Wednesday, December 17, 2008

Kamu minat Kerja kamu 100%..

aku baca, aku copy & paste...
biar baca banyak kali (bak kata Dr Fadzilah kamsah, kene baca 21kali satu buku tu baru betul2 faham)...


Mon 15 Dec 2008
Bagaiamana nak tahu passion?
Posted by Irfan Khairi

Selalu saya sebut berulang kali, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti...

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion!
· Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
· Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
· Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
· Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
· Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
· Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
· Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?
(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)
So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?
Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!
=========
Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita. Dan ini, saya selalu tekankan dalam all my talks.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, workshop perniagaan Internet saya paling hampir adalah pada hujung minggu ini. Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 21/12/08

Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had pula pada Sabtu 20/12/08. Ketiga-tiga workshop ini sebagai penutup tirai 2008. So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet 2009 mengikut passion dan minat anda

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/bagaiamana-nak-tahu-passion

.....................................................................................
Hoho, irfan khairi dah suruh aku berubah, so, apa tunggu lagi...
Upgrade sikit, 1 minggu 3 kes kene close..
OOOOOo............YES!!!!!!!

Gambate Kudasai....
~tuah.rimbun~

NO pain, No gain.....

Hujan semakin lebat membasahi bumi....
daripada 10 call, 3 sahaja yang angkat dan tiada siapa yang berkesempatan nak bercerita-ceritun (berpatun) pasal insuran... henmmm....
kadang2 betul jugak ejen insuran ni macam lipas (thailand advertisement)...

I'm not insurance agent,
I am Financial Planning bro....

hahhaha Jangan bersungut yassin...
Kalau mereka boleh, kenapa pulak aku tak boleh..
Jangan cerita perkara yang lepas...
Jangan Cerita banyak...

Focus on your dream...

Gambate Kudasai...

Monday, December 15, 2008

Satu Minggu 2 nyawa

Rasanya agak janggal bila saya katakan ejen insuran dapat menyelamatkan nyawa seseorang...
(logik ke.... apa dah ejen ni mengarut...)

semalam semasa menghantar polisi ke rumah En rosdi, sempatlah saya berbual berkenaan saudara (sepupu) En Rosdi yang mengalami kemalangan jalan raya..

Secara rambang, fizikal tubuhnya kelihatan baik2 sahaja tetapi dia tak boleh berdiri, hanya terbaring....
sebabnya tulang belakangnya patah.....
walaupun berada di Hospital kerajaan (Hospital Kelang), doktor menyatakan bahawa kos rawatan adalah Rm10K... (macam tak percaya)
sekiranya wang itu diperlukan dalam masa 3 hari, adakah ia akan menjadi masalah sekiranya dia tidak mempunyai simpanan yang mudah dikeluarkan...
Sekiranya dia ada kad perubatan (especially Prudential Takaful), tak perlu dirisaukan sebab ada dana RM50K dalam tangan anda.. Anytime, anywhere Hospital You want..
Insuran boleh menyelamatkan nyawa??? Tepuk dada, hanya hati... hehhehe

saya doakan semoga sahabat yang sakit itu cepat sembuh...

Something to share with all of You...

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA, 31 MEI 2007.

Menurut kajian, 98% orang India memiliki insurans dan 96% orang Cina juga memiliki insurans.
Namun hanya 5% orang Melayu menyertai skim takaful, 35% memiliki polisi insurans dan 60% tidak memiliki samaada polisi insurans mahupun takaful.

Bagi orang Melayu terdapat tiga penyelesaian:
1. Mengajak 60% orang Melayu menyertai takaful
2. Mengajak 35% orang Melayu yang memegang polisi insurans konvesional yang haram (lihat fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1979)* agar bertukar kepada skim takaful yang halal.
3. Mengajak 5% orang Melayu yang sudah menyertai takaful agar menambah polisi sesuai dengan pertambahan gaji.ditulis oleh: Dr. Abd Razak Abu Chik*link fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/


haha, tugas patik yang tak seberapa hebat ni...
Sokonglah hamba...

