Tuesday, May 19, 2009

...: sambungan:...


Wow, dah masuk TV dah dia...



minum ubat, Insya Allah nanti Amrina cepat sembuh..



Apa? ayah nak ajak Amrina main-main?


Jom!!!........


Awas, susu ibu tiruan membahayakan kesihatan!!

Friday, May 15, 2009

....: Wahai Puteri ku :....


Alhamdulillah,

Selasa lepas kami dikurniakan cahaya mata...

Nama : Belum dikenalpasti (hehe, tunggu minggu depan ek)
Jantina : Girl
Berat Sewaktu lahir : 3.3kg
Prosedur lahir : Normal (bersama ayahnya yang meneman ibunya semasa deliver..)
Lokasi : Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Masa : Selasa 12 May 2009, 10.03pm
Bersemperna Hari Nurse Sedunia..
Kos : RM472.00 (ingatkan free, Nasib baik ada GL dari income tax)



sayang baby ayah & ibu ni....

Buat semua doktor dan misi-misi, terima kasih banyak2 atas konsultant, prosedur dan rawatan
Buat semua kawan2, terima kasih atas ucapan tahniah...
juga nasihat yang amat berguna untuk ayah & ibu baru ni...
Atas emak2, abg-kakak-adik2 dan abah, terima kasih atas sokongan dan dorongan

sekarang ni, baby dan ibunya sedang berpantang kat Banting, Selangor
ayahnya pulak, start minggu depan mula mencari rezeki semula selepas beberapa minggu bercuti..
Moga-moga rezeki baby mencurah-curah melalui bisness ayah ini..
Minggu depan ayah akan submit Takaful Education plan baby sbb ayah dan ibu dan ada planning kat mana baby nak bersekolah dan mengaji di Universiti mana nanti..

Buat Isteri, terima kasih melahirkan zuriat buat kita
Ini merupakan ibadah kita dan perlu kita hadapi dengan sabar dan bersungguh2 dalam menempuhi rintangan hidup ini untuk hari-hari mendatang ...

Comelnya baby ayah dan ibu ni..
Nur Amrina Rasyada Binti Mohd Yassin



Wednesday, May 6, 2009

Bas Mini Wilayah

agak2 nye bila kali terakhir korang naik bas mini?
kdang2 rasa mcm teringin jugak nak naik, sbb rasa seronok terkenangkan cerita2 lama..
berpusu2.... dan tekan loceng....

Bas mini 222, cerita majalah ujang.... dulu minat sungguh baca majalah tu, ntah sekarang malas pulak nak membelinya...
time has change kot. hahaha!

apa2 hal pun layan jerr gambar bawah ni..
















Bas mini Wilayah (BMW)... ini singkatan yang member aku bagi tau kat aku kenderaan apa yang dia gunakan setiap hari... mula2 aku gelakkan jerr, pastu aku plak malu sendiri...
knp malu? aku malu sbb salah teka....

pas tu dia tanya, kereta impian aku kete apa?
lantas aku menjawab, Myvi kot....
dia tengok semacam kat aku, sbb apa lah ko ni, takkan tak ada "dream" dalam diri ko...
aku sengeh mcm kerang busuk, baru aku perasan, aku tak berapa clear untuk impian diri sebenarnya...

inilah salah satu cabang untuk aku meng'imaginasikan' impian dalam hidup aku...

aku kene ada impian... bukanke hidup ini kita yang tentukan.... aku yang tentukan....
















Mini bukan sebarang mini.... mini mesti ramai yang minat.. termasuk aku.....
















Ada GPRS..















Ada supercharge...... berdesup maunya dia pergi...















kenderaan pelbagai guna kampung ku.... hajat aku untuk memilikinya masih belum kesampaian... Alamak...

hoho, apa yg nak aku sampaikan di sini, hidup kita kene ada impian....
Tak cukup sekadar ada, tapi kene laksanakan...
Bukan harta benda kekayaan sahaja tetapi byk perkara lain yang boleh kita impikan...
sebagai contoh,
1. pembiaya rumah anak2 yatim seumur hidup
2. menunaikan haji/umrah di usia muda
3. meluaskan perniagaan kepelusuk tanah air.
4. Menjadi majikan yang baik.
5. dan sebagainya.... tepuk dada tanya selera...

sebelum tidur, fikir2 apa impian kita... biar besar, biar terlaksana dan menjadi kenangan manis paling berharga dalam hidup kita...

salam sahabat....
~tuah.rimbun~
Related Posts with Thumbnails