As'kum...
enmmm, lama betul tak edit laman blog iniHari Raya yg lepas, giliran Berhari Raya di rumah mertua, di Banting, rasa rindu jgk kat kampung, raya ke-3 baru lah dapat balik ke Muar....Tapi alhamdulliah, raya kali ini dapat berhari raya ke rumah2 sedara yg dah lama sgt tak berkunjung.walaupun tak banyak pegi, tapi banyak pengisian dalam diri ini..
Raya kali ini, terbuka mindaku untuk mengusahakan tanah arwah bapak yg tebiar lebih dari 7 thaun, ayah ku meninggal dah 9 thn lebih... 1 April nanti cukuplah lah dia meninggal 10 thaun... terkenang dulu masa dia meninggal, memang cukup sedih kerana aku masih di bangku sekolah..kini, harga sawit menlonjak keparas paling tinggi dalam yg aku tahu, kalau ayhku masih hidup, tentu mcm2 dia nak buat...Bila naik melonjak, teringat kecik2 dulu, dia selalu pesan, belajar rajin2, harta yg bapak ada ini semua untuk anak2, bukan utk dirinya...
Dulu, aku ingat lagi, harga sawit pernah jatuh teruk ke paras RM70 setan, masa tu mmg arwah bapak aku penin, ank2 ramai sekolah, tambah pulak dia sakit lukiemia... sekarang naik sampai RM500 lebih setan, kan jauh bezanya tu...
Oklah, dalam bulan ni, aku telah berjaya daftakan kompeni aku sendiri, bukan syarikat lagi sbb baru je cuba-cuba..
MY Tuah Rimbun Enterprise
Business field, mcm2 ada... dari mekanikal engineering, pertanian, penternakan pun ada, so sapa yg ada business, boleh lah kita syer2 apa2 yg kita ada, kita buat networking...oklah, nanti kita sambung cerita lagi....