Terima Kasih....
~tuah.rimbun~

Friday, December 12, 2008

Kanser Payudara & adik Fatin (Kisah Benar)

Rintik hujan yang turun hampir sejam lamanya tadi kini semakin reda. Wajah Fatin yang agak keruan tadi kini berubah semakin cemas dan kebingugan. “Mana ibu tak sampai2 lagi nak ambil Fatin ni… “ hati kecil berkata-kata...

Selangkah demi selangkah Fatin menuju ke rumahnya, walaupun hanya sekitar 1km jauhnya dari rumah tapi ianya agak getir baginya yang baru berusia 10tahun. Selalunya sudah menjadi satu kemestian ibu akan mengambil Fatin pulang dari sekolah kerana satu-satunya laluan ke sekolah itu telah meragut ramai nyawa sebelum ini. Ibu sangat-sangat mengambil berat tentang Fatin kerana Fatin satu-satunya Intan Permata ibu, jantung hati bagi ibu tunggal ini…

Ibu......... Ibu..............., fatin memanggil-manggil ibunya sambil menangis sejak mula berjalan pulang dari sekolah tadi.. Pintu rumah ditendang dengan kuat, namun ibunya masih tidak menyahut panggilan Fatin. Fatin bergegas ke dapur, semakin kuat dia memanggil ibunya.... “ibuuuuuuuuu, ibuuuuuu......”

“Eh, anakanda dah balik?, maaflah ibu tak perasan, ibu mengatuk sangat”, ujar ibu kepada fatin. “Ibu tido?, kenapa susu tu tumpah kat kaki ibu dan dan biskut bersepah sana-sini? Macam budak kecik belajar makan... Ibu pengsan ni....”

Sebahagian babak yang kak su cerita kepada ku, tentang apa yang terjadi semasa bulan puasa 2008 yang lepas....

Kak su disahkan menghidap barah payudara sejak 3tahun lalu. Salah satu payudaranya telah dibuang, 3 tahun lalu atas nasihat doktor. Kesengsaraan 4 tahun lalu tak dapat ku ceritakan kerana pada masa tu, aku masih belajar dan tidak ambil tahu pasal orang sakit (tak ambil port)

Keadaan kak su kini bagiku amat membimbangkan, pada hari raya aidilfitri yang lepas, sedang asyik aku memetik buah pulasan (mak suruh petik), tiba-tiba kak sue menyapa aku dari belakang.... Agak terkejut jugak aku sebab tiada sehelai bulu kelihatan pada wajah kak su, dalam hati aku terdetik, ‘Sah kanser payudara datang balik’. Lantas aku bertanya kepada kak su...

“Apa kabor kak empang (gelaran kak su)” aku menyapa...
“Enmm, tak berapa sihat lah, badan lemah, penin2 mcm nak tumbang, tapi raya ni kene jalan jugak....” balas kak sue... (Faham sgt aku maksud dia tu)
“kak empang buat kimoterapi lagi ek?” aku bertanya...
“Ha`ah, sekarang kanser akak ni dah teruk, dah merebak ke paru2 & tulang sum-sum, akak dah masuk 12th cycle buat kimo” (Terkejut sangat aku bila dia kata macam tu)
Lepas tu dia berbisik semula....
“Doktor kata akak dah tak lama sin”, bersahaja kak sue berbisik.. relax sambil petik pucuk sayur untuk masak asam pedas”...
“Mintak sikit sayur ni, sedap kalau campur asam pedas dan masak pindang”...
“ambik lah kak empang, nanti saya ambilkan plastik” balas ku.

Selang beberapa hari ketika pulang ke KL, ketika leka memandu, aku teringat ayat-ayat perbualan aku dengan kak su....

