Wednesday, April 1, 2009

Cerita Saya - II

Alhamdulillah, amat ceria cuaca pagi ini. Tak terlalu terik mcm kelmarin..

Malam tadi, ku tahan untuk menulis blog, w/pun hati meronta2 untuk menulis, sbb aku target nak baca byk sikit buku yang aku baca tak habis2…
Written by Robert T. Kiyosaki, it really good sharing.
Buku ni menarik, dan banyak terkena batang hidung aku, ADUSS!! Dan ternyata aku kene apply-kan dlm masa terdekat sebelum aku betul-betul self employ..
Tapi mungkin tak berapa sesuai untuk sesetengah orang.. isi dalam buku ni akan ku ceritakan suatu masa nanti…

Pasti ramai yang tahu apa yg buat bisness kecil-kecilan jual insuran/takaful. Ironinya, org ramai tak akan minat dgn insuran/takaful.. kenapa? Maybe somebody can give some comment end of this post…
I have strong believe in insurance
Aku dulu lagi teruk, aku pernah marah insuran planner (dan hampir2 halau) yang datang ke rumah aku. Bukan apa, just dtg nak present, alasan aku dia tak menghormati masa aku sbb tak info sedangkan aku yang tak berapa ingat (sbb aku malas nak jumpa).. Dia minta maaf, Alhamdulillah aku terbuka untuk menerimanya..

Bila aku fikir2 semula, aku rasa tika itu aku bodoh sombong. Dah lah tak ada menyimpan. Maaflah ayat ini agak kasar tapi aku tak bermaksud nak tuju kat sapa2, aku menceritakan apa yg lepas..

Ciri2 orang Berjaya, mereka tak akan menutup minda mereka… Bukan ke insuran/takaful itu satu ilmu penting buat masa sekarang..

Setelah setuju ambil insuran, oklah, aku nampak aku over expense. (selepas 2 bulan) aku ambil keputusan nak stop insuran..
Lepas tu aku fikir2 balik (selepas seminggu bgtau nak stop insuran), aku buat keputusan untuk continue… aku pun tak pasti knp tiba2 nak continue… mungkin sbb masa tu mak aku tgh jatuh sakit kot..

Lepas 2 tahun aku ambil insuran, aku jatuh sakit… Mungkin mereka yang pernah kurang darah shj yang tahu mcm mana sakit kurang darah ni…

Terima darah lagi sakit dari derma darah… I walk the talk…

I owe 1.5 pain blood to PDN/ Malaysian people.. I try to pay/donate my blood for each year after this. Amin..
HB aku 4.0 masa tu, normal 12.0…. kritikal tak?... enmm, Tanya lah pakar.. Darah sangat cair… Masa tidur pun boleh dengar degupan jantung yg amat laju... dup! dup!..

Aku ambil keputusan untuk bedah.. selepas bedah mmg lega, tapi sakit tu tuhan saja yg tahu..
Yarabbi, kusut betul aku masa terlantar kat hospital. Baru terasa nikmat bekerja..

Aku menangis mcm budak2… sbb tahan sakit banyak mlm , kadang-kadang aku peluk isteriku kuat2 sebab menahan sakit…… mcm kelakar bunyinya..

Bil RM10,000… company cover RM6,000…. RM 4,000 mana nak cekau… memandangkan masa tu aku tak berdisplin untuk menyimpan..

Bos aku pun tak jenguk aku kat hospital… kawan2 pun bukan semua.. busy kot..
Anyhow kawan2 yang jenguk aku, terima kasih sbb datang..

Wife aku teman yg setia, w/pun masa masuk bilik bedah tu tak ada sapa2 yg teman…
Saat itu sangat manis… w/pun zahirnya aku sedang sakit…

Dear honey, thank you for company me along my life journey

Lupakan zaman kenangan di hospital

Zaman lepas SPM

Bapak aku pulang kerahmatullah masa aku F5… Sakit lukimia… bertahun sakit, since aku F3 lagi….
Hari ini, genap 11 tahun dia pergi buat selamanya….

Ku pohon sejuta kemaafan


Azab? Mmg azab… aku melihatnya..
Dunia aku gelap, maksud aku dari segi kewangan dan bimbingan ayah..
Meninggalkan anak 3 org yang masih bersekolah, 4 org kat universiti..
Without big cash, only RM7,000 in bank dan kene bagi ikut hukum faraid..
Nak collect pun kene pergi amanah raya..
Berapa lama boleh bertahan???

