Friday, November 13, 2009

Perodua will launch new mpv 2nite/ this weekend





berita ini adalah Maybe, berdasarkan cerita2 drp kawan2 aku yg keje sektor automotive malaysia..
tapi mmg ada betulnya, sbb semalam aku nampak ada 4 biji atas truck kereta(kat area highway plus-rawang), design yg sama

Dan biasanya, mlm ni depa lunch, dan esok lusa berpusu2 org pergi tgk..

In overall, aku tak pihak mana2, proton ataupun perodua..
masing2 ada kelebihan, dan kejahilan..
dan plg penting, tgk poket dulu, kalau dah jadi millionaire, mesti korang (dgn aku sekali la), tgk kereta yg lebih hebat mcm X5 ke, vellfire ke, dll..

nak tgk gambar lanjut, klik kat sini..

apa nama dia, aku tatau, kami panggil kot sahaja, perodua D46T

jom serbu perodua, sambil2 mlm esok tawaf piala malaysia dr seremban, ampangan, senawang dan seremban semula...
aku tumpang gembira sbb anak aku ank nogori... hehehhe

Friday, November 6, 2009

Sri Nilam, Lawyer & inside unit view

Semalam, aku dgn wife pergi jumpa lawyer, selepas di perkenalkan oleh kawan lama aku yg dulu kerja2 legal dlm urusan jual beli rumah.. harap2 lawyer yg jujur & terbaik.

Pesan kawan aku tu (nadiah) , lawyer ni pun byk jugak yg menipu org. Biasalah, lawyer tu pun org, rambang mata dpt duit. Tapi tak semua mcm tu kan...
Kami duduk sekali masa tu, berempat (2 husband & 2 wife), memperkenalkan kan dirinya kak habibah. Sembang sikit, confirm terus jadi lawyer kita org.

Dalam perbualan kami, kak bibah ni byk kasi guide line, dan salah satu yg paling penting untuk urusan jual beli rumah sub sale ni, cari lawyer dulu sebelum urusan jual beli, deposit dan sebagainya bermula..
Rumah yg kami hajat nak beli ni bagi aku pilihan yg agak baik, aku dah masuk rumah tu, bersih, tak de org tinggal. Masa tengok rumah ni, bersama abg Z(kawan tuan rumah kononnya), dia kata rumah ni kawan dia punya, kawan dia ni dah pindah JB..

Tapi siang tadi kak bibah dah call abg z ni, barulah dia mengaku yg dia ni ejen.. aku dah syak dari awal... tapi aku tak marah sgt kat dia, sbb layanan positif drpd dia. itu biasalah, muslihat salesman, tapi aku x mcm tu kan..
selepas bincang2 dgn kak bibah, aku dgn wife aku setuju terus ambik apt ni..
berkenaan home loan, kadar terbaik rasanya utk setakat ni

(rumah bawah rm100k)
public bank BLR-2.2%,
RHB pun ok, BLR-2.0%
cimb, BLR-1.7%

tak pe, kak bibah punya husband boleh tolong carikan banker, sediakan dokumen2 berkenaan shj...

tapi, BNM dah instruct yg home loan interest kene selaras di semua bank, BLR-1.6%, tapi public bank dgn cimb nak fight balik utk arahan ni, selain tu, zero entry kos jugak dikecualikan..

Secara mata kasarnya, kalau arahan ni dilaksanakan, kesian pembeli. Dahlah interst naik, entry kos bank pulak pembeli kene bayar lump sum.. benda ni membuatkan ramai org tak jadi nak beli rumah, utk mcm kes aku, kalau loan approve kene additional kene bayar bayar Rm2,000 kat bank.

harap2, gomen tarik balik arahan ini, dan RPGT pun kalau boleh kecualikan lah.

Gambar yg aku ambik ni adalah gambar rumah yg kitaorg nak beli ni, Insya Allah...



KL & Ampang view at night



dapur with free small cabinet (hehe) -maybe



Ruang tamu


pintu masuk & dapur


master bedroom with balcony



3rd room with 2ndhand tilam(hehe),


rumah bergrill, block B, level 13


toilet berkeadaan baik




Monday, November 2, 2009

Study case- Sub sale Sri Nilam

Hari jumaat yg lepas, aku ada terbaca satu entri drp blog zairul berkenaan pembelian rumah di Sri nilam, Ampang (terima kasih zairul for sharing) . Tempat tu mmg familiar sgt bagi aku sbb baru2 ni aku berniaga daging di kawasan tu (penjaja haram, hehe). sambutan agak baik, berbanding dgn berniaga di hulu langat bt 18, cuma ramai pesaing aje.. Apa2 pun rezeki masing-masing kan...