1. Doktor cakap kak empang tak lama lagi. Kuman kanser yang serang paru-paru tu tu dapat dikawal tapi kuman yang serang tulang sum-sum tu tak dapat nak kawal... Serah kepada tuhan sajalah Sin... Doktor pun tak dapat nak buat apa...
2. Fatin balik sekolah, akak dah pengsan. Tak sedar bila pengsan dan bila masa pulak biskut bersepah. Biskut bersepah sana sini. Rupanya lebih sejam jugak akak pengsan.
3. Fatin (11tahun) sepanjang bulan puasa dia tak sekolah... Jaga akak kat hospital Muar...Semua cikgu dah tahu..
4. Bila akak sampai hospital, ubat yang doktor janjikan tu tak ada sebab orang yang bancuh ubat tu balik awal, bersiap nak raya.. Apalagi, agak mengamuk kat hospital, sampai pegarah hospital tu akak marah... Nasib baik lastly dapat jugak, 1 jam akak mengamuk... Terdiam semua orang, pegawai yang dah balik tu datang semula buat ubat untuk akak. Ada pesakit lain yang sama-sama tunggu (yang sama kes mcm akak dapat jugak ubat)

Melihat keperitan kak su dan anak tunggalnya Fatin memang benar-benar menyentuh hati. Keadaan kak su adalah kritikal (termasuk 36 jenis penyakit kritikal dalam polisi insuran). Sudah terlambat untuk kak su ambil insuran. Walaupun hospital kerajaan dapat memberikan rawatan, namun mutu perkhidmatan dan long queing (giliran yg sgt panjang) merupakan isu besar di situ..


Enm, Syukur Alhamdulillah aku masih dikurniakan kesihatan yang baik sehingga sekarang, dan Insya Allah seterusnya.
Untuk kak Sue, semoga dia dipanjangkan umurnya. Kuat & tabah untuk menghadapi dugaan Allah. Untuk Fatin, pak cik doakan semoga Fatin sentiasa dilindungi Allah.

Tapi bila aku terkenangkan Fatin, anak ibu tunggal, tiada bapa, dan ibu sudah beberapa tahun tak bekerja, macamana kehidupan dia sekarang dan apa yang berlaku jika ditakdirkan semalam ibunya kembali disisi tuhan? Nilai RM50 yang ku berikan tu terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian Allah yang melanda mereka, hanya itulah yang mampu ku beri....

Jika anak kita berada dalam situasi Fatin, adakah anda fikir Insuran itu penting tau pun sebaliknya, fikir-fikirlah...

Selamat Malam
~tuah.rimbun~


Gambar kalau ada nanti saya sertakan, setakat ini belum dapat ambil gambar kak su dan Fatin

Sunday, December 7, 2008

Sakit Lutut / sakit Sendi

To share something what happen to my mom on 3 years ago.

Mengapa Lutut Saya Sakit?
Sendi lutut anda adalah diperbuat daripada tiga tulang. Tulang paha (femur) anda berada di atas tulang kering (tibia) anda. Apabila anda membongkok atau meluruskan lutut anda, hujung bulat tulang paha anda bergolek dan meluncur merentasi permukaan di atas yang agak rata bagi tulang kering anda. Tulang ketiga kerap dipanggil tempurung lutut (patela), yang tersangkut pada otot-otot yang membenarkan anda untuk meluruskan lutut anda. Tempurung lutut anda menyediakan sistem tuas untuk mengurangkan ketegangan pada otot-otot ini.



Dalam keadaan normal, lutut yang sihat mempunyai permukaan tulang yang bersama adalah licin dan keras. Satu pengkusyenan lapisan tisu yang dipanggil rawan, mencegah hubungan langsung di antara tulang-tulang ini. Ketahanan lapisan tisu ini membenarkan tiga tulang tersebut untuk bergerak tanpa mencipta geseran atau permukaan tulang menjadi haus.



Walaubagaimanapun, apabila rawan ini menjadi rosak, tulang-tulang anda bergeser bersama-sama menyebabkan geseran, sakit dan, akhirnya, kemerosotan permukaan tulang. Punca-punca lazim kerosakan kepada rawan anda adalah daripada pelbagai jenis artritis. Tiada ubat atau rawatan yang akan membuatkan rawan yang rosak membesar kembali.

Apakah Penggantian Total Sendi Lutut?


