Saturday, February 16, 2008

Apakata sekiranya saya ingin mencadangkan satu konsep sederhana yang bersederhana.

Assalamualaikum

Apa khabar semua sahabat handai..
Terutama sekali saya ingin memohon maaf sebab terlalu lama saya tidak menulis dalam web log ini. Ini kerana aktiviti di bulan Jan-Feb 2008 ini agak sibuk dan kurang peluang untuk melari internet. Dalam sibuk-sibuk itu, sempat juga saya buka dalam satu web log (laman blog) yang saya sendiri dah terlupa alamat blog tersebut. Mintak maaf kepada publisher blog ini sebab tiada izin untuk "copy right ", namun saya sangat suka untuk kongsi kepada semua tentang maksud kesederhanaan dalam kehidupan sekarang.


10 cadangan saya untuk model bersederhana ialah:


1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat saya tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk saya simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Saya mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak saya

3. Saya mempunyai insuran perubatan untuk saya dan keluarga

4. Saya mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Saya mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Saya mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang saya duduk.

7. Saya mempunyai simpanan KWSP yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja saya bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya saya tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak saya.

8. Saya mengerjakan haji pada umur 45 tahun atau lebih awal. Saya dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan saya, saya boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak saya membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Saya boleh memberi pinjaman kepada mereka wang saya sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Saya boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal.

Apa kata anda layari satu weblog berkenaan perlindungan takaful sebagai salah satu pelan kewangan di;
www.my-prubsn.blogspot.com/

Oklah, semoga kita berjumpa lagi
waasalam

Saturday, January 5, 2008

Percutian Famili di Kuala Linggi

As'kum
Enmm, selamat tahun baru.. lama pulak rasanya tak menulis dalam blog ini.. Memang sibuk. Saya terlibat dalam pembuatan kereta proton baru.. BLM / Saga... Kejap lagi keluarlah dalam pasaran malaysia..
Bolehlah rujuk dalam web ini...

http://www.hostvibes.com/the-real-proton-saga-blm-pictures/



Secara peribadi, kereta ini cantik, safety pun ok, ada dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS & Air Bag..
Harga bawah RM40k, design ok tapi interior saya tak pasti kerana saya involve body sahaja...

Miggu lepas, saya bersama famili mertua bercuti di Kuala Linggi. Bagi saya tempatnya agak menarik... Complete pakage sebab aktiviti kami merangkumi tidur di challet, mandi di pantai, Barberque, istana pasir, memancing dan seumpamanya.. Yg pasti selepas percutian itu, saya dan isteri amat keletihan...



Sehari selepas itu, saya pergi mejemput kakak dan abg ipar saya pulang dari haji. Ramai betul orang masa itu, tapi apa yang agak menyedihkan, saya tak dapat nak bawak anak-anak mereka jemput sekali kerana anak-anak mereka di Muar, saya tinggal di Sg Besi, kakak saya agak terkilan. Tapi Alhamdulliah, semuanya selamat... Selamat Pulang kepada Hajjah Siti Muisah & Hj Mahmuddin..

Semoga kita berjumpa lagi...

Tuesday, December 18, 2007

Singgah Sana Impian Kami

New days...

Assalamualaikum

Hai, apa khabar semua....
Hari ini agak membosankan di tempat kerja, kadang-kadang kita tersilap membuat keputusan dalam sesuatu projek. Malas untuk dibincangkan, so hari ini saya pulang awal, melari internet sambil berkongsi cerita denan isteri yg tercinta..

http://bisneskeluarga.blogspot.com/
http://www.tudungperiuk.com/

Kedua-kedua web ini baru saya layari pada mlm ni. Norlela Zubir merupakan penulis buku motivasi yg saya baca sek ini dan tudung periuk itu pula web abang saya yg punya. Seronok dapat berkongsi pengalaman bersama2.

Oklah itu sahaja, moga bertemu kembali...
Yassin

Saturday, December 15, 2007

Tuesday, December 11, 2007

Melangkah ke suatu alam yg baru

As'kum
Hai, apa kabar semua...
dah lama rasanya tak menulis dalam laman blog ini
sibuk pun ada, yelah project Proton tengah rancak dgn model barunya, insya Allah dalam bulan Jan 2008 akan keluar....

Hari ini adalah hari yg agak seronok bagi diri saya sbb saya baru jerr lulus ujian PCE & CEILI dalam merongak langkah sebagai ejen insuran selepas ini
Esok saya akan submit keputusan dan menguruskan pendaftaran dibawah Pridential, moga2 ini menjadi satu lembaran yg baru dan baik bagi diri saya....

Tentang perniagaan, rancangnya nak beli & bela itik di kampung...Banyak betul halangan, yelah kita mtk tlg mak dan adik (karim) utk jalankan...
Kolam kecil yg dah lama tak digunakan di gunakan untuk itik beriadah dan bermandi manda, reban ayam yg dah tak digunakan (sbb ayam tido atas pokok sek ni) akan saya gunakan utk itik berteduh, kene repair sikit dia punya bumbung... Modal dalam rm 100-150 utk 4 ekor itik dan pagar mata punai.... Itik sek pun mahal jgk, harga hidup RM8/kilo.. saya plan nak bela itik jawa selepas mendapatkan nasihat daripada ibu saya... ibu saya suka itik sbb dia byk bertelur...

Keinginan saya utk bela itik/binatang ternakan ni sbb saya sedar sek ni, pasaran itik, ayan dan produknya mahupun sayur-sayuran terdedah dgn bahan pemangkin (baja ke, cepat gemuk ke dll) ini sebenarnya tidak baik utk kesihatan... kan byk jenis sakit sek ni, kanser lah, janung lah dlll... Sapa yg nak sakit?? kene bedah dah la seram, sakit plak tu... tak nak lah...
sesapa yg belum ada insuran, dapatkan insuran secepat yg mungkin kerana semakin hari, premiumnya semakin bertambah. Jika terdapat kemuskilan, hubungi saya, saya segera membantu....

Time kita sakit, mudah mulut kita menyebut Allahu Akbar, Astaqfirullah, dll tapi masa kita sehat, selalu kita lupa... Teemasukalah saya... Kenapalah kita sangat mudah lalai???? Sedikit tazkirah utk kali ini...

oklah, nanti kalau projek itik saya dah berjalan saya akan sertakan gambar... dan gambar2 lain yg menarik...
Waasalam...

Saturday, November 17, 2007

Lemang dan Ayam panganag


sambil bakar lemang, tangkap sekor ayam yg tido kat pokok rambutan, pastu apa lagi, BBQ ramai-ramai... (Gambar aku tak de sbb amik gambar...)
Related Posts with Thumbnails