Mak aku hanya surirumah, yang tak berapa mahir dari sudut kewangan…
Mmglah ada byk (x lah byk sgt kebun), tapi menguruskan kebun bukan semudah yang kita ucapkan.. pulangan pun tak seberapa…
Those yang ada usahakan kebun, tahu lah apa yg aku maksudkan..
nak jual pun bukan senang, kene naik turun court.. kebun pun ada yang beli tanpa tukar nama..
Masa itulah ramai yang mencuri, menipu, dan menangguk di air yang keruh..
Barulah aku faham, kes tanah ni bawa ke mati dan aku mengalaminya..


Jom cerita zaman di “u” pulak..

Sorry, that company which I meant is secret.

Aku dpt biasiswa dari satu company di PJ..
Tahun pertama ok, dia bayar tapi lambat 2 bulan, tgh semester baru dapat..
Tahun ke 2 dia tak bayar sbb company tu almost bungkus..
Tapi sampai sekarang masih ada bisness lagi, rezeki merekalah
1.5 tahun aku tak ada penaja… hutang keliling pinggang..
Nasib baik ada yg sanggup hulurkan bantuan..
Famili dan sahabat…
Sebelum apply ptptn semula…
Famili ada jugak yg bantu, sama tak dgn ayah sendiri??
Kalau ada adik beradik yang bantu, mesti terbatas… tak mcm ayah sendiri..
Tapi, thanks a lot for your contribution…


Zaman kejar mengejar…

Dari jual nasi lemak dari bilik ke bilik, jual t-shirt, keje hantar Dominos pizza,
Keje kedai makan, cuci pinggan, mop lantai, keje temporary work kat jusco, antara yg aku buat…

Siang ke kuliah, kdg2 tuang jugak kuliah tu..


For my own living cost..
Sebut jerr ada makan free, aku serbu…r
Ada suatu hari, aku Cuma ada 50sen aje. Nak mkan apa?? Maggie pun 70 sen masa tu..
Perlu ke aku curi tabung masjid untuk makan??.. dah ada duit nanti aku pulang balik…
Tapi Alhamdulillah perkara tu tak berlaku..


Inilah peluang berbakti kepada masyarakat, sambil bekerja..


Enmm, yesterday was history…
Kini pengalaman tu dah 7 tahun berlalu,
Ingat sikit2 cukup lah…
Pengalaman aku yg lepas inilah yang menyedarkan aku, insuran itu penting…
Dan aku joint bisness ini…
Harus ke, wajib ke? Biarlah rahsia..

Bila joint bisness, fikiran kene positif….
This is rejection business

sepak teranjang business kene tahu sikit2..
Kadang2 orang tu tak datang bila appointment, call tak angkat
Kita tunggu sejam kat situ … kat petronas P9, PJ
Terkilan?? Down?? Mestilah ada w/pun sedikit sbb aku ni pun manusia biasa..
Tapi aku cuba bersikap positif..
Terima dgn tenang..
Dalam seribu kesusahan
Pasti ada satu kemanisan bukan…..

Banyak kali jugak, sms tak berbalas, orang tamau jumpa untuk cerita pasal insuran…
Kenapa ek? Aku pun tak pasti…
Kadang2 tak beri peluang untuk aku cerita kepentian insuran..
Kelebihan dan kekurangan…
Aku rasa aku dah deliver yang terbaik
Bukan ke insuran tu untuk perlindungan dan simpanan…

Tak bagus ke?? enm....
Simpanan dan perlindungan.. Untuk famili kita
Insuran ini adalah salah satu kita punya financial protection..
Betul ke? Jawablah sendiri nanti sebelum tidur…

Jika semalam kita ditakdirkan meninggal dunia..
Apa yang kita tinggalkan untuk anak & isteri kita?
Harta ataupun hutang?

Apa yang aku akan tinggalkan? Fikir dalam-dalam..

Apa-apa hal, aku terima dan hormati pendirian masing-masing..

aku menjalankan tugas aku, untuk bagitahu bahawa insuran itu penting..

w/pun berat untuk aku laluinya..
Friend is a friend, business still a business…
Kdg2 aku terpaksa bezakan, asingkan….
telan sajalah, bukan ada pilihan lain pun…
ubat pun pahit, telan julap lagi perit…

Last but not least..
Thanks A LOT for spending your time until this word..

Warm Regards
Tuah.rimbun

PEACE V (^^)

hidup mesti ceris, mesti positif

Monday, March 30, 2009

Si Botak.


Bukan org lain yg aku maksudkan, tapi Cuma diri aku sendiri...


Enmmm, ini bukanlah seperti yang dirancang..