Di dalam pembedahan penggantian total sendi lutut, bahagian daripada tulang-tulang yang bergeser akan diletakkan dengan implan logam dan plastik. Dengan menggunakan peralatan yang khas dan tepat, pakar bedah anda akan membuang permukaan tulang yang rosak. Kemudian penggantian permukaan akan dibetulkan di tempat yang asal.

Permukaan atas tulang akan digantikan dengan satu komponen logam yang bulat yang menyerupai permukaan lengkung tulang anda. Permukaan tulang yang lebih rendah akan digantikan dengan satu komponen logam yang leper bersama satu kepingan ultra-tinggi-molekul-berat plastik polyethylene yang tebal untuk dijadikan sebagai rawan. Di bawah permukaan tempurung lutut juga digantikan dengan satu cakera yang bulat yang diperbuat daripada plastik polyethylene yang sama.

Bagaimana Saya Mengetahui Jika Saya Memerlukan Penggantian Sendi Lutut?

Pakar bedah ortopedik anda akan menjalankan pemeriksaan yang lengkap mengenai lutut anda. Ini akan termasuk satu ujian jarak di mana sejauh mana anda dapat membengkok dan meluruskan lutut anda. Pakar bedah anda juga akan melihat kecacatan yang ada pada kaki anda yang boleh menunjukkan sebagai keadaan yang biasanya dipanggil pengkar atau lutut yang melengkung ke dalam. Anda akan diminta untuk berjalan, duduk dan kemungkinan mendaki dan jatuh beberapa langkah.

Pakar bedah anda juga akan bertanya soalan untuk menentukan sejarah perubatan anda. Anda akan ditanya tentang kecederaan-kecederaan, jangkitan-jangkitan dan kekacauan lain yang anda telah alami dalam kehidupan anda. Pakar bedah anda bertanya untuk mengetahui pengambilan ubat apa yang anda ambil. Dan, sudah tentu, anda akan diminta untuk menjelaskan sakit dalam lutut anda.

Akhirnya, pakar bedah anda akan mengambil x-ray yang akan digunakan untuk penilaian berterusan mengenai keadaan sendi lutut anda. Jika anda membuat keputusan untuk menjalani pembedahan total sendi lutut, x-ray ini juga akan digunakan untuk membantu pakar bedah anda memilih jenis dan saiz yang terbaik buatan lutut.

Berdasarkan ujian ini, pakar bedah anda akan menentukan sama ada anda adalah seorang calon yang sesuai untuk penggantian total sendi lutut. Walaupun dengan meluas dipraktikkan, penggantian total sendi lutut adalah satu prosedur pembedahan yang utama dan hanya akan dipertimbangkan apabila semua rawatan lain gagal. Terdapat banyak alternatif yang konservatif yang pakar bedah anda dan anda mungkin mahu pertimbangkan. Ini termasuk pengambilan ubat atau suntikan untuk kesakitan dan keradangan, terapi fizikal, atau jenis pembedahan yang lain.

Anda akan membuat keputusan mengenai jika atau tidak untuk menjalani pembedahan total sendi lutut, supaya anda akan mahu memahami risiko-risiko yang akan terjadi. Terdapat komplikasi yang berpotensi akan terjadi semasa dan selepas pembedahan. Umumnya, termasuk jangkitan, darah pekat, pneumonia, prosthesis yang longgar, dan kerosakan saraf. Pakar bedah anda dapat menjawab anda soalan-soalan mengenai risiko-risiko tersebut.

Bagaimanakah Rasanya Menjalani Pembedahan Penggantian Sendi Lutut?

Sebelum Pembedahan
Jika anda dan pakar bedah anda membuat keputusan bahawa penggantian total lutut adalah sesuai untuk anda, satu tarikh akan dijadualkan untuk pembedahan anda. Beberapa perkara mungkin diperlukan sebagai persediaan untuk pembedahan. Contoh, pakar bedah anda mungkin menyuruh anda membuat pemeriksaan fizikal oleh pakar perubatan atau doktor anda.

Oleh kerana proses pemindahan darah berkemungkinan menjadi keperluan semasa pembedahan anda, anda mungkin perlu menderma satu unit darah, atau dua unit jika pakar bedah anda rasa ia diperlukan. Anda boleh menderma satu unit seminggu sebelum pembedahan anda.

