami tgh tgu offer letter...

dalam masa yg sama jugak, aku ada apply loan kat cimb, sekali datang jerr terus boleh buat loan rm63k (MV rm70k).. siap offer utk 40 thn punya loan... so, aku pun apply jugak bg pihak wife aku... tgh tgu offer letter jugak.. hopefully everythings are fine...

ni pergalaman pertama aku mencari loan yg terbaik belian rumah... w/pun ni belian rumah yg ke 2, tp yg dulu tu aku cuma sain buta... buat dgn rhb... bagi aku rhb home loan x berapa menarik time ko nak jual rumah... sebab mcm rumah kami tu kalau nk jual b4 5 years, kene penalti almost rm10k, padahal bank lain rm5k jerr... interset tinggi plak tu... x mesra poket aku...

ha, itu aje yg aku nak share... bulan feb ni aku dah pun pindah tempat keje baru,kat shah alam, kkompeni apa? korang tgklah tag nama aku tu.. x sangka aku kembali ke dunia automotive.. belum masanya utk aku jadi businessman.. nt, aku jadi jugak bisnessman yg berjaya, cuma belum tau bila...sekrg ni, wife aku still keje seremban,aku terpaksa jadi weekend husband, 1st mlm tido tanpa anak bini disisi, 1 jam jugak aku guling2 sbb mata x mau lelap...

sebagai motivasi utk aku, aku paparkan gambar perbezaan aku semalam dan 6 thn lepas... aku dah gemok, aku x suka gemuk, so pas ni aku nak mengkuruskan diri pulak, aku nk cari buku cara2 utk kurus, makan la apa2 benda yg patut... nk slim gitu. hahahha...
utk insuran pulak, Feb ni aku cergas semula....tunggu... aku datang ni..



gambar kiri adalah gambar terkini, alamak, aku da gemok..

Wednesday, January 20, 2010

current rate home loan (below RM100k)


Baru2 ni aku tgh sebuk nak apply loan, ya, loan rumah sri nilam ampang yg planning dalam proses belian... semua d/payment dah di buat, tapi aku hold kat lawyer sbb tgh tgu state gov punya approval, kalau dah ok barulah appply...

Untuk low kos apt kat negeri selangor, kalau nak beli subsale (even after 5 year), mesti kene dapatkan state gov approval.. syarat2 dia aku x sure sgt la. mcm wife aku mmg ic & di besarkan di selangor, rasanya bukan itu syarat2nya.. tapi yg hampir pasti, house hold income kene kurang dr RM5,000 sebulan (gross salary yea, bukan net)..

bab ni aku termenung kejap, tp memangdangkan kwsp aku xde duit masuk dr Apr2009-dec2009, aku memberanian diri tulis sebagai ejen insuran, dgn berpendapatan RM1,200 sebulann.. tp sebenarnya income aku utk apr09-nov09 lebih rendah dr itu, rm850 kebawah, kira org susah lah.. kete pun nyaris2 kene tarik...

pasal loan rumah, snp aku aku tulis RM70k purchase price.. actual price rm63k sbb kami nak markup loan, so far aku dah survey 2 bank (public & Eon), mereka kata MV sri nilam cuma RM65k, loan RM58k, enmm, dah sah kene keluar jugak duit sendiri..
DP rm 6500 + 2,000(snp rumah)= rm8,500, kopak duit bini aku (termasuk aku la..)

so far, intrst home loan sekrg ni (below rm100k)
Public BLR-1.6%
EON BLR-1.6%
CIMB BLR-1.6%
Muamalat BLR+0.5%
MBSB BLR+0.5%

kecewa betul, yg paling tak sangka muamalat punya rate sama dgn MBSB.. xleh rendah lagi ke, DRB kan byk duit, kasi sikit turun la home loan tu..

apa2 hal pun, aku still mencari pakej yg terbaik utk rumah sri nilam ni, apa2 hal pun aku akan cari bank mana yg boleh offer financing yg paling tinggi + rate yg terbaik esok aku akan pergi RHB & CIMB, manatau depa boleh kasi lebih baik...