Tanpa fikir panjang, kami sekeluarga pun pergi kesana. penat la jugak sbb perjalanan pergi dan balik dekat 200km. Bersama-sama si kenit ni... Cita-cita kami nak beli rumah kat sri nilam ni secara subsale


Sri Nilam, ampang... Secara amnya, bagi aku tempat ni mmg sgt strategik utk low kos apt. sekolah & masjid sgt dekat (cuma perlu jln kaki jerr). Yg paling mustahak, depan apt ni tempat bas melepak, menunggu penumpang. Kebiasaannya 2-3 bas sekil gus tunggu, ke destinasi lain2 tempat.

Sebelum ke sini, aku dah dpt contact lebih kurang 5 no phone. tapi yg available cuma 2 org saja. tapi kedua2 nya ejen.. aku tak kesah kalau nak deal dgn sapa2 pun, cuma kedua2 ejen ni cakap berlagak sgt, meluat aku. Aku pun ejen jugak(tapi insuran la), tapi cakap dgn prospek aku cakap elok2 jerr. mau cina atau pun melayu, lebih kurang aja. Tapi ramai ejen melayu yg lebih ok drp ejen cina..

Ada 1 rumah, dia offer RM64,000. tip top level (tingkat atas sekali) haha..
tapi dia ni ejen la (melayu)
tapi dia dah cakap siang2, kalau nak mesti deposit 10%
ada cash tak? dia tanya... kalau setakat deposit Rm1,000 dia tamau..
kalau markup SNP pun, dia mcm tak nak.. dia tak nak la kalau duit dpt selepas sebulan urusan jual beli.
aku set apmnt sabtu petang, dia kata nt dia confirm nak call semula...
pas tu smp mlm ni dia tak call
geram jugak aku, servise tak bagus...
yela, kalau belum jumpa nak syarat tu syarat ni, kalau dah setuju jual, mcm2 lagi agaknya aku kene keluar duit, keme buat tu buat ni..

secara jujurnya, cash RM6,000 tu aku boleh usahakan..
boleh dptkan minggu ni pun, sbb minggu lepas OD ASB wife aku dah lulus
(kalau boleh duit tu aku nak setelkan outstanding kad plastik (kredit) aku dulu.), tapi kalau belian rumah ini berbaloi, why not kami beli rumah ni dulu.
cuma for our awareness, seandainya loan tak approve/aku nak cancel belian ni ke, tiba2 dia tak mau pulang RM6,000 ni apa ceritakan.. takkan nak let go aje..
kalau kene pulak tunggakan air,api dan maintenance cecah ribu riban, ishh, tak nak lah kita plak yg kene tipu... payah ni nanti... tak senang tido nanti.

sebenar-benarnya, kalau boleh aku naklah beli rumah ni dgn lowest downpayment. Rumah ini aku beli untuk investment, utk masa depan anak aku. kalau aku letak deposit agak tinggi sikit, ROI dah jadi kurang, kalau ROI kurang dari 15%, ada baiknya aku diamkan aje kat asb tu.. return terjamin & good liquidity... betul tak?

So, selepas bincang2 dgn wife aku, aku rasa aku nak hold dulu pembelian rumah di sri nilam drp berurusan dgn ejen yg sebahagiannya bersikap mcm cipan... rasanya takmau beli dgn ejen, sbb depa ni agaknya 10% deposit tu masuk terus ke kocek depa. Ntah2 sebelum loan approve depa dah lari, tak nak lah mcm ni.

Apa salahnya kalau aku bayar rm1,000 duit booking... markup SNP, bila loan dah approve, biarlah dia kawtim dgn pemilik rumah berapa komisen pemilik rumah kene bayar kat ejen. pemilik rumah pun kene tahu berapa byk komisen yg ejen amik. betul tak?

So sabtu lepas tu jugak, aku tampal kat notis board apt sri nilam tu,
SAYA INGIN MEMBELI RUMAH DI SINI
SERIUS BUYER
RM60K (NEG)- terbuka kpd owner shj
SILA HUBUNGI SAYA..
yassin 012 645 8118

aku harap, tak de lah tgn yg gatal, kopek ikaln tu, esok lusa kalau sempat g KL aku nak tengok semula.

tu aje yg aku nak share, so kalau korang ada apa2 idea/komen, sila2lah komen ek...
cuma yg aku konpius, mmg semua ejen jual rumah ni mintak deposit 10% ke? dan 10% depa markap masuk poket dia ke? kalau betul, aku tamau lah deal dgn depa ni..

kalau korang ada kenalan, yg nak jual rumah kat sri nilam tu, bagaitau kami ek. kami nak neli direct drp owner, nanti komisen korang kami bayar sekiranya rumah tu berjaya dibeli...