Semasa Pembedahan
Pada hari pembedahan, satu tiub kecil (tiub intravena) akan dimasukkan ke dalam tangan anda. Tiub ini akan digunakan untuk mengawal antibiotik dan ubat lain semasa pembedahan anda. Anda akan dibawa ke bilik pembedahan dan diberi anestesia. Selepas anestesia berkesan, lutut anda akan digosok dan disteril dengan satu rawatan khas.



Pembedahan akan dimulakan dengan satu pemotongan atas lutut yang akan mendedahkan sendi. Apabila tulang-tulang dapat dilihat sepenuhnya oleh pakar bedah, peralatan yang khas dan tepat digunakan untuk membuang permukaan-permukaan dan bentuk tulang yang rosak untuk digantikan dengan implan

Kemudian, implan selamat diletakkan pada tulang. Kemungkinan juga menjadi keperluan untuk menyesuaikan ligamen yang menyelubungi lutut supaya fungsi lutut yang terbaik dapat dicapai. Apabila pakar bedah berpuas hati dengan fungsi implan, pemotongan itu akan ditutup.

Satu salur keluar yang khas akan dimasukkan ke dalam luka untuk mengeluarkan cecair-cecair yang ada semasa pembedahan berlaku. Kemudian, satu pembalut yang disteril dibalut, dan anda akan dibawa ke bilik pemulihan, di mana anda akan dipantau. Pembedahan anda mungkin mengambil di antara satu hingga tiga jam, bergantung kepada keadaan anda.

Selepas Pembedahan

Selepas kesan anestesia berkurang, anda akan mulai sedar. Seorang jururawat akan bersama anda, dan akan menggalakkan anda untuk batuk atau bernafas dengan mendalam untuk membantu membersihkan paru-paru anda. Anda juga akan diberi ubat. Apabila anda sudah sedar sepenuhnya, anda akan dibawa ke bilik hospital anda. Lutut anda akan kekal bengkak dan tidak kuat untuk beberapa hari.

Apakah Yang Saya Harapkan Selepas Pembedahan?

Apabila anda berada di dalam bilik hospital anda, anda akan memulakan program pemulihan yang akan membantu anda mendapatkan semula kekuatan, penyeimbangan, dan pelbagai pergerakan lutut anda. Program ini akan direkabentuk khususnya untuk anda. Ia termasuk sebuah mesin, yang dipanggil mesin gerakan sedar pasif, yang secara automatik menggerakkan kaki anda bagi membantu mengurangkan kekakuan.

Ahli terapi fizikal anda akan membantu anda menjalani senaman yang sesuai. Dalam 24 jam selepas pembedahan, anda akan berkemungkinan diminta untuk berdiri. Selepas 24 jam, anda akan mula untuk berjalan beberapa langkah dengan bantuan tongkat.

Anda akan dibenarkan keluar sebaik sahaja pakar bedah anda menentukan yang anda telah pulih secukupnya. Anda boleh menjangkakan untuk berada di hospital untuk lebih kurang tiga hari selepas pembedahan anda. Anda kemungkinan akan dipindahkan untuk sebuah kemudahan kejururawatan untuk beberapa hari, seperti yang ditentukan oleh pakar bedah anda. Pembalut dan jahitan akan dibuka sebelum anda keluar hospital.

Di rumah, anda perlulah meneruskan senaman anda. Ahli terapi fizikal anda akan mengarahkan anda mengenai penjagan yang sesuai di rumah.

Dalam tempoh enam minggu selepas pembedahan, kebanyakan pesakit boleh berjalan dengan menggunakan tongkat. Anda akan mungkin berasa sihat sepenuhnya untuk memandu kereta dalam masa tujuh ke lapan minggu selepas pembedahan.