kalau sapa2 kawan yg leh keje bank, sila2 call aku x pun bg aku contact

yassin
012 645 8118

Tuesday, December 29, 2009

Tiara Beach resort survey






Yup, 2 minggu lepas kami saja2 jalan ke TBR, nak tau apa keistomewaan nya tempat ni... dan juga buat survey adakah berbaloi utk penambahan colum aset sekiranya unit apt ni kami beli...

trip kali ni kami pergi hanya balik hari shj, sekitar 50km drpd rumah kami. Secara keseluruhannya tempat ini agak menarik utk famili yg ada anak kecil, maybe 2 tahun keatas, sbb kanak2 mcm ni biasanya suka sgt kat kawasan ber-air...

untuk penginapan, bagi apt 2 bilik, sewa sekitar rm250(weekend) semalaman, dan rm200 semalam utk weekday (kalau tak silap), utk studioa apt lagi murah, rm160 utk weekend ini adalah rate yg agak murah. kalau berminat, sila klik PMC resort, dan untuk perbandingan dgn harga sebenar, sila klick di sini, TBR resort.

wow, mmg best tempat ni utk percutian jangka pendek, kemudahan juga baik, lokasi juga baik. paling penting harga sewa bilik sgt baik..

semasa pulang tu, aku survey semula kat internet, samada unit apt di TBR ni baik utk investment or not, nasib baik sifu ada advise yg TBR ni sebenarnya dah over supply.
nampaknya, tak perlulah study lebih detail pasal unit TBR ni...

Friday, December 11, 2009

Minda Kita, Minda mereka? Minda ku di mana?


Lama x ber-blog... bz dengan kerja? ataupun saja2 buat busy??

sebenarnya sejaka akhir2 aku berdiam sbb kekurangan idea hendak menulis, w/bagaimana pun, sebagai bakal ushawan berjaya, aku tetap berusaha utk berblog, at least 3 entry every week... dan 75% adalah berkenaan bisnes...

yaa, aura bisness kembali cergas, selepas mendapat suntikan momentum..

dalam 3 minggu yg lepas, yada 2 transaksi g aku buat tanpa disangka2... tapi semua itu mesti ada usaha.. usaha pada tangan kita, rezeki biar Allah yg tentukan..
w/pun x banyak mana, tapi berbaloi lah jugak.... sekor lembu & engineering consulting job...
total transaction RM3600, dapatlah komisen RM270... berbaloi tak?
usaha cuma buka bulut shj...
jgn risau, mulut saya ada insuran.. heheh

oklah, sebelum mengudur diri, maybe ada baiknya kita fikir2 statistik yg ada kat bawah ni, susulan dr email berantai... (forward2 mail)

statistik yang dikeluarkan
oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare. (Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati



Tahukah tuah apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang
benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini saya jelaskan perbezaan
antara minda orang kaya dan orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: Orang kaya bertindak walaupun takut.
Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

Friday, November 13, 2009

Perodua will launch new mpv 2nite/ this weekend





berita ini adalah Maybe, berdasarkan cerita2 drp kawan2 aku yg keje sektor automotive malaysia..
tapi mmg ada betulnya, sbb semalam aku nampak ada 4 biji atas truck kereta(kat area highway plus-rawang), design yg sama

Dan biasanya, mlm ni depa lunch, dan esok lusa berpusu2 org pergi tgk..

In overall, aku tak pihak mana2, proton ataupun perodua..
masing2 ada kelebihan, dan kejahilan..
dan plg penting, tgk poket dulu, kalau dah jadi millionaire, mesti korang (dgn aku sekali la), tgk kereta yg lebih hebat mcm X5 ke, vellfire ke, dll..

nak tgk gambar lanjut, klik kat sini..

apa nama dia, aku tatau, kami panggil kot sahaja, perodua D46T

jom serbu perodua, sambil2 mlm esok tawaf piala malaysia dr seremban, ampangan, senawang dan seremban semula...
aku tumpang gembira sbb anak aku ank nogori... hehehhe

Friday, November 6, 2009

Sri Nilam, Lawyer & inside unit view

Semalam, aku dgn wife pergi jumpa lawyer, selepas di perkenalkan oleh kawan lama aku yg dulu kerja2 legal dlm urusan jual beli rumah.. harap2 lawyer yg jujur & terbaik.