Ramai yg terkejut dengan penampilan aku hari ini, aku hanya mampu tersenyum…. Kdg2 terasa pulak, eh rambut aku dah hilang….

“nazar ke?”… tak… aku jawab agak keras sikit sbb tak kurang dari 10 org tanya aku pagi ini, penat aku nak menjawab..

India tu salah potong la, aku mintak potong pendek, office stail, dia tibainya kasut no 3… Dah terlanjur baru aku perasan.. nak marah pun tak guna/malas…

Jadi Insuran planner tak boleh marah, kene relax & tenangkan diri...
hehhehe

Layan jerr,
gunting rambut sekrg dah naik rm10, dulu Cuma rm8 jerr kan… byk plak naiknya…

Langit tak selalu cerah….
Emosi itu adalah pencorak kehidupan, betul ke…. fikir2lah..
Oklah, nanti sambung lagi



*********************************

Saturday, March 28, 2009

1st CLASS Mentality

  • Climb HIGH
  • Climb FAR
  • My GOAL is the SKY
  • Reaching for the STAR

Mrs. Yassin

Wednesday, March 25, 2009

Pengurusan duit- Pentingnya Penama Waris

Anda semua mesti ada mencarum KWSP kan, sikit atau byk tak kisahlah..Tapi ada penama tak???

Kalau tak ada lekas2 letak penama kat kwsp, insuran ataupun mana-mana pelaburan anda sebab kegagalan memberikan penama itu akan membolehkan asset si mati dibekukan sebelum di bawa ke mahkamah(harap tak silap) dan amanah raya (berdasarkan pengalaman aku lerr). Proces pembahagian harta ni biasanya memakan masa lama kadang-kadang bertahun-tahun jika tidak ada persetujuan pewaris.

Fakta,: kes tanah wakaf perkuburan kampong aku tak close walaupun dah 11 tahun pewakaf itu meninggal dunia disebabkan tiada persetujuan saudara simati..

Bukan senang nak urus harta si mati ok (otey..)…

Apabila seseorang itu meninggal, semua harta akan dibekukan, (ini berdasarkan kawan saya yg bulan Nov 08 lepas, kematian isteri), kecuali

Pampasan Takaful/Insuran ~ Sekiranya simati ada meninggalkan penama. Kalau tak ada kene masuk amanah raya dan bukan mudah untuk urusan tersebut. Wang pampasan ini tak wajib di zakat
KWSP ~ Penama akan terima wang tersebut 100%. Sekiranya tidak ada penama, suami atau isteri akan dapat 30% sahaja dan bakinya akan masuk ke amanah raya lah jugak jawabnya..


So, cek harta2 yang bakal di Freeze…

Kereta kesayangan anda (yg masih ada loan)- Kalau semalam anda RIP (jahat betul ayat aku), siapa yg akan tuntut kereta tu? Bengkok Bank…
ASB… eloklah tu dari Amanah Saham bumiputera kepada Amanah Raya Berhad.. 2-2 amanah…
TH (tabung haji),ASW, CIMB dll.. nasib yg sama spt ASB..
Rumah, mmg ada MRTA. Cek balik ada penama ke tak? Rasanya tak ada dan kene masuk juga ke amanah raya??? Huhuhu..
Tanah? Sama mcm rumah, sama mcm kes bapak aku…
DLL anda semua cek sendiri…

So conclusion, kalau tak ada penama, pewaris akan menghadapi masalah untuk menuntut wang si mati… Penat tau naik turun tangga amanah raya tu.. Berbiliion2 asset dan duit kat amanah raya tu tak dituntut tu pasti bertambah2..

For my loyal client, cek dalam polisi penama anda, cek nama dengan betul dan IC mereka. Kalau nak tukar penama, please let me know and I will contact your shortly.

Then, for all my loyal client , thank you for support me?


Ciri2 penama yang saya syorkan…
Cari mereka yang boleh anda percayai, husband/wife especially. Kalau boleh jangan letak penama itu anak kecil sebab kalau letak penama anak kecil, duit itu tak dapat digunakan walaupun untuk persekolahan anak itu kecuali setelah umur dia 18thn bagi sesetangah bank (kalau tak silap)
Untuk penama, anda adalah pemegang amanah, bukan untuk enjoy katak.. Jujur itu anda sendiri yang dapat mengukurnya..
Bukan Mohd Yassin Ali. Tak ‘bisa tidur malam nanti di buatnya. Huhuhu, gudnite..