Harap-harap yg terbaik utk rumah pertama ni for investment,
rumah yg mana? ntahlah, aku pun x sure lagi.. hehhe

Friday, October 30, 2009

Amrina Rasyada



Amrina dah masuk 5.5 bulan...

dah pandai mengesot & main kertas surat khabar..

surat khabar baru jerr, yg lama x mau plak ek..

Alhamdulillah, demam selsema dah sembuh, tinggal sikit aje jerr yg tinggal..

enmm, berkenaan pelan pendidikan & masa depan amrina,
ayah rasa belum cukup lagilah...
medikal kad ayh lupa plak nak scan sekali..
enmm, byk jugak famili bayar insuran sebulan, dekat over than 10% drp total famili income, tak perasan lak..
enmm, cabaran...
got something to share?

Friday, October 23, 2009

Proposal New LRT Route @ 2012




2 minggu lepas, aku ade ternampak pasal integrated transit link Map dalam The star terus aku sambar. Beli pun dah lewat petang, sib baik ada lagi. Ikutkan hati nak suroh jerr newspaper vendor hantar kat rumah aku setiap hari tapi mendangkan the star ni biasanya berjam-jam aku baca (sbb byk sgt page yg best2), karang lain punya kerja tak menjadi (alasan semata2). Tak pelah, baik aku beli when needed (pull purchase)…

Bulan lepas, SPNB (Prasarana Negara) ada keluarkan motis yg Star LRT & Putra confirm akan di-extend-kan sampailah ke putra height. Wow, perkembangan yg bagus, tapi sebenarnya aku tertanya2 sbb apa melalui puchong ke putra height? Knp drp puchong tak ke shah alam ke, kelana jaya ke damansara ke, kan sana kapasiti penduduk tinggi?... Biarlah soklan tu berlalu sbb aku bukan expertise perancang Bandar… aku ambik site positif jerr…

Kedua2 LRT & star ni akan bermula (bersambung) kat seri petaling dan Kelana jaya dan terus bersambung kat putra height. Nampaknya area puncak height punya properties akan shoot up. Yela, kan sime darby punya project, kabel besar pe. Sbb kalau mcm Talam buat develop rumah area tu, mungkin ke SPNB nak buat station LRT Star/putra kat area tu…

Walaupun sub station putra/star ni tak confirm lokasi dia, aku takin area nya dah kenal pasti.. kawasan puchong prima/puchong perdana sblm ni agak menakutkan bagi diri aku (sekitar tahun 2000), pas 10n thn mmg byk perubahan.. sbb aku pun tak sangka kwsn puchong prima tu sekrg dah ada condo, Desa Impianan, client aku tinggal kat situ… Bestlah tempat tu Cuma aku blm ada budget nak beli kat area tu.. hahaha…


So, aku harap bila financial aku dah ok nanti (aku target dlm masa 4 bln dar sekarang), aku target nak sambar 1 unit apt, maybe puchong prima lokasi yg hot, Cuma so far aku blm nampak auction kat area tu. So aku, untuk auction rumah ni, aku akan serahkan bakal ejen aku, SS lah, sapa lagi…


So, ni ajelah aku nak share, just korang kasilah idea pasal new route Malaysian LRT ni..


sebelum terlupa, terima kasih adik zai sbb sign up Insuran dgn saya... rupa2 silent reader dia ni..

petang ni jgn lupa ada Budget 2010, rokok mcm naik lagi ajerr..

esok pagi2 confirm aku beli 2-3 akbar, tapi kene beli awal pagi..


adios


Ingat Insuran, Ingat yassin



~tuah.rimbun~

012- 645 8118

Sunday, October 11, 2009

Personal Money









Alhadulillah, sejak kebelakangan ini dah ramai silent reader blog mula contact aku tanya pasal plan insuran/takaful dan ada jugak yg terus call aku untuk tahu secara lanjut ilmu takaful dan insuran. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua ( fairuz, mj-zai, dhalisa, madee) dan lain2. Tak lupa jugak kpd silent reader yg lain..

aku rasa berbaloi sbb ada blog ini, pejam celik dah 2 thn, w/pun tak meletup mcm blog2 lain, tapi aku consistant (aku rasa) dlm menulis blog ini..

