Friday, October 30, 2009

Amrina Rasyada



Amrina dah masuk 5.5 bulan...

dah pandai mengesot & main kertas surat khabar..

surat khabar baru jerr, yg lama x mau plak ek..

Alhamdulillah, demam selsema dah sembuh, tinggal sikit aje jerr yg tinggal..

enmm, berkenaan pelan pendidikan & masa depan amrina,
ayah rasa belum cukup lagilah...
medikal kad ayh lupa plak nak scan sekali..
enmm, byk jugak famili bayar insuran sebulan, dekat over than 10% drp total famili income, tak perasan lak..
enmm, cabaran...
got something to share?

Friday, October 23, 2009

Proposal New LRT Route @ 2012




2 minggu lepas, aku ade ternampak pasal integrated transit link Map dalam The star terus aku sambar. Beli pun dah lewat petang, sib baik ada lagi. Ikutkan hati nak suroh jerr newspaper vendor hantar kat rumah aku setiap hari tapi mendangkan the star ni biasanya berjam-jam aku baca (sbb byk sgt page yg best2), karang lain punya kerja tak menjadi (alasan semata2). Tak pelah, baik aku beli when needed (pull purchase)…

Bulan lepas, SPNB (Prasarana Negara) ada keluarkan motis yg Star LRT & Putra confirm akan di-extend-kan sampailah ke putra height. Wow, perkembangan yg bagus, tapi sebenarnya aku tertanya2 sbb apa melalui puchong ke putra height? Knp drp puchong tak ke shah alam ke, kelana jaya ke damansara ke, kan sana kapasiti penduduk tinggi?... Biarlah soklan tu berlalu sbb aku bukan expertise perancang Bandar… aku ambik site positif jerr…

Kedua2 LRT & star ni akan bermula (bersambung) kat seri petaling dan Kelana jaya dan terus bersambung kat putra height. Nampaknya area puncak height punya properties akan shoot up. Yela, kan sime darby punya project, kabel besar pe. Sbb kalau mcm Talam buat develop rumah area tu, mungkin ke SPNB nak buat station LRT Star/putra kat area tu…

Walaupun sub station putra/star ni tak confirm lokasi dia, aku takin area nya dah kenal pasti.. kawasan puchong prima/puchong perdana sblm ni agak menakutkan bagi diri aku (sekitar tahun 2000), pas 10n thn mmg byk perubahan.. sbb aku pun tak sangka kwsn puchong prima tu sekrg dah ada condo, Desa Impianan, client aku tinggal kat situ… Bestlah tempat tu Cuma aku blm ada budget nak beli kat area tu.. hahaha…


So, aku harap bila financial aku dah ok nanti (aku target dlm masa 4 bln dar sekarang), aku target nak sambar 1 unit apt, maybe puchong prima lokasi yg hot, Cuma so far aku blm nampak auction kat area tu. So aku, untuk auction rumah ni, aku akan serahkan bakal ejen aku, SS lah, sapa lagi…


So, ni ajelah aku nak share, just korang kasilah idea pasal new route Malaysian LRT ni..


sebelum terlupa, terima kasih adik zai sbb sign up Insuran dgn saya... rupa2 silent reader dia ni..

petang ni jgn lupa ada Budget 2010, rokok mcm naik lagi ajerr..

esok pagi2 confirm aku beli 2-3 akbar, tapi kene beli awal pagi..


adios


Ingat Insuran, Ingat yassin



~tuah.rimbun~

012- 645 8118

Sunday, October 11, 2009

Personal Money









Alhadulillah, sejak kebelakangan ini dah ramai silent reader blog mula contact aku tanya pasal plan insuran/takaful dan ada jugak yg terus call aku untuk tahu secara lanjut ilmu takaful dan insuran. Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua ( fairuz, mj-zai, dhalisa, madee) dan lain2. Tak lupa jugak kpd silent reader yg lain..

aku rasa berbaloi sbb ada blog ini, pejam celik dah 2 thn, w/pun tak meletup mcm blog2 lain, tapi aku consistant (aku rasa) dlm menulis blog ini..

Hari ni aku nak share pasal majalah yg aku dah subscribe setiap bulan. Iaitu majalah personal money..


majalah personal money ni adalah dari The Edge magazine. majalah aku consider belum terkenal sgt berbanding malah forbes, the time, forune. Bagi aku aku lebih suka baca personal money ini sbb keluaran berkenaan keadaan ekonomi & market Malaysia. Lagi mudah aku fahami..

Untuk bulan ni, main title untuk majalah ni profit from properties. Kat dlm majalah ini ada diceritakan pengalaman mcmana mereka buat duit melalui properties. Macam aku, auction adalah terbaik, tapi dlm majalah ni ada jugak org yg beranggapan sub sale lebih secure, dan proven depa dah buat duit berpuluh ribu.. bagi aku, geng pmc2020 terbaik bagi aku buat masa (sbb ada makan free rumah terbuka, eheks)..

Dalam majalah ni juga, setiap bulan ada article nasihat drp CFP berkenaan kedudukan kewangan kita. Untuk bulan ini, Financial analysis di buat kepada en Ahmad, sama ada financial freedom yg dia idamkan selama ini berada dlm track ataupun tidak... kalau nak tahu secara lanjut, bacalah sendiri nanti yea... aku tak reti nak translate (dulu aku sekolah melayu daa)..

Dalam beberapa bulan yg lepas, tak silap aku dlm bulan may, majalah ni ada diskuss pasal insuran (Are you ready when you fall ill). Di situ ada pandangan dan nasihat drp konsultant pakar insuran , Scient actuary (bukan ejen tau), ttg insuran mcm mana yg kita patut ambik, inflasi medikal yg terlalu tinggi (10%~15% per year) dan sebagainya... banyak info yg ada kat situ..