Pesan kawan aku tu (nadiah) , lawyer ni pun byk jugak yg menipu org. Biasalah, lawyer tu pun org, rambang mata dpt duit. Tapi tak semua mcm tu kan...
Kami duduk sekali masa tu, berempat (2 husband & 2 wife), memperkenalkan kan dirinya kak habibah. Sembang sikit, confirm terus jadi lawyer kita org.

Dalam perbualan kami, kak bibah ni byk kasi guide line, dan salah satu yg paling penting untuk urusan jual beli rumah sub sale ni, cari lawyer dulu sebelum urusan jual beli, deposit dan sebagainya bermula..
Rumah yg kami hajat nak beli ni bagi aku pilihan yg agak baik, aku dah masuk rumah tu, bersih, tak de org tinggal. Masa tengok rumah ni, bersama abg Z(kawan tuan rumah kononnya), dia kata rumah ni kawan dia punya, kawan dia ni dah pindah JB..

Tapi siang tadi kak bibah dah call abg z ni, barulah dia mengaku yg dia ni ejen.. aku dah syak dari awal... tapi aku tak marah sgt kat dia, sbb layanan positif drpd dia. itu biasalah, muslihat salesman, tapi aku x mcm tu kan..
selepas bincang2 dgn kak bibah, aku dgn wife aku setuju terus ambik apt ni..
berkenaan home loan, kadar terbaik rasanya utk setakat ni

(rumah bawah rm100k)
public bank BLR-2.2%,
RHB pun ok, BLR-2.0%
cimb, BLR-1.7%

tak pe, kak bibah punya husband boleh tolong carikan banker, sediakan dokumen2 berkenaan shj...

tapi, BNM dah instruct yg home loan interest kene selaras di semua bank, BLR-1.6%, tapi public bank dgn cimb nak fight balik utk arahan ni, selain tu, zero entry kos jugak dikecualikan..

Secara mata kasarnya, kalau arahan ni dilaksanakan, kesian pembeli. Dahlah interst naik, entry kos bank pulak pembeli kene bayar lump sum.. benda ni membuatkan ramai org tak jadi nak beli rumah, utk mcm kes aku, kalau loan approve kene additional kene bayar bayar Rm2,000 kat bank.

harap2, gomen tarik balik arahan ini, dan RPGT pun kalau boleh kecualikan lah.

Gambar yg aku ambik ni adalah gambar rumah yg kitaorg nak beli ni, Insya Allah...



KL & Ampang view at night



dapur with free small cabinet (hehe) -maybe



Ruang tamu


pintu masuk & dapur


master bedroom with balcony



3rd room with 2ndhand tilam(hehe),


rumah bergrill, block B, level 13


toilet berkeadaan baik




Monday, November 2, 2009

Study case- Sub sale Sri Nilam

Hari jumaat yg lepas, aku ada terbaca satu entri drp blog zairul berkenaan pembelian rumah di Sri nilam, Ampang (terima kasih zairul for sharing) . Tempat tu mmg familiar sgt bagi aku sbb baru2 ni aku berniaga daging di kawasan tu (penjaja haram, hehe). sambutan agak baik, berbanding dgn berniaga di hulu langat bt 18, cuma ramai pesaing aje.. Apa2 pun rezeki masing-masing kan...

Tanpa fikir panjang, kami sekeluarga pun pergi kesana. penat la jugak sbb perjalanan pergi dan balik dekat 200km. Bersama-sama si kenit ni... Cita-cita kami nak beli rumah kat sri nilam ni secara subsale


Sri Nilam, ampang... Secara amnya, bagi aku tempat ni mmg sgt strategik utk low kos apt. sekolah & masjid sgt dekat (cuma perlu jln kaki jerr). Yg paling mustahak, depan apt ni tempat bas melepak, menunggu penumpang. Kebiasaannya 2-3 bas sekil gus tunggu, ke destinasi lain2 tempat.