Thursday, March 12, 2009

Sharing is caring

Menceroboh blog abg nih..blog sendiri tak pernah pun nak update..hehe..sekadar nak berkongsi cerita dan pendapat je..antara topik perbualan yg slalu kami bincangkan ialah kenapa ramai org especially org melayu yg tak mau or tak nak pun amik tau pasal insuran/takaful..dengar je pasal insuran ni terus cabut atau kasi mcm2 alasan..saya pun dulu camtu gak..masa mula2 dpt keje dulu..bayar insuran takde dlm list monthly budget..alhamdulillah...sekarang dah sedar..since abg masuk spital dulu la..at least sebahagian bil hospital insurance yg cover...

Memandangkan sekarang ni abg dah jadi ejen insuran/takaful saya selalu pesan kat dia supaya banyakkan bersabar dan terus berusaha sbb bukan senang nak yakinkan org dgn insuran nih..ejen insuran macam lipas..ramai yg tak suka..hehe...

Sekarang ni kami di IRB sdg sibuk dgn BPPC..kat Seremban ni dah mula ramai dah org datang..especially yg makan gaji n yg ada dividend income..ada seorang lelaki cina tua ni lebih kurang umur 70 thn ..nak buat e-filing coz dia ada dividend income je..dia bawak skali insurance statement dia n wife dia..tapi kalau dia tak claim pun takpe sbb self & wife relief pun dah melebihi dia punya income..apa yg dia cakap kat saya.."Insurans penting maa..insurans mesti kene ada..sekarang mcm2 penyakit woo..saya dr muda2 macam you dah ada insurans..sakit masuk private hospital senang.." saya pun iyakan aje..sbb mmg ada benarnya...

Tu yang buatkan saya terpikir..org cina ni kebanyakannya mmg pandai manage duit dia..kalau org tua yg dah takde fixed income boleh bayar insuran dia..kenapa kita yg muda belia ni kedekut sgt nak keluar duit for ourselves protection..sedangkan kita punya kereta pun tiap2 taun kita bayarkan insuran mostly rm 1k++...kenapa kete je ada insuran? kenapa tak diri kita? memanglah ajal dan maut, sakit dan musibah yang tak diduga tu datangnya daripada Tuhan..sebagai suatu ujian kepada umatnya...tapi ini pun dikira sebagai suatu persediaan juga..
Jangan berani kata sayang kepada isteri atau anak2 kita jika tiada perlindungan utk mereka..

Kalau tengok tax form org2 cina ni..mmg life insurance, medical & education insurance tu diorang claim maximum amaunt...tu pun tak cukup sbb diorang bayar lebih lagi..anak2 mmg ada complete package..ada life, medical & education insurance (tapi life insurance atas nama anak tak dibenarkan utk claim tax relief ek.)..So, nampak sangat yg diorang ni dah prepare awal2 utk anak diorang terutamanya tang education sbb bg org cina education SANGAT2 important...

Antara alasan yg slalu didengar kenapa diorg amik education insurance utk anak ialah..."org melayu senang nak masuk U..org cina susah..kene masuk private u..nak mintak loan pun susah.."saya sbg org melayu rasa malu la..kita cam kaum yg tak habis2 mengharapkan subsidi kerajaan...bergantung kepada staff benefit yg company kasi dsb...lagi satu..ni citer lain plak...ada parents yang amik loan ptptn anak tp bukan anak dia yg guna..sbb anak dia dah ada cukup duit dalam dana insurans tu..parents amik n invest ntah kat mana2..dpt return berpuluh percent..bila anak abis blaja within 6 months parents ni akan bayar the loan in full..so dia tak payah bayar interest 3%...Just imagine..dia dah pinjam berpuluh ribu dgn gomen n got ntah berapa banyak profit without paying any interest to the gov..Giloss...mmg pandai betul pusing duit.. Kita org melayu bila nak sedar kalau asyik nak harap subsidi je..

ntahla..x paham betul..bila gaji sikit..tak cukup nak bayar insuran..bila gaji dah besar pun still x cukup lagi..borang income tax org melayu biasanya claim relief KWSP je..KWSP je? medical insurans pun takde? Insurans ada..tapi insurans berkelompok company punye (gomen pon ada)...ohh..ok..tapi sampai bile ek nak keje ngan company tu? selagi sehat ok la kot.. tapi kalau kesihatan dah tak mengizinkan..medical board pun soh benti je..camne agaknye ek? pikir2 lah sendiri..

ok lah..tu je sharing saya buat masa ni..kalau ada info lain utk dikongsi bersama saya akan menceroboh lagi blog abg i ni..hehe..tungguuu...sekian..majulah bangsa demi agama..

Posted by:
Mrs. Yassin

Tuesday, March 10, 2009

Lipatan sejarah lepas..