BUlan april lepas, cerita pasal pengurusan kad kredit, bulan july lepas cerita pasal EPF kalau tak silap..

So, siapa yng ada duit lebih tu, belil & bacalah majalah personal money ni setiap bulan, kalau malas pergi kedai subscribe jerr. aku promote ni bukan sbb aku ambik komisen tapi sbb bagi aku content dalam majalah ni sgt bagus. Kene pulak ramai jugak org melayu yg dah konsider berjaya di temuramah dalam article majalah ini...

dalam insuran prudential, sekrang aku bangga sbb dah ramai org melayu dah mula berjaya. ramai top scorer org melayu w/pun belum sampai separuh lagi sbb 10 thn yg lepas, mmg susah nak nampak muka melayu bila cerita pasal insuran/ financial security ni..


link the edge malaysia

form nak subscribe majalah personal money

semoga orang melayu kita lebih maju jaya untuk masa akan datang..

(malam ni internet connection tak berapa elok, gambar majalah ni aku upload kemudian lah ek)

Thursday, October 8, 2009

Survey rumah


beberapa hari lepas aku se-famili pergi tgk satu rumah (lokasi aku bgtau bila dah confirm beli nanti)

dari seremban, ke sg buloh... jauh mmglah jauh tapi ada sedikit drama, sbb duduk kat RnR sejam, wife aku cirit...
tak pe, ank aku tak meragam sgt masa tu, aku layan baby dlm kereta aje..


amrina dah nak masuk 5 bulan...



sampai ke lokasi lebih kurang dlm jam 8.30pm, wife aku duduk kat kereta dan aku tgk rumah tu.. rumah ni kira sub sale, aku belum bersedia nk masuk auction, sbb cash belum betul2 ada... kalau cash tak cukup, bank loan tak berapa ok , alamt burnlah duit bid auction tu nanti..


ruang tamu nampak menarik w/pun kecik skt



dapur yg simple, ok apa...

actually utk tahun ni mmg aku target nk ada 1 rumah sewa, aprtment ataupun rumah flat.. rumah yg ada dlm gambar ni rumah low kos.

dah ada tenant, lokasi bagi aku ok, tapi aku kene tanya kpd yg pakar pasal lokasi ni

enviroment ok, suasana ok, ada privasi

still ada +ve cash flow, tapi margin agak sikit sbb sub sale & sewa agak rendah, Rm300 sebulan,

kene study betul2, sbb kalau overdemand pun bahaya jugak... rumah tak tersewa, sakit nanti kita org...


kalau korang ada idea, share2 sikit kat sini

thanks


Thursday, October 1, 2009

Salam pasca Lebaran..

sekarang dah seminggu lebih pas raya...

aku byk menggunakan masa aku kat rumah kerana menunggu berbagai benda dari internet.

w/pun mobile internet ada, tak puas lah...

tapi sejak akhir2 ni aku lebih suka jadi "silent reader" drpd active blogger..

kenepa? sbb, biasalah, konflik dlm diri (bukan dgn isteri tau)


apa-apa pun kita layan gambar kat bawah


Alhamdulillah, niat aku yg ku simpan sejak 3 bulan yg lepas akhirnya terlaksana pada hari raya ke 4, aku target nak buat 4 kali tahun ni, tapi kene nurse suroh simpan dulu 3 bulan, maknanya, penghujung bulan 12 aku dah boleh nak buat kerja amal yg tak seberapa ni.
aku target nak sign up derma organ, tapi aku tak tau bila?....
"you will never be there if your mind not reach first"..
mind aku dah sampai untuk jadi sebagai penderma organ, tapi belum sepenuhnya
Insya Allah, suatu hari nanti..
bekalan untuk akhirat..
Lebaran kali ni, enmm untuk sedara mara sebelah wife aku semuanya sehat..
tapi sedara mara sebelah aku, enmm agak memeranjatkan dan penuh keinsafan..
tak daya aku nak menulis disini, mungkin kalau bersembang aku boleh ceritakan.. tak seronok nk bercerita sedih dlm blog.. cuma aku summarykan dlm key word aje ek..
kanser usus & mereka yg di tinggalkan
survival from kanser payudara stage 3
isteri patah tulang bahu + husband yg lumpuh & tidak boleh berfikir waras
mati kubor sempit
anak kematian ibu yg di abaikan
putusnya bantuan wang zakat (ukur baju badan sendiri)
husband yg malas bekerja
isteri curang, anak 3
dan yg ini, selalu kita dengar
rebut duit pusaka
makan harta anak yatim (org kata tu sbb dia buta sebelah mata, wallahualam)
si polan tak dpt harta pusaka, kenapa yg lain semua sedara dpt
rebut tanah pusaka
susuk penarik wajah berseri & bukak sekeping bumbung rumah
ilmu penunduk (betul ke) & jin yg di tinggalkan..
pajak geran tanah kat balai polis untuk jamin org, & ada kot yg tergadai
semua cerita2 di atas, aku jadikan teladan & pengajaran
aku hanya dengar & berfikir, dan rumuskan sambil pandu kereta
mintak dijauhkan dari semua bala bencana & ujian berata seperti itu
amin
raya untuk tahun ini, byk jugak lah aktiviti yg tak dpt aku nak joint
network telefon x berapa ok, menyebabkan aku tertinggal bas + busy
secara keseluruhannya, aku seronok raya
kenapa?
nanti aku akan ceritakan dlm entri baru..
salam penuh keinsafan
~tuah.rimbun~
Related Posts with Thumbnails