Sebelum ke sini, aku dah dpt contact lebih kurang 5 no phone. tapi yg available cuma 2 org saja. tapi kedua2 nya ejen.. aku tak kesah kalau nak deal dgn sapa2 pun, cuma kedua2 ejen ni cakap berlagak sgt, meluat aku. Aku pun ejen jugak(tapi insuran la), tapi cakap dgn prospek aku cakap elok2 jerr. mau cina atau pun melayu, lebih kurang aja. Tapi ramai ejen melayu yg lebih ok drp ejen cina..

Ada 1 rumah, dia offer RM64,000. tip top level (tingkat atas sekali) haha..
tapi dia ni ejen la (melayu)
tapi dia dah cakap siang2, kalau nak mesti deposit 10%
ada cash tak? dia tanya... kalau setakat deposit Rm1,000 dia tamau..
kalau markup SNP pun, dia mcm tak nak.. dia tak nak la kalau duit dpt selepas sebulan urusan jual beli.
aku set apmnt sabtu petang, dia kata nt dia confirm nak call semula...
pas tu smp mlm ni dia tak call
geram jugak aku, servise tak bagus...
yela, kalau belum jumpa nak syarat tu syarat ni, kalau dah setuju jual, mcm2 lagi agaknya aku kene keluar duit, keme buat tu buat ni..

secara jujurnya, cash RM6,000 tu aku boleh usahakan..
boleh dptkan minggu ni pun, sbb minggu lepas OD ASB wife aku dah lulus
(kalau boleh duit tu aku nak setelkan outstanding kad plastik (kredit) aku dulu.), tapi kalau belian rumah ini berbaloi, why not kami beli rumah ni dulu.
cuma for our awareness, seandainya loan tak approve/aku nak cancel belian ni ke, tiba2 dia tak mau pulang RM6,000 ni apa ceritakan.. takkan nak let go aje..
kalau kene pulak tunggakan air,api dan maintenance cecah ribu riban, ishh, tak nak lah kita plak yg kene tipu... payah ni nanti... tak senang tido nanti.

sebenar-benarnya, kalau boleh aku naklah beli rumah ni dgn lowest downpayment. Rumah ini aku beli untuk investment, utk masa depan anak aku. kalau aku letak deposit agak tinggi sikit, ROI dah jadi kurang, kalau ROI kurang dari 15%, ada baiknya aku diamkan aje kat asb tu.. return terjamin & good liquidity... betul tak?

So, selepas bincang2 dgn wife aku, aku rasa aku nak hold dulu pembelian rumah di sri nilam drp berurusan dgn ejen yg sebahagiannya bersikap mcm cipan... rasanya takmau beli dgn ejen, sbb depa ni agaknya 10% deposit tu masuk terus ke kocek depa. Ntah2 sebelum loan approve depa dah lari, tak nak lah mcm ni.

Apa salahnya kalau aku bayar rm1,000 duit booking... markup SNP, bila loan dah approve, biarlah dia kawtim dgn pemilik rumah berapa komisen pemilik rumah kene bayar kat ejen. pemilik rumah pun kene tahu berapa byk komisen yg ejen amik. betul tak?

So sabtu lepas tu jugak, aku tampal kat notis board apt sri nilam tu,
SAYA INGIN MEMBELI RUMAH DI SINI
SERIUS BUYER
RM60K (NEG)- terbuka kpd owner shj
SILA HUBUNGI SAYA..
yassin 012 645 8118

aku harap, tak de lah tgn yg gatal, kopek ikaln tu, esok lusa kalau sempat g KL aku nak tengok semula.

tu aje yg aku nak share, so kalau korang ada apa2 idea/komen, sila2lah komen ek...
cuma yg aku konpius, mmg semua ejen jual rumah ni mintak deposit 10% ke? dan 10% depa markap masuk poket dia ke? kalau betul, aku tamau lah deal dgn depa ni..

kalau korang ada kenalan, yg nak jual rumah kat sri nilam tu, bagaitau kami ek. kami nak neli direct drp owner, nanti komisen korang kami bayar sekiranya rumah tu berjaya dibeli...

Harap-harap yg terbaik utk rumah pertama ni for investment,
rumah yg mana? ntahlah, aku pun x sure lagi.. hehhe
Related Posts with Thumbnails