Dalam kebanyakan kes, kejayaan penggantian total sendi lutut akan melegakan kesakitan dan kekakuan kaki anda, dan membenarkan anda untuk melakukan aktiviti harian anda. Tetapi, walaupun selepas anda telah pulih sepenuhnya daripada pembedahan anda, anda masih tidak boleh melakukan beberapa perkara. Aktiviti-aktiviti harian yang normal tidak termasuk sukan atau aktiviti yang melibatkan ketegangan yang berlebihan pada lutut anda. Walaupun lutut buatan anda boleh diganti, ianya tidak akan sebaik yang pertama.




Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa atau hubungi:

DR. SUHAIL SURESH ABDULLAH
M.D (UKM), M.S Orth (UKM)
Senior Lecturer / Consultant Orthopaedic & Arthroplasty Surgeon
Knee and Hip Joint Replacement
(Special Interest in Minimal Access & Computer Aided Joint Replacement)

Tel : 019 - 3795765
Tel :03 - 9170 3700 / 6700
Fax : 03 - 91712837
Email: drsuhail69@yahoo.com

http://www.ukmsc.com.my/lutut1.html

Sunday, November 30, 2008

Thursday, November 20, 2008

Insuran/Takaful, penting sangat ke?




Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, ramai orang masih ingin berfikir panjang untuk membeli insuran/takaful.

Apa lagi yang anda FIKIRKAN?

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, dia memberi alasan “tunggulah dulu, saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan apabila ditanya lagi alasan yang sama diberikan, “Insuran? Takaful?? Saya belum lagi terfikir lagi untuk membeli insuran/Takaful”.

Abang, kakak, untuk membeli insuran/takaful,
anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!


Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda menyangka anda belum perlukan insuran. Mungkin anda sangka, diri anda kebal dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas difikiran anda bahawa insuran/takaful hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insuran akan menerima anda lagi.

Dan jika anda masih ingin berfikir sama ada anda perlukan insuran/takaful ataupun tidak, marilah kita berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda jika anda menghidapi penyakit kanser pada tahap keempat (kanser yang telah merebak diseluruh badan), sekali rawatan ‘kimoterapi’, kosnya RM36,000. Dan tidak semua hospital (kerajaan ataupun swasta) yang menyediakan rawatan kimoterapi kerana Malaysia kekurangan pakar @ anda tidak mempunyai banyak pilihan.

(baca keratan blog ini, klik di sini)

Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut sebanyak 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan lebih RM180,000. Itu baru kos rawatan ‘kimoterapi’ untuk sebulan.

Jika semalam anda ditakdirkan mengalami nasib yang serupa, apakah jalan penyelesaian yang anda ada?

1. Menggunakan simpanan sendiri;
Berapa banyakkah simpanan anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?
Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah anda mengumpul wang sebanyak RM 180,000 itu?
Mampukah anda menyimpan RM750 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata unutk mengumpul tabung RM180,000 itu? Bolehkah anda menunggu sebegitu lama?


2. Menjual harta benda;

Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya dengan harga yang murah. Bolehkan hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di manakah isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

3. Memohon pinjaman?
Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman jika anda sudah sakit kritikal dan tidak berupaya untuk berkerja?
Adakah anda mempunyai kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

4. Meminta derma?
Adakah badan kebajikan mampu memberi wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau tanpa karenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu sebegitu lama, unutuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?
Adakah orang akan menderma kepada anda, sedangkan semasa anda sihat, anda sendiri enggan menderma untuk membantu orang lain?

KESIMPULANNYA

Malam ini, sebelum anda tidur, cuba renung wajah anak-anak anda yang sedang nyenyak tidur. Sanggupkah anda melihat mereka hidup menderita, akibat kedegilan anda? Inilah persoalan yang wajib anda fikirkan, jika anda benar-benar mahu berfikir panjang.

Dan jika anda mahu jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin, tanpa perlu menjual harta benda anda atau meminta derma, carilah penasihat insuran/takaful sekarang juga.

Jika untuk kebajikan keluarga sendiri pun anda mahu berkira, orang lain pasti akan lebih berkira untuk memberi anda duit begitu sahaja.
Cuba fikirkan kata-kata saya ini dan bertindaklah sekarang, sebelum terlambat


Petikan dari Mingguan Wanita (Ringgit dan sen)
Related Posts with Thumbnails