Sesuatu yg tidak kita ketahui, tetapi mungkin kita pernah merasakan kejadian ini...






aku pernah disapa oleh kawanku, "pernah seketikanya telinga kita berdengung, secara tiba2 dan hanya kita yg dpt merasainya... kau tau tak kenapa sin??"
"manalah saya tau abg bad...."
-" hayat kita ini ibarat daun di pohon syurga, setiap kali helaian yang jatuh, bermaksud semakin kuranglah hayat kita yang tinggal.. mungkin tinggal sedikit..
telinga aku baru jerr berdenggung, dah tak lama kot ajal aku...""
Remy mencelah... " apa2lah ko ni bad.. ada ke ckap mcm tu!!!.."..

gurauan itu mungkin tiada erti yg mendalam dlm hidup kalian, tapi selepas lebih kurang 2 minggu, abg bad telah menghembuskan nafas yg terakhir seawal 6.50pagi di padang landansan kapal terbang (kecemasan) di pekan setiawan ketika berjogging, akibat sakit jantung, tiada siapa yg tahu....




2 minggu selepas itu.. di lokasi yg sama & sahabat2 seangkatan kerja..

Jam 10~11 pagi..
"Din tu, entahlah kedekut sgt, minta rokok sebatang pun dah pandang semacam jerr"... Aku melemparkan peraasan yg kurang waras kpd din, yg beberapa bulan baru ku kenali...
"Din mmg mcm tu... Dia pergi dork yard (dermaga kapal) repair enjin kapal dengan roslan & abg nuar pagi ni"" ujar abg razak..
" patutlah saya tak nampak..."


Jam 11mlm..
Walaupun penat dan tanpa air con, aku tak bisa tidur dalam van mayat yg laju berdesub di sepanjang highway utara selatan...
Perjalanan dari Setiawan sehingga ke rantau negeri sembilan, bukan satu perjalanan yg dekat..
mmg kebal pemandu ini kerana hanya singgah sebentar di tol senawang untuk membuat sedikit hajat..


Dalam hingar-bingar di van mayat..
bibirku berbisik, "hanya sedikit yg dpt ku sumbangkan untuk mu din, meneman mu dari setiawan hingga ke liang lahat di dalam van jenazah ni...

maafkan aku din...
ketika tubuhnya hendak di simpan sementara di liang lahat, darah membasahi kain putih bersih.. abg razak mengambil tanah dan di sapukan keseluruh tangannya seakan kain buruk, dan di taburkan ke liang lahat semula....


2.45am
semua tugas kebumi sudah selesai, ku gumpal 7 ketul tanah dan tu lemparkan sebijik demi sebijik sambil ku bacakan ayat pembukaan Al Quran satu persatu..


5.30am
ketika berhenti di stesen petronas, ku beli sekotak rokok marlboro 14, ku hisap perlahan demi perlahan..

maafkan aku din...

berkali- kali ku katakan, kebanyakkanya di dalam hati dari saat ku lihat tubuhmu membujur di rumah mayat hospital hinggalah ke liang lahat...

maafkan aku din... semuga kau terima kemaafan ku..

~ lipatan sejarah ku awal tahun 2004~..




Sabtu lepas,ketika awal pagi, satu phone call aku terima..
"wak tor tengah nazak sin"...

Ketika tengah hari, satu sms menyapa ku...
" wak tor dah meninggal sin..."

aku tak dpt hadir pengkebumiannya kerana keadaan masa yg tidak mengizinkan..
hanya kenduri arwah sebagaimana gambar di atas... (asli bukan cetak rompak tau)

Alfatihah untuk Hj Kastor Bin Saian..

"Andai ku tahu, kapan tiba ajal ku...
Ku akan memohon kau panjangkan umur ku..."

"Andai ku tahu, kapan tiba masa ku...
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawa ku..."


"Aku takut, akan semua dosa2 ku..
aku takut, dosa yg terus membanyangiku..."

~tuah.rimbun~
setiap yg bermula pasti ada akhir
kecuali Allah..

Wednesday, March 4, 2009

Unique of NGV





















You wish to be da NGV club last time??

SAFETY FIRST for our WALLet!...




Hei, huge truck, NGV kunun, don't play2 with me ha!...Align Center





Ooopppssss!, equiped with 24 cyliner, 24 times better than Myvito (Myvi ku)??




Ok abg besar, I move first... I cannot challenge with your twin turbo...
See you next time....
Moral, don't jump to conclusion for first impresson...
Malunya.....
2010, Myvito CNG Turbo..... hehe...
PEACE! v(^^)










Related Posts with Thumbnails