Hari ni aku nak share pasal majalah yg aku dah subscribe setiap bulan. Iaitu majalah personal money..


majalah personal money ni adalah dari The Edge magazine. majalah aku consider belum terkenal sgt berbanding malah forbes, the time, forune. Bagi aku aku lebih suka baca personal money ini sbb keluaran berkenaan keadaan ekonomi & market Malaysia. Lagi mudah aku fahami..

Untuk bulan ni, main title untuk majalah ni profit from properties. Kat dlm majalah ini ada diceritakan pengalaman mcmana mereka buat duit melalui properties. Macam aku, auction adalah terbaik, tapi dlm majalah ni ada jugak org yg beranggapan sub sale lebih secure, dan proven depa dah buat duit berpuluh ribu.. bagi aku, geng pmc2020 terbaik bagi aku buat masa (sbb ada makan free rumah terbuka, eheks)..

Dalam majalah ni juga, setiap bulan ada article nasihat drp CFP berkenaan kedudukan kewangan kita. Untuk bulan ini, Financial analysis di buat kepada en Ahmad, sama ada financial freedom yg dia idamkan selama ini berada dlm track ataupun tidak... kalau nak tahu secara lanjut, bacalah sendiri nanti yea... aku tak reti nak translate (dulu aku sekolah melayu daa)..

Dalam beberapa bulan yg lepas, tak silap aku dlm bulan may, majalah ni ada diskuss pasal insuran (Are you ready when you fall ill). Di situ ada pandangan dan nasihat drp konsultant pakar insuran , Scient actuary (bukan ejen tau), ttg insuran mcm mana yg kita patut ambik, inflasi medikal yg terlalu tinggi (10%~15% per year) dan sebagainya... banyak info yg ada kat situ..

BUlan april lepas, cerita pasal pengurusan kad kredit, bulan july lepas cerita pasal EPF kalau tak silap..

So, siapa yng ada duit lebih tu, belil & bacalah majalah personal money ni setiap bulan, kalau malas pergi kedai subscribe jerr. aku promote ni bukan sbb aku ambik komisen tapi sbb bagi aku content dalam majalah ni sgt bagus. Kene pulak ramai jugak org melayu yg dah konsider berjaya di temuramah dalam article majalah ini...

dalam insuran prudential, sekrang aku bangga sbb dah ramai org melayu dah mula berjaya. ramai top scorer org melayu w/pun belum sampai separuh lagi sbb 10 thn yg lepas, mmg susah nak nampak muka melayu bila cerita pasal insuran/ financial security ni..


link the edge malaysia

form nak subscribe majalah personal money

semoga orang melayu kita lebih maju jaya untuk masa akan datang..

(malam ni internet connection tak berapa elok, gambar majalah ni aku upload kemudian lah ek)

Thursday, October 8, 2009

Survey rumah


beberapa hari lepas aku se-famili pergi tgk satu rumah (lokasi aku bgtau bila dah confirm beli nanti)

dari seremban, ke sg buloh... jauh mmglah jauh tapi ada sedikit drama, sbb duduk kat RnR sejam, wife aku cirit...
tak pe, ank aku tak meragam sgt masa tu, aku layan baby dlm kereta aje..


amrina dah nak masuk 5 bulan...



sampai ke lokasi lebih kurang dlm jam 8.30pm, wife aku duduk kat kereta dan aku tgk rumah tu.. rumah ni kira sub sale, aku belum bersedia nk masuk auction, sbb cash belum betul2 ada... kalau cash tak cukup, bank loan tak berapa ok , alamt burnlah duit bid auction tu nanti..


ruang tamu nampak menarik w/pun kecik skt



dapur yg simple, ok apa...

actually utk tahun ni mmg aku target nk ada 1 rumah sewa, aprtment ataupun rumah flat.. rumah yg ada dlm gambar ni rumah low kos.

dah ada tenant, lokasi bagi aku ok, tapi aku kene tanya kpd yg pakar pasal lokasi ni

enviroment ok, suasana ok, ada privasi

still ada +ve cash flow, tapi margin agak sikit sbb sub sale & sewa agak rendah, Rm300 sebulan,

kene study betul2, sbb kalau overdemand pun bahaya jugak... rumah tak tersewa, sakit nanti kita org...


kalau korang ada idea, share2 sikit kat sini

thanks


Related Posts with